>Kek saya mendap

November 28, 2010 at 9:17 am | Dikirim dalam food and beverage | Tinggalkan komen

>Salam ceria hari minggu,

hari ni, kami sekeluarga tiada di rumah.. kami ke Lenggong kerana majlis perkahwinan 2 puteri. Jadi ini adalah n3 autopublish.. sekiranya sehingga ke malam, ibu masih tidak menjawab apa2 komen @ berkunjung ke blog kalian, bermakna kami memang lewat sampai ke rumah. Winking smile
Hari Jumaat, 26 Nov 2010.. dengan bahan yang limited.. (sian sebenornya anak2 xde kudap2). Ibu pun kumpul2 apa yang ada.. dan mulalah projek membuat kek, sambil anis & aliya dok usik sana sini. Depa lagi xcited nak buat kek… adehhh… terlepas gak suara ibu.. “aiipppp, jangan pegang ni… tengok jer” “ tak boleh main ni, ni ibu nak buat kek…. eehhhh”
susu pekat takde stok.. susu segar lagi lah dah lama en ayah tak beli… so ade yang ini jer…
IMG_9151

konon2 nak buat kek coklat lagi… tapi serbuk koko tak ade.. maka guna la stok milo yang hanya tinggal sikit.. 2 sudu jer…

IMG_9152

ni 20 minit sebelum cukup jam.. elok jer naiknya…

IMG_9153

hangus juga walaupun dah adjust tray… ni selepas dah sejuk sket… 15 minit juga dia bertapa dalam oven sebelum ibu keluorkan.. nampak tak kek ni mendap… uwaaa… Thinking smile

IMG_9154

bukan setakat dia mendap… bahkan menguncup.. Smile with tongue out  nampak tak kat tepi loyang tu renggang… apsal yer kek jadi kuncup camni? apa masalah yang tak kena ni….

IMG_9156

ibu cuba2 buat topping.. tapi tak begitu pekat… hehehhe… kena belajar lagi, buat bagi betul… nampak tak kek tu nampak cam bengkang jer… huhuuu…  Hot smile texture yang tak menarik… ni mungkin kesan daripada mendapan yang berlaku… Open-mouthed smile gamaknya susu sejat tak sesuai kot utk buat kek….??? 
yang terer buat kek… nadiah ke.. sila beri ulasan untuk improvement..

Walaupun kek ni mendap.. tapi anak2 layan tak hengat… segan juga nak balas piring jiran.. kebetulan maks & maktam datang rumah.. maka depa lah jadi tukang rasa & tukang perabis..
as usual, en ayah takde nyer nak puji ke apa… dok tanya  “apa nama kek ni?”
Ibu jawab “ kek tak cukup bahan yang mendap ”… Smile with tongue out dah sah2 awak tak gheti buat kek, nak salahkan bahan pulak… ekekkekkeeekk… Winking smile

>Pertama kalinya… kek ku menjadi… yahoooo..!!!

November 19, 2010 at 8:50 am | Dikirim dalam food and beverage, resepi | Tinggalkan komen

>Salam ceria,

Seperti yang diketahui umum, ibu ni memang failed la kalo bab2 baking ni.. manjang jer tak menjadi.. kek kukus jadi bengkang lah.. manjang jer bantat, tak pernah nyer menjadik… sampai rasa dah tak mau la baking kek ni.. kalo cookies tu boleh layan lagi.

Masa dok BW pada 10 Zulhijjah @ 17 Nov yang lepas.. tersinggah ke blog Murni (perantau juga, la ni dok Jepun).. terbaca n3 nya >>> Salam AidilAdha bersama Choco cake.
Ibu tengok bahan2 macam senang & cara nak buat pun tak susah.. tapi as usual la, ade beberapa resepi dari blogger yang otai buat kek ni, tapi bila ibu buat tak pernahnya menjadik.. since Murni cakap dia pun tak terer.. baca komen kat bawah yer..

komen-blog-murni
Jadi, pada tengahari semalam, 18 NOv 2010.. ibu pun sibuk lah berjuang sorang2 kat dapur.. mujur anak2 main kat rumah jiran sebelah (rumah wak niko).
btw, meh kita share resepi kek coklat ni (ni utk rujukan masa depan)

Bahan2:
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko ~ serbuk koko ibu ade separuh cawan jer
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan gula halus ~ ibu guna 1 1/3 cawan jer.. kurangkan manis
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu ~ x pasti murni guna susu apa, ibu guna susu krimer manis F&N
1 cawan minyak/butter cair ~ ibu guna minyak masak jer
1 cawan air panas

Cara2:
– panaskan oven pada suhu 180darjah celcius
– ayak tepung + koko + baking powder + soda bikarbonat
– pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila
– masukkan susu dan minyak, kacau sebati
– masukkan bahan yang diayak, gaul dengan cara kaup balik
– masukkan air panas, kacau sebati
– bakar pada suhu 180 selama 45minit

Ibu guna loyang diameter 9 inci.. itu ajer loyang yang ade.. tak lenser dengan butter pun sebab memang xde butter.. jadi ibu layangkan minyak masak jer..

