>Kenduri di Changkat Tin dengan live band

Februari 21, 2011 at 12:08 pm | Dikirim dalam kenduri keluarga, xtvt keluarga | 1 Komen

>Salam bahagia,

Ni cerita awal bulan Februari. 5 Februari 2011, kami sekeluarga ke Changkat Tin. Opah cu (mak sedara ayahnde) & Tok cu buat kenduri kahwin untuk makYang (sepupu ayahnde).

Ni lauk kenduri nya.. en ayah yang tolong amikkan… semuanya lauk.. bila tanya kat en ayah ‘takde sayur ke’.. kata en ayah ‘masak lemak nangka, ibu mana buleh makan’.. huhuuu… terpaksa berpantang nangka sebab penangan ‘angin’.. lepas dah kenyang makan (kami makan kat dalam rumah), sekali tengok kat luor ade ulam & sambal kelapa… uwwwaaaa.. tensi betul la dengan en ayah ni.. so next time pergi kenduri., baik amik sendiri makanan, takde la rasa terkilan ke apa…

Anak2 melayan jajan.. biasa la segala mak neka gula2.. yang 20 tahun dulu pun ade…

ni masa ibu sek rendah dulu, selalu la adap benda ni.. dah lebih 30 tahun… ade lagi jajan ni.. Kome penah makan?
ni le live band @ grup kugiran.. tak tau mana punya ni Changkat Tin ke Sg Galah @ tempat lain.. Changkat Tin ni memang femes dengan kugiran,  masa ibu sekolah menengah dulu, memang selalu ade pertandingan nyanyian & kugiran.. pertandingan Pop YeYeh pun pernah buat di Changkat Tin…

Ibu yang makin kembang.. ni gambor dgn kawan masa sek men dulu, kak ina (menten slim jer dia..) masa sek men dulu, kak ina ni rajin tolong dandan kan rambut ibu .. kak ina ni kalo ikut pangkat Mak sedara, tapi dah dari sekolah panggil kak Ina.. dah siap pesan, jangan sesekali panggil dia ‘mak Ina’.. ekekkekke….
note : 3 bulan sek di SMDB CM Yusuf masa form 1 sebelum masuk ke MRSM

majlis yang meriah.. ramai yang datang… mainly pun sedara mara belaka…  anak2 memang jakun sikit la bila balik ke Changkat Tin, sebab semua pun orang2 yang jarang jumpa.. kalo takde kenduri, kami pun memang tak balik ke Changkat Tin
abang Haris pun ade… 
snap sesuka hati.. time ni dah hampir jam 2 petang, anak2 pun nak mula tunjuk ragam dok ajak balik…  dan hari tu memang panas terik.. 
Ni dia pengantin nya.. sekarang ni musim tema merah putih… sebelah kanan tokcu & opah cu.. sebelah kiri tu, sedara kami juga Datuk Radhi Manan  (dia tak kenal ibu pun.. ekekkek.. besor sangat keluarga besor Onyang Timah ni)… kalo dengan ibu, pangkat dia ‘onyang’.. huhuuu, sebab Datuk ni sepupu dengan arwah onyang Timah (mak Opah Cu).

salam kasih sayang,
.

