>Ini memang bukan pokok Anggur ku

Februari 22, 2011 at 9:03 am | Dikirim dalam pokok anggur, taman mini | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Pepagi ni sajer interfrem gambor pokok anggur kat rumah adik @ Pak Ngah (suami nya makNgah Miela)..

Benih Anggur ni dapat dari Ayahnde Pengasas. Kat rumah adik, pokok anggur jer yang bercambah molek dan dah mula berbuah.. kata makbonda dah ade putik.. tapi ibu tak sempat nak telek pokok & zoom putik2 tu.. iyer ke dipanggil putik… hentam sajer lah.. 
Tak lama lagi, leh la merasa makan buah anggur kat rumah makNgah miela… mari berangan2 memetik buah anggur nan lebat dan bergayutan…. berangan ala2 dok kat ladang anggur seluas mata memandang..

macam dalam gambor ni..

sumber gambor  dari pucuk hijau
Pokok anggur kat rumah ibu… ??!! huhuuu.. sedey nak citer panjang.. sila la jengah sini.

salam kasih sayang,
.

Advertisements

>Pokok Anggur… hampir berputus asa untuk membesarkan kamu..

November 22, 2010 at 4:21 pm | Dikirim dalam taman mini | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Pokok Anggur ni.. benih nya ibu dapat dari Ayahnde Pengasas… boleh rujuk n3 ni >> haruan jadi anggur, sutera dan epal dan juga n3 update pokok anggur dan sutera

Awal tahun ni, pokok anggur ni macam dah mati (ada 2 pokok sahaja yang hidup.. huhuu)… sampai en ayah plan nak buang… huhuu.. ibu ni kan, punya tak reti nak jaga pokok2 ni… Tapi ibu dok tahan en ayah, jangan buang.. susah payah juga la ibu usaha tukor tanah.. tak lama lepas tu perasan dia bertunas… dan dia pun dah makin sihat..

ni pokok no1… tengok la anak2 ‘lemas’kan pokok tu… huhuu… daun2 habis depa cabut buat main2… actually  daun2 semua dah nampak rimbun.. Ibu dok merengek kat en ayah, supaya buatkan para dan letak jaring diatasnya supaya daunnya boleh memanjat.. Tapi sampai sudah en ayah tak buat2… 

dan ini lah nasib pokok anggur no1… dah kering tak bermaya… tapi ibu sayang nak buang, ibu biarkan jer… 
Pokok yang no2… gambar masa dia mula merimbun ibu jenuh cari.. tak jumpa pulak dalam folder… 

Ini lah nasib pokok anggur no 2… sudah mati kekeringan. berminggu ibu tak jengah, ibu biarkan jer.. siram pun tak.. dah la sebelum tu tanah dalam pasu tu jadi sarang semut… Nak tukar tanah, tapi en ayah asyik malas nak amik/cari tanah. btw, nampak tak sebelah tu, ade tunas baru yang makin membesar… erkkkk…. 
Ibu plan nak antor jer pokok ni ke rumah makbonda. Pokok ni actually macam dah beri peluang banyak kali kat ibu, sebab dah banyak kali dia layu, & bertunas semula.. tapi entah bila lah dia nak besor2 kalo tuan nya tak reti nak menjaga.
Dan sekarang ni, ibu memang dalam mode berputus asa nak besorkan pokok anggur ni.. dalam tempoh 1 minggu ni, ibu belum lagi bagi pokok @ tunas baru ni ‘minum’.. ibu riso, kalo terlebih air, kang dia mati.. tunas tu naik pun lepas 1 bulan ibu tak buat apa2 kat pokok yang dah layu tu.. nak buang sayang. Alhamdulillah, ia bertunas semula.. 

>157 Update pokok sutera & pokok anggur

Jun 11, 2009 at 10:00 am | Dikirim dalam taman mini | Tinggalkan komen

>

lewat juga daku mengupdate blog hari ini… macam-macam yang daku nak stori kan.. dan ade juge entri yang masih dalam draft… terutama entri tutorial @ tips blog yang ingin daku kongsikan dengan kawan-kawan. Tapi yang tutorial tu esok lusa lah yer..

Hari ni nak update sket pasal pokok sutera @ mulberi dan pokok anggur dalu. Masa memula dapat benih pokok ni kan main excited lagi daku.. * sila refer entri ini yer..* selepas 2 bulan pokok2 tu di tangan daku.. sedey lah juger sebab benih epal satu pun tak menjadi… mati diserang dek kutu bena… garupale

mohon ampun maaf sebab tuan punya blog ni suka tepek foto besor-besor!!
Pokok sutera yang asalnya dicacakkan oleh adik ku (suami puan Miela77), setelah sebulan, ia telah berdaun dengan lebatnya & ia juga telah mengeluarkan buah. Tidak sempat ku snap foto buahnya yang kecil comel itu, sebab sudah dipetik oleh makbonda & diberi makan kepada Anis.. daku pun tidak tahu bagaimana rasanya.

Pokok anggur itu pula sepatutnya daku ikat tali supaya ia boleh melilit dan menjalar ke atas.. tapi en ayah asyik dok fikir pasal bocat & puyu, maka anggur ku masih juga begitu.. kata adik (suami puan miela77) * eila kena bagi pengeras ni.. dah banyak kali tolong promo blog niiihhh… * kalo diikat tali, pokok akan menjalar ke atas & akan lebih banyak daun tumbuh… betui kaaa… opppss, miela77.. pasni tolong upload pokok anggur yang kat rumah kome tu.. kakyong nak tengok… buat le entri yer… promo sket pokok anggur… ohya, daun anggur ku juga semakin meriah.. baru semalam ku gunting daun2 yang tua, sebab bila pucuk baru naik, daun yang lama seperti menghalang jer.

Daku sebenarnya memang sudah berkira-kira untuk mengalihkan pokok sutera yang rimbun dalam pasu besor itu ke pasu yang lain.. biarlah tinggal 2 @ 3 batang sahaja dalam pasu besor itu. Kalo boleh ku nak tinggalkan 1 batang sahaja dan semuanya ingin ku alihkan ke pasu yang lain.

Masalahnya, en ayah yang selalu lupa untuk ambil tanah hitam.. sedangkan dalam plastik poli telah hampir seminggu ku isikan pasir.. takkan nak cacakkan atas pasir semata-mata.

Daku telah sempat jalan2 ke blog Anak Pak Utuh… ku teruja melihat beliau menanam benih2 sutera… cuba jengah sini.. Menyemai pokok mulberi