IMG_9080

IBu guna setting api atas bawah.. ni lagi 20 minit sebelum cukup 45 minit. Nampak cam hangus jer bahagian atas kek tu, Open-mouthed smile tapi kek tu naik… tersenyum lebor ibu. So, ibu pun memandai adjust suhu ke 165C. Atau mungkin juga alas besi tu ibu kena letak bawah sikit, supaya bahagian atas tu tak dekat sangat dengan api atas.
IMG_9081

Bahagian atas tu hangus sket.. tapi rasanya xde la hangus rentung.. buleh jer makan. Winking smile

Tau tak saper yang tak sempat2 kuorkan kek ni dari oven…?!  si FIKRI… masa dah cukup time tu, ade bunyi dering.. Fikri pun bising, “ibu dah masak”.. ibu pun off kan plug, pastu cakap kat Fikri.. tunggu dulu, bior dalam oven.. tunggu 1/2 jam… huhuuu.. x sampai 10 minit si Jantan ni dengan tak sabarnya dah tolong kuorkan dari oven.. pandai2 jer budak 4 tahun 9 bulan ni… aduhai la anak..

Ibu tak buat topping.. sebab barang2 memang x cukup.. susu yang ibu guna tu memang dah tinggal separuh tin.. huhuuu… btw, ni resepi untuk topping, ibu kidnap dari blog murni jugak…

resepi topping : 2 sudu butter, 1 cawan milk, 1/2 cawan gula, 1 cawan serbuk koko > agak2 la kelikatan yg dikehendaki dgn cara kurangkan or tambahkan susu. panaskan atas api kecil kacau2 non stop hingga sebati n likat. dah sejuk sikit leh letak atas kek yg telah disejukkan, pastu letak dlm freezer. sejam pastu yummy2 dah boleh mkn ngan enaknya.

kek coklat kakyong

Ini lah close-up view, kek pertama ibu yang menjadi…. suka-suka sangat-sangat.. Red heartRed roseRed rose  … Alhamdulillah., at last, baru la rasa bermotivasi untuk baking ni… kalo sebelum2 ni asyik frust jer… Terima kasih murni sebab kongsikan resepi kek ni.. hepi sangat bila tengok hasilnya.. kalo cukup bahan dan dapat buat topping nya, mesti lagi terangkat.
IMG_9083

Ini lah budak 3 orang yang tak sabar2 nak makan kek besor.. kek siap dimasak jam 2 petang.. pada jam 5 petang, kek tu cuma tinggal separuh jer… sempat la bekalkan sikit untuk abg haris yang nak balik KL. dan pada tengah malam tu, hanya tinggal 1 slice jer..
Yer le, first time makan kek ibu buat kan.. bersungguh depa makan & dok ulang2.. tu pun Fikri siap pesan, “bagi sikit je kat abang haris, nanti esok abang nak makan ..” Kedekut nya si jantan sorang ni. Len kali kita pesan kat ayah belikan barang2, buleh ibu buat lagi. Hajat di hati nak balas pinggan jiran pun tak kesampaian. Habis licin dikerjakan anak-anak.

>Kecik-kecik cili api

November 16, 2010 at 4:26 pm | Dikirim dalam food and beverage, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam ceria,

Cili api @ cili padi memang pedas.. pedas yang sedap.. kalo tak di campur dalam masakan, rasa macam tak lengkap… Smile with tongue out cili api ni kiranya antara stok yang tak putus, selain dari buah tomato.
tapi idak le semua masakan akan campur cili api.. sebahagian menu jer.. contohnya : sup, sayur campur, nasi goreng, telur dadar, tomyam,… dan yang pasti sambal belacan dan sambal kicap. Sambal belacan kami memang cili padi semata2. Jarang beli cili masak @ cili hijau.