>Majlis bertunang dah macam majlis kenduri kahwin

Februari 15, 2011 at 9:27 am | Dikirim dalam kenduri keluarga, xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Nampak tak budak kecik si Aliya tengah dok kat pelamin ni… ni bukan pelamin orang kahwin kome… tapi pelamin orang bertunang… orang dedulu bertunang diam-diam jer.. majlis pun kecik2 jer.. jemput adik-beradik jer.. takat majlis sarung cincin jer.. yang meriah pun dengan hantaran jer. Almaklumlah belah Perak ni (tempat ibu le.. Perak ni luas, setengah tempat lain caranya) selalunya hantaran bertunang adalah segala macam kuih tradisional dan manisan. Tapi sekarang ni dah ade pakej untuk hantaran bertunang, segala cup-cake, coklat home-made, dan kuih2 modern yang berhias serba-makneka ada, tinggal hulur duit jer. 
ini masa majlis anak WakNah & Wak Im.. meriah majlisnya, Wak Im sendiri yang jadi pengacara majlis… hantaran serba biru ni dari pihak lelaki. 
Ini pula masa majlis bertunang Yanty (adik MakNgah Miela).. dah selamat pun bergelar isteri pada hari jumaat yang lepas.. ibu suka pelamin ringkas macam ni… 
Tengok hantaran ni, kuih2 semua tradisional belaka.. kuih bahulu, wajik yang gubah jadi jambangan bunga, pulut kuning, rendang ayam, kuih bakar, sebakul buah-buahan tu memang wajib dan & pelengkapnya 1 jug (bekas) air sirap. Teliti kan orang dedulu, kalo dah bawa semua makanan, kena la siapkan airnya juga, kalo idok mau makan tercekik takade ayor…. 
dalam gambor ni tak nampak pulak jug air sirap tu.. ni kalo yang nak mengantor jauh2, jug air sirap tu bior letok dalam bekas yang bertutup, idok le tumpoh… cam kami dulu, masa nak masuk kereta buh dalam botol, dah sampai rumah pengantin baru le isi dalam jag kaca… gitu le lebih kurang adat belah sini.
Sekarang ni majlis bertunang pun orang siap buat kad & gambor2 semua dah siap buat photobook.. tapi kan, hal bertunang ni memang tak elok disebor-luaskan.. jika ikut syariatnya pertunangan harus lah dirahsiakan kecuali untuk sebab2 tertentu.. tapi macam sekarang ni siap tayang segala hantaran di FB.. dan sila percaya, dah terjadi beberapa kes pertunangan terputus di tengah jalan, gara2 FB… 
Harapan kita kalo buleh, bior le berakhir hingga ke jinjang pelamin. 
NI sajer jer selit gambor Ally Iskandar bertunang… (motifnya : sebab semua nya tema merah.. nak ler tumpang keglameran Ally jap) rasanya lebih manis kalo si dara tunangan Ally ni kekal bertudung semasa majlis ni. 
salam kasih sayang,
.

>Kesah balik Kampung 40 Rantai

Februari 8, 2011 at 10:20 am | Dikirim dalam nota ibu, Perak ohh negeriku, xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

lewat juga bersiaran hari ni… kome semua ape kabo, sihat? Ibu masih lagi fenin2.. simptom2 sakit kepala, sejak balik dari berjalan jauh (balik kampung kira jalan jauh le kan) masih tak hilang2… ditambah lagi dengan sakit lidah sejak sabtu lepas.. ari ni sakit lidah dah kurang sikit.. cuma part sakit kepala ni yang datang On & Off.. 
tak cukup minum air masak? usah cakap le.. air masak tu kira minuman ruji dah.. lagi2 lah musim panas ni, dok togok selagi mau.. anak2 pun sama.. tiap jam dok ulang ke toilet. tapi kalo sakit dah nak mari, dia mari jugakkan.. apo nak dikato.
Ibu sebonar nyo memang lamo tak balik kg 40 Rantai.. ni dah omak ajak balik, ibu ikut kan ajolah.. Loghat di kg 40 Rantai ni bukan loghat perak, ado iras2 macam orang minang N9, tapi banyak lainnyo. Tak ado sobut ‘eden’ tapi lobih kepado ‘aku’. Asal orang2 di kg 40 Rantai ni dari daerah Batu Bara, Sumatera Utara. Kiranya atok ibu dulu memang pure orang sano, datang ke Malaya masa umur 10-11 tahun macam tu. Antaro orang pertamo yang meneroka kg 40 Rantai ni. Ibu agak la, atok ni mungkin keturunan minang-rawa, sobab ponah ke Kampar, terserompak dengan beberapo orang Rawa, sembangnya ado iras2 macam orang kg 40 Rantai. 
Tak kesah la keturunan apo pun.. yang ibu tau ibu ni melayu, darah dah bercampur bagai dah.. siam pun ado (sebab arwah onyang belah mak ado darah siam).. tu pasal bila orang cakap ado adik-beradik kami rupo macam cino.. jadi ibu agak, gen dari siam kot… hahahha… yang paling tak tahan bila adik si bongsu bawa kawan dia datang rumah, mati2 kawannya tak percaya ibu ni kakak kandung dia.. almaklumla si bongsu ni hitam manis orangnya…

Actually balik ke kg ni takde plan.. tetiba ajo makbonda ajak balik.. katonyo nak tengok Pak Udo (adik bongsu mak). Pak Udo kena strok pada awal Jan 2011.. kami pun lambat dapat tau. Sepupu (anak pak Udo) ado update status di FB, tapi ibu ni kan dah lama tak rajin nak online FB.. tu yang ketinggalan ketapi.. 
note : heheh… kome kena la baca n3 ni ala2 bahaso minang sket.. ntah la sesekalo sodap pulak tulis caro bahaso kg 40 Rantai ni..