IMG_9030

Antara dua ni, mana pilihan anda..? yang besor tu tak begitu best sebab kurang pedas.. yang kecik ni memang pedas.. lagi kaw kalo cili api kampung.. lagi halus dan kecik… Thumbs up

Ade yang tak tahan dengan cili api kan.. kot2 nak mari rumah ibu, sila beritahu yer… buleh dikurangkan kuantiti cili api ni. Open-mouthed smile atau ibu sediakan menu yang OFF cili api.
Menu untuk anak2 normally memang OFF cili api, tapi kadang2 depa menempek gak dengan menu ibu & ayah yang dah ditambah cili api. Contoh sup ayam, dulu ibu akan asingkan 1 periuk kecik untuk ibu dan ayah, sebab nak tambah cili api (titik kan ajer). Yang sebenarnya anak2 lagi laju makan bila ditambah cili api dalam sup.. Smile with tongue out  jadi la ni memang xde asing.. cuma kuantiti cili api tu xde la letak banyak2.. kalo seperiuk sup tu, hanya letak 3 biji jer cili api yang kecik tu.
Ibu tak mendera anak2 makan cili api tau.. Nerd smile  sebab kita pun tahu anak2 kecik tak sesuai makan pedas.. tapi depa yang suka bila masakan tu ade rasa pedas sikit.. seronok bila tengok anak2 makan dengan berselera.
MUngkin ini lah antara sebabnya anak2 ibu ni kurang gemor dengan makanan yang manis2..
p/s:
ibu masa bujang dulu pun tak tahan makan pedas… sambal belacan pun tak suka.. camana tah sejak kahwin dengan en ayah, lidah cam jadi kebal plak dengan cili api ni.. masakan kalo xde rasa pedas, rasa cam hampeh jer… 
kot2 la dapat ikut kak limah g Turki.. buleh ke bawa bekal/stok cili api barang 1-2 kati?!!

>Otaku–perencah char kuey teow ~ ade sape pernah guna?

November 12, 2010 at 8:24 am | Dikirim dalam food and beverage, motivasi | Tinggalkan komen

>Salam ceria,

Gambor ni snap bulan lepas, masa en ayah singgah beli pisang goreng & kepok lekor di Taman Tasek Damai.. Ibu ternampak banner ni, terus la snap.

IMG_8909

Kome ade tak yang pernah guna perencah ni..?? Teringin nak try.. buleh tanya dengan tokeh goreng pisang tu.

Malam tadi sempat la tanya dengan pakcik google.. ohh, rupanya ade blog Otaku ni… >>> http://otaku2u.blogspot.com

Agak terharu juga membaca perjalanan mula Otaku ini. Tapi belum ada sambungan untuk n3 Otaku bermula.. tak sabar plak nak tahu kegigihan dan semangat juang pengusaha Otaku ni.

p/s :

sedang mencari semangat baru.. sedang buat kira-kira campur tolak bahagi darab.. samada kembali bekerja @ terus berada di rumah dengan hati yang Broken heart… fenin bila pikirkan tentang anak2… 

>Saya suka kopi Che Nah

November 7, 2010 at 7:18 pm | Dikirim dalam food and beverage | 1 Komen

>Salam ceria hari ahad,

IMG_8960

Ni kopi pilihan keluarga kami sejak turun temurun… Open-mouthed smile kaw punya. Lebih kaw daripada ‘kopi yang kawkaw’ itu. Ibu pernah cuba nak beralih arah dengan kopi kawkaw itu.. tapi kopi Che Nah jugaTERBAEK… 
Musim hujan ni memang sedap kalo pekena kopi dipetang hari.. layan dengan cucur ikan bilis ke goreng pisang ke… kalo ade ubi kayu rebus lagi kawkaw.. Winking smile
Kopi Che Nah ni dibuat di Kilang Kopi dan Teh Che Nah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak. Boleh di dapati di merata kedai runcit di Negeri Perak ni. Kalo kat KL @ tempat lain tu ibu tak sure, sebab ade kawan yang kat KL kata dia tak jumpa kopi ni kat kedai runcit. Mungkin ade kot.. lagipun kopi ni dah femes seantero Malaysia, cuma tak masuk TV macam kopi kawkaw tu jer.
Bungkusan yang dalam gambar ni (si Anis sebok nak jadi model), rege nya RM3.20, tak tau berapa berat.. jenuh ibu belek, tak mandang pun. Tapi untuk kami sekeluarga, boleh lah bertahan dalam 2 bulan.. sebab kami tak minum hari-hari.. kalo hari2 sebulan buleh habis kot.
Di laman web KOHALAL pun ade pasal kopi che nah ni. Jom belilah barangan buatan Malaysia.
Kome suka minum kopi cap apa??!!
p/s :
Ibu la ni tengah cari kopi yang serbuk agak kasar.. selalu leh jumpa kat kampung2.. tak tau la kopi cap apa. Tapi teringat minum kopi tu masa ke rumah mertua adik di Felcra Seberang Perak.