Pak Udo ni posmen di Pantai Remis (Pantai Remis Perak, bukan Selangor yorr).. saper2 yang dok belah Pengkalan Baru, Pantai Remis & Sg Batu mesti konal punyo.. Pak Udo ni dia detect tangan2 dia kobas2 maso tongah kojo.. Dah sampai tahap tak buleh nak pogang surat baru dio nak g klinik.. klinik plak terus refer ke Hospital Manjung… Doktor sahkan memang kono angin ahmar, tapi tahap mild.. buleh baik, amik maso sikit la. 
Pak Udo ni dio buleh angkat siku dio.. cuma dari siku kebawah yang lomah torus, kono rajin eksesais la yo Pak Udo. Gambor ni ibu snap bolah yang sakit ajo… orang kata kalo kono belah kanan, buleh baik.. kalo lumpuh bolah kiri yang payah nak baik.. botul ko?? 
Kami lepak kat rumah opah Long (kiro onyang la untuk Anis & Aliya) dari jam 2.30 sampai 4 petang).. makbonda siap bawak bekal nasi lemak.. bukannyo apo, opah long pun bukannya sonang.. dia pun hidup atas bantuan BaitulMal.. Pastu baru g jumpo Pak Udo.. pukul 6.30 baru nak bergerak.
itupun omak & Alang nak g tengok kawasan lagi aka kebun kelapo sawit kat tanah arwah opah, sekarang ni omak & Alang kongsi berduo tanah ni. Udah tinggi pokok sawit ni omak.. kalu tobang, tanam lain, elok jugak kot.. hahhaha.. macam la ibu yang nak bagi modal.  Dibalik2 pokok sawit ni ade beberapa batang pokok durian.. udah tinggi melangit pokok durian tu.. almaklumla, omak cakap, arwah opah tanam maso omak kocik2 lagi. kiro la sekarang ni omak pun dah nak 58… 
Panjang bonar dah bebelan hari ni.. kami bertolak ke Pantai Remis jam 7 malam.. konon2 ingat nak beli ikan fresh.. tapi hampeh… jadinya terus la balik antor Alang ke Gopeng.. pastu singgah ke Hospital Ipoh, amik si A’am (adik ibu atas dari si bongsu).. jatuh motor.. patah tulang kat bahu..
Si A’am ni plan nak masuk kolej tentera udara.. tengah tunggu result SPM ni.. dah patah tulang ni mau la kena rehat.. Ibu cadangkan dia masuk form 6 jer.. macam citer 6 Progressif tu.. katanya nak minta matrik juga.. Ikut suka lah, mana2 pun boleh, janji bior tangan tu baik dulu.. kang duduk jauh2 kalo sakit susah pulak  nak kena g amik.. 
p/s
kawan2 yang join teka-teka ujiminda hari ahad.. tunggu yer.. nanti ibu finalist kan jawapan & pemenangnya..
salam kasih sayang,
.

>Majlis bertema ala2 English…

Disember 27, 2010 at 9:31 am | Dikirim dalam kenduri keluarga, xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>

N3 ini banyak gambor yer.. harap bersabar

Salam bahagia,

Malam minggu lepas kami memang tiada di rumah, bermalam di rumah opahsantan di Ulu Kinta. Sejuk kat situ kome, tapi anak2 nyadin jer tidur tak berbaju, ibunya jer yang tidur ala2 dok dalam bilik beraircond.. siap membalut diri dengan comforter..
Bukan kami ajer yang bermalam situ.. ramai kome… mujur le rumah pahcik (panggilan cucu2 pada opah santan@wanchik) ni besor. bilik ade 5.. tapi bilik yang buleh guna 3 jer, 1 bilik dah jadi bilik pengantin.. maka 3-3 bilik fullhouse. Yang bujang2 tidur di hall. Macam2 ragam ada, almaklumlah budak2 kecik umur dari baby sampai 6 tahun ade dalam 10-11 orang kot…
IMG_9711
Anis & Aliya posing2 di pelamin comel ala2 English..
Baju disponsor oleh makcik yang bertunang.. konon2 pink ala English la.. yang lelaki 1 sut baju melayu warna pink…
IMG_9721
Maksu Ainun kata Fikri nampak jambu pakai baju melayu warna pink..
IMG_9704
Ni antara anak2 sedara.. susah nak kumpul deme ni untuk snap gambor ramai-ramai.. memang sampai habis majlis tak de snap gambor deme ramai2.. bukan apa cuma nak dapatkan foto deme sedondon ni..
IMG_9671
Majlis dimulakan dengan marhaban untuk majlis berendoi @ naik buai @ cukur jambul untuk Rayyan Darwisi.
IMG_9686
Buahtangan untuk jemputan… comel kotaknya… ibu lupa nak snap isi dalam.. tapi berupa wangian dari bunga2 kering…
IMG_9749
Fikri dan abang Haris.. abang haris selalu je pose menten hensem.. fikri jer yang selalu muka tak siap…. Winking smile
IMG_9768
Akhirnya pengsan… koje nyer dari pagi dok main, berlari serata ceruk.. memula dengan Aliff, tengahri masa si Alif ‘pengsan’, dia main dengan abang haris pulak… dah abang haris balik.. dah takde kawan.. perut dah kenyang, sibuk ajak balik rumah.. sudahnya dia yang ketiduran.. Anis & Aliya menten tak tidur @ rehat langsung.. tapi masuk jer kereta 2-2 terus pengsan..
IMG_9752
Alhamdulillah, majlis meriah.. jemputan pun ramai.. makanan pun sedap belaka. Ibu perasan ramai yang ratah ayam & daging kambing jer… tak per, lauk banyak.. makan le selagi mau..
IMG_9746
Ni ibu makan dengan Anis.. lamb-rib tu habis Anis kerjakan, sampai tinggal tulang jer.. ayam dan air asam dan kerabu tu ibu yang habiskan.

Ada lagi lauk lain, nangka masak lemak (ibu tak makan… takut angin, langsung tak eh buat koje nanti), kurma daging, ulam jantung pisang, ayam dan cecah air asam, kerabu daun selom dan togeh.

IMG_9741
PakLang E sekeluarga pun datang sekali dengan Makbonda@ opah nasi lemak. Tengok deme makan.. penuh pinggan masing2.. makan sampai licin… Mak Ngah Miela sekeluarga yang tak sampai2… ibu dah pesan pada paklang E, jemput deme sama….

IMG_9736-edited
Insya Allah, majlis seterusnya ditetapkan pada bulan May 2011. Baik2 lah yer sepanjang tempoh bertunang ni. Ibu doakan semoga berkekalan..
p/s
actually ibu tak buat apa sangat eg tak tolong memasak pun.. sebab ade beberapa lauk Bibik Yah yang sponsor. Urusan kambing dari sembelih, melapah dan memasak upah wak suparman, nasi pun wak suparman sponsor. Ibu cuma tolong kemas2 di dapur jer.. amik tender basuh pinggan.. bukan basuh pinggan kenduri, tapi untuk yang makan kat dalam rumah jer… kemas2 dapur pun ON & Off.. mujur le shift dengan mama Rayyan.
rindu dengan blog.. lebih 24 jam tak online… huhuuu…. ni n3 live sebab pagi2 ni baru menaip.. malam tadi memang dah tak leh buat apa dah… 
salam kasih sayang buat semua, 

>Kami on red-carpet

Disember 10, 2010 at 8:16 am | Dikirim dalam xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>Salam bahagia dan salam ceria,

Betul tak tipu ni… kami anak-beranak ON Red-carpet…. majlis anugerah makan2 dan melihat pengantin, berlangsung di Dewan Merdeka Lenggong pada 28 Nov 2010 yang lalu. N3 ni tak banyak tulisan.. gambor jer lebih..