>Kuih feveret masa deepavali

November 5, 2010 at 5:41 pm | Dikirim dalam food and beverage | Tinggalkan komen

>Salam ceria…

pic credit : Indian dessert
pic credit : besan ladoo
Dulu masa masih kerja pasti ada staff yang akan bawa 2 jenis kuih ni.. selain maruku ibu memang suka sangat 2-2 kuih ni… kalian camana??!!

>Ketayap inti berlauk

November 3, 2010 at 8:04 am | Dikirim dalam food and beverage | Tinggalkan komen

>Salam ceria,

pagi ni breakfast apa.. ? Pagi ni ibu jamu kalian dengan kuih ketayap lah yer… tapi ketayap versi ibu ni inti kentang & daging.. almaklum lah anak2 ibu ber-3 kurang melayan makanan yang manis.

IMG_8825

Senang jer nak sediakan ni.

1. Inti tu, masak siap2 di malam sebelumnya, & simpan dalam petiais >> resepi inti macam buat inti karipap tu ler… kalo boleh kentang & daging tu bior sama banyak… nak  makan sendiri kan, kena lah kasi sedap..
2. butter nya.. hanya tepung gandum, garam sikit & air.. buat cair-cair yer..
3. masakkan butter 1 senduk kecil ke dalam pant/kuali leper… buat nipis2 tau.. kalo tebal dah jadi lempeng plak… api jangan kuat sangat.. kang hangit.. Sarcastic smile
4. dah siap.. letak dalam pinggan & letak inti & gulung.. ibu gulung cam tu jer.. tak tutup pun bahagian tepi.. pastu potong 2-3 bahagian (senang untuk anak2  makan)
5. Kalo rajin leh bawa bekal ke pejabat… leh berkelah ramai2 dengan staff… Open-mouthed smileSmile with tongue out
Selamat bersarapan dan selamat gigih bekerja.
p/s :
2 hari yang lepas.. busy sikit.. ade komen yang tak sempat balas.. tak sempat nak balas bw kawan2 yang komen… tak sempat nak semak kotak sembang…  Confused smileSad smile  minta maaf yer..

>Pulut tanak bermesra dengan serunding

Oktober 30, 2010 at 8:56 am | Dikirim dalam food and beverage, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam ceria pagi sabtu,

dah breakfast… hari ni kita jamu pulut la pulak yer.. pulut ni tak elok makan selalu.. nanti cepat lemah badan (ibu le… lepas makan mesti le ngantuk @ malas jer ghopenya) Tapi kali ni ibu jamu pulut tanak jer la.. tak yah sesusah nak letak santan, walaupun en ayah tokey santan.  Open-mouthed smile

Pulut tu masak le macam masak nasi, tambah garam sikit.. sikit jer usah banyok, tak letak pun tak ngape… tapi usah letak air banyak2 sangat.. nanti lembek benor jadinya. Bila dah suam2 sikit, kome kepal2 kan… pastu leghek (golekkan) pulut tu atas serunding. Serunding tu ikut suka la, nak golek lama2 pun boleh, bior banyok sikit yang terkena @ bermesra dengan pulut tu.
IMG_8811

Jemput la makan… Bismillah dulu yer..

kalo suka makan dengan ikan masin pun sedap.. nak makan dengan kelapa parut campur gula pun sedap… tapi hari ni ibu jamu makan dengan serunding le.. almaklum le serunding dari ummu Uswah tu ade lagi..
Teringat masa dok di Ganu dulu.. makbonda selalu buat pulut tanak ni makan dengan kelapa parut masin (letok garam le sket) dan ikan panggang/bakar.. masa tu kami panggil pulut lepe. Kena tanya MamaYatie @ Wan Anie, betul ke? Rindu juga nak makan macam tu…
nota :
tadi cuba google pasal pulut lepe… rupanya macam pulut panggang pulak… ehh, naper lain benor.. masa tahun 80’an dulu… xde plak berbalut macam pulut panggang tu… adehhh, sangat musykil…