IMG_9167

Makanan memang sedap2 belaka… ada ayam goreng & air asam cicah untuk ayam, dalca yang sangat kaw.., jelatah nenas/timun, daging macam masak kuzi dan acar buah yang sedap sekali (tak nampak dalam gambor).

IMG_9175

2 pasangan pengantin yang comel jelita hensem dabom… Thumbs upRed heart

IMG_9182

Riri dan Alan dengan suit kuning menyala…
IMG_9184
shahirah & syam .. yang ni merah menyala lawan dengan kelabu silver
Selamat pengantin baru buat kedua-dua Puteri, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.
IMG_9216
PakChu.. orang kuat yang tak boleh MISS dalam segala majlis yang melibatkan keluarga besar en ayah… yang iras2 Ajai tu, sepupu en ayah, Megat Duan.. satu2 nya abang lelaki 2-2 pengantin.. Dia ni pun wajib ada sebab dia ni memang riuh dan boleh buat majlis gamat…
IMG_9227
pelamin juga sangat vogue… la ni trend guna kerusi tinggi.. fikri cakap ‘kerusi gergasi’ … Winking smile
IMG_9234
pengapit pengantin pun buleh tahan vogue… berseri2 la makcik kachik fikri ni…
IMG_9219
Opah santan pun kan main busy tak menang tangan… tudung kuning tu wife Megat Duan, terer masak ni… yang tudung coklat bling2 tu, Wak Nah tokey catering…
lastly,
IMG_9240
kami on red-carpet… tak tipu kan… Winking smile Open-mouthed smile 
ibu dah makin gumuk la… huhuuu…
p/s
yang tak bestnya buat majlis di dewan ni… tak leh nak dok rehat2 lelama & kemudahan toilet sangat lah tidak mesra pengguna… tak jadi nak terkucil, last2 singgah di R&R tasik Raban.
salam kasih sayang buat semua,

>Tertunailah hasrat nak makan piza

November 27, 2010 at 8:27 am | Dikirim dalam anak sedara, anak-anak, xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>Salam ceria dan salam bahagia,

Terima kasih Adib Darwisi, kalo tak kerana Adib, tak merasa la maklong nak makan pizza… dari awal tahun dah dok mengidam.. dok minta kat paklong, hmmm, mengharap jer lah. Thinking smile
IMG_9131

Tengok kome.. sampey 5 large pizza…. makan sampey muntah monggek… Winking smile

Asbab nye: 24 NOv 2010 adalah ulangtahun kelahiran Adib yang ke-2.. Hepi 2nd besday Adib… semoga semakin ceria, riang, aktif dan bijak. Thumbs up

Adib & papa nya…

Anis… menumpang tiup lilin.. x penah sambut besday dengan kek kan.. jenuh tiup tak padam2..
IMG_9125
aliya tak mau join tiup lilin.. dia tengok dari jauh jer.. dah dapat belon..
IMG_9136
abg fikri ni memula tak mau makan pizza.. dia cakap tak best.. bila ibu cakap, “sedap ade sosej..”  baru la nak makan.. habis gak 2 keping dia makan..
last but not least,
IMG_9140
Adib dengan busha pant , hadiah tak seberapa dari maklong..
finally,
please welcome Rayyan Darwisi
masa gambar ini diambil Rayyan baru berusia 8 hari

>Mengendeng Juadah raya di rumah jiran

November 18, 2010 at 5:45 pm | Dikirim dalam nota ibu, xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>Salam ceria,

Pagi2 ibu dah siap2 kan beg & kain persalinan anak2, sebab setiap tahun kami memang akan berkampung di Ulu KInta, malam baru balik rumah. Ibu masak apa untuk juadah di pagi raya…?!! TIADA.. hanya buat sandwich sambal sardin jer. 
why? sebab en ayah langsung tak beli barang2 untuk di masak.. huhuuu.. sadis sungguh.
Pastu kami sambung makan pagi di rumah jiran sebelah. Jiran korner lot ni, mak ayah nya si Fifi, buat soto.. soto ala Indon la.. huhuu.. sangat tidak kena dengan selera ibu, Anak2 langsung tak mau makan. Mujur ade cupcake comel2., itu jer lah yang anak2 layan. Sori, x de gambor.. lupa nak bawa kamera. Btw, en ayah makan 2 mangkuk okay.. huhuuu… sebab ade sambal cili api yang spesel.. gila pedas sambal indon ni… tak tahan…
Jam 11 lagi, kami dan jiran korner lot (Jana & wak niko), berkunjung ke rumah makcik rumah tinggi. Kami panggil “makcik rumah tinggi” sebab rumah dia 2 tingkat… Winking smile 
IMG_9048