>Serunding & dodol dari Ummu Uswah @ Barangan Terpilih

Oktober 29, 2010 at 8:49 am | Dikirim dalam food and beverage, hadiah contest n giveaway | Tinggalkan komen

>Salam ceria,

hadiah dari Ummu Uswah, ibu dah terima pada hari Selasa, 26 Oktober 2010. n3 camana ibu leh dapat hadiah ni buleh refer kat n3 >>> Rezeki

IMG_8791

hadiahnya , mula dari atas : dodol nisan, dodol hijo, serunding ikan, serunding ayam dan serunding daging., dan ade pamplet formula Dr Azimuth (tak sempat nak digest lagi isikandungan pamplet ni)

IMG_8803

Dodol ni tak sempat 24 jam pun.. dah selamat & langsai kami anak beranak kerjakan.. Aliya makan paling banyak.. Anis & Fikri tak berapa layan sangat.
IMG_8804

Aliya suka sangat dodol hijo tu…

Review ibu tentang produk yang diterima :

  • dodol hijo tu terBAEK.. ibu suka.. sebab ibu memang antu dodol & sangat cerewt bila makan dodol… cuma tak best sebab terkena/tergigit bunga cengkih… pada yang gemor bunga cengkih, no hal punya.. kecik jer bunga cengkihnya.. ni 1st time makan dodol ade bunga cengkih.. Nerd smile
  • dodol nisan sedap juga.. habis ibunya kerjakan & dibantu oleh Aliya… 
  • serunding pulak.. dari segi rasa.. 3-3 sedap, Thumbs up ,memang sedap, tak tipu..… keep it up…  Serunding tu memang pedas sedikit, tapi sebab ibu ni memang lidah sambal.. jadi x jadi hal, lagi pedas lagi sodap. Nyah-Nyah

Ummu Uswah,  ni review ikhlas dari ibu @ kakyong. Cadangan dan penambaikan selebihnya ibu dah emailkan ke Ummu Uswah. Kalo leh menten rasa & UP’kan kualiti.. kakyong pun rela@sudi jadi promoter.. Rasa tu memang dah sedap dah, memang berbaloi membeli.. 
Cuma kalo boleh, bila dah pack & dijual, sila lah letak tarikh dibuat.. serunding memang tahan lama.. dodol pun tahan lama.. tapi bila ade lebih info pasti akan bermanafaat untuk semua.
Tak lama lagi nak raya haji kan.. so ibu plan nak order dodol hijo.. rege nya ibu copy paste dari blog Barangan terpilih
DODOL HIJAU/NISAN
->200g RM3
->500g RM5.00 (jimat RM2.50)
->1kg RM8.50 (jimat RM6.50)
Kome kalo berkenan serunding ke dodol ker, sila lah pergi jengah ke blog Barangan terpilih.. review ibu ni mungkin subjektif.. so kome kena baca review dari penerima sampel yang lain, untuk dibuat perbandingan. Open-mouthed smile  Almaklum la, tekak kita lain2…

>Sandwich pilihan anak-anak

Oktober 28, 2010 at 8:26 am | Dikirim dalam food and beverage | Tinggalkan komen

>Salam bahagia semua,

Dah breakfast? hari ni ibu jamu kalian dengan sandwich la plak yer..

Bukan apa, anak2 lately ni dah jadi ‘hantu’ sandwich.. dah jemu makan nasi lemak, nasi goreng dan cucur..  Smile with tongue out
IMG_8783
ini sandwich berinti sambal telur
Memandangkan permintaan untuk sandwich ni berselang hari.. maka ibu gilir2 kan lah intinya.. kalo yang sama jer, memang jemulah anak-anak
Inti yang biasa ibu buat :
  • sambal telur hancur
  • kentang dan daging (@ayam) (ni actually inti karipap, convert jer la jadi inti sandwich)
  • kentang dan ikan bilis tumbuk (ni pun inti karipap juga)
  • telur rebus yang dihancurkan dan gaul dengan mayonis
  • scramble egg + sos cili + mayonis
Actually ibu tengah pikir lagi.. apakah inti yang boleh dibuat @ direkacipta untuk sandwich anak-anak. Ade idea?! meh la kongsi. Open-mouthed smileWinking smile
note : anak-anak tak suka inti manis… so jem ke kaya ker, memang out.. depa ni memang lidah suka sambal.. ade rasa pedas2 sikit.. baru makan berselera.
jemput makan sandwich lawan dengan kopi O panas…
*foto ni dah lama.. simpan kat flickr.. tu yang xde watermark *
« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.