Anak dara makcik bibah (nama makcik ni sama dengan nama ibu Winking smile ) Rosidah masak nasi perang. Lawan dengan kuah kari dan rendang. Gulai kari makcik ni memang kaw… actually makcik bibah ni dah banyak kali  buat kenduri dan doa selamat, tapi ibu jer yang tak masuk story dalam blog. Keluarga makcik bibah ni Bengali Islam. So, kalo g rumah makcik bibah ni, memang tak sah kalo takde citer industan..
Insya Allah, kami memang akan lama berjiran. Sebab kami memang sama2 takde plan nak berpindah randah dah, sebab sama2 rumah sendiri. Huhuu.., kat rumah ibu ni ade 2-3 lagi pinggan makcik bibah yang belum ibu pulangkan. Bertuah ibu ni, hidup dikelilingi jiran yang murah hati dan rajin memberi. Cuma ibu jer lah yang fenin bila tak dapat nak membalasnya.
Balik dari rumah makcik bibah, kami lepak kat rumah jer.. anak2 sambung main kat rumah wak niko. PAstu Acunya datang bawa anak2 g rumah opah. Ibu tak ikut.
IMG_9049
IMG_9050
Abang haris pun ade. Open-mouthed smile
En ayah plak kata tak jadi g Ulu Kinta.. jadi ibu pun online jap.. dapat le BW.. bw di hari raya.. huhuu, cam takde koje plak. 1st time Aidil Adha rasa sedikit hambar, selalunya pagi 10 Zulhijjah memang pagi yang sibuk.. Kali ni ibu pun malas nak kata apa, ikut ajer lah plan en ayah.
Pukul 2 petang, makcik jiran depan rumah antor lagi juadah raya >> pulut kuning dan rendang, bubur gandum dan kek lapis. gambor xde, lupa nak snap.. Perlu ke lagi memasak dengan juadah yang dah banyak ni. Smile with tongue out
Pukul 3 petang kami bertolak ke Meru Height.. ke rumah kawan baru en ayah. Nanti lah yer, ibu sambung citer ziarah kami ke rumah kawan baru en ayah tu… heheh. Kawan en ayah tu memang betul pelakon la.. pelakon drama Pendekar. Nerd smile

>Opah & atok santan bakal berbesan dengan orang Malim Nawar

Oktober 31, 2010 at 7:14 pm | Dikirim dalam xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>Salam ceria,

Hampir setengah hari ni 31 Oct 2010, kami sekeluarga di rumah opah & atok santan. Bakal besan opah & atok santan datang merisik makcik kesayangan fikri dari Malim Nawar. Insya Allah, kenduri bertunangnya bakal berlangsung pada 26 Disember 2010.

IMG_8884

Gambar blur.. ntah naper.. setting tak betui kot… tensi betui sebab bukan 1,2 tapi banyak plak gambor yg blur… yang sedang hulur pinggan baju kemeja kotak2 tu ler bakal menantu opah& atok santan.

btw, opah santan masak nasi ayam, mee rebus/bandung, pulut kuning dan rendang ayam… meriah… Ibu buat apa? Ibu tolong sikit2 jer.. sebabnya en ayah buleh lupa yang majlis merisik tu hari ni, dia ingatkan minggu depan.. pukul 10 pagi baru kelam-kabut nak bersiap..

IMG_8880

cincin merisik dah tersarung di jari.. Insya Allah, menanti majlis bertunang pada Dec ni.. Tahniah makcik Ekin..

Penghujung Nov nanti Insya ALlah ada majlis kenduri kahwin 2 puteri (anak makndah) di Lenggong. Mesti meriah sebab majlis ni double wedding .. kira bahasa melayu nya 2 pengantin sekali gus.

Tak lama lagi dah nak cuti sekolah.. mana bermula lah musim kenduri kahwin kan… Winking smile

IMG_8903

Suasana di belah Tasek, Ipoh… udah mendung & gelap bebenor.. masa ni hampir jam 6 petang.. masa menulis n3 ni belum hujan lagi. Tapi memang dah sampey musim hujan, malam tadi pun tidur berstokin dan bersweater & berselimut tebal… sejuk kan main.

NI baru musim hujan, kawan2 yang merantau ke luor negara yang ade 4 musim, sekarang ni dah nak masuk winter kan… uuuissshh, camner le gaya nya tu…

>Bila dah berLIMA

Oktober 18, 2010 at 6:48 pm | Dikirim dalam anak sedara, anak-anak, xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>Salam bahagia buat semua,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

hari sabtu dan ahad yang lepas memang hari minggu yang sibuk… hari sabtu kami ke majlis pertunangan adik makNgah Miela.. malam tu paklang sekeluarga bermalam di rumah kami.. dan tengahari ahad kami ke kenduri kahwin jiran di Taman Bertuah.

Apa yang berLIMA….

Bila dah berLIMA.. camni lah.. awal2 pagi lagi dah main kat luor.. nak suruh mandi pun susah… ingat main jer… panggil makan pun buat derk jer…

Bukan selalu depa ni dapat berkumpul.. sesekala jer bila abang haris & aidil balik ke Ipoh.. baru la buleh jumpa… Agak2 bila yer kami sekeluarga akan ke Kepong lagi… kali terakhir masa Nov 2008, pastu belum lagi ade percutian keluarga luor dari negeri Perak. 
Kami baru dapat berita.. PakLang dapat Anugerah Khidmat cemerlang… en ayah kata, buleh la nanti kami sekeluarga ke Kepong… nak paw sikit duit ganjaran pakLang… hehehe…. 
p/s :
Ibu baru jer berangan2 nak bawa anak2 ke zoo (at least Zoo Taiping).. pastu Fikri selalu tanya, ikan jaws ade ke kat zoo… huhuuu.. terus ibu terpikir Aquaria KLCC… *en ayah, ade ke bajet nak bawa anak2 ke Aquaria.??!!!.* . actually ibu pun yang sangat teringin nak ke sana…
* yang belum ade watermark @ signature untuk blog.. meh la join Mini GA kakyong[dot]com*

>Lauk hidangan kenduri plak nak enterprem

Oktober 3, 2010 at 5:41 pm | Dikirim dalam xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>Salam bahagia

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..  

Pelamin dah tunjuk di n3 – Aksi Aliya di Pelamin
Meriahnya majlis dah tunjuk sikit di n3 – geng deejay memeriahkan majlis

 So part 3… kira part 3 lah kan.. kita tayang hidangan kenduri plak….

ni hidangan untuk tetamu..

nasi ada 2 : nasi putih dan nasi minyak – sekarang ni kat mana2 majlis pun dah biasa di sediakan 2 jenis nasi.
lauk : ulaman, sambal belacan, pecal (ni yg paling cepat laris), gulai kari daging, masak lemak terung, acar buah, ayam panggang 

pemanis mulut : buah tembikai, pengat pisang & air oren

ini hidangan pengantin meja pertama
ni hidangan pengantin meja kedua

ayam golek & udang memanjat

yang ni tak pasti meja 1 @ 2… main snap jer..

nampak tak.. masa ni baru jam 12 tengahari… gigih depa panggang ayam… 

Majlis ni bukan masak gotong royong, tapi catering.. dan tokey catering tu pun orang kampung ni jugak…

kita tayang lah sket gambor-gambor pengantin…

anak bibik – pengantin lelaki baju putih hijo & pengantin perempuan berbaju biru
Meriah majlis ni, walau paman dah takde (meninggal 2 tahun lalu), tapi majlis ni memang sangat meriah.. Ibu pun tak pasti menantu bibik ni masa satu yang orang Muar & mana satu yang orang Pekan Razaki. 
Majlis kali ni ibu agak ‘free-hand’ sebab kami datang awal.. dan ibu dah makan kenyang2 kat dapur… 

Last, ibu persembahkan gadis dan buah pear… kali ni takde telur untuk tetamu tapi diberi buah pear sorang sebiji… dua-dua anak dara ni sepupu en ayah…

Laman Berikutnya »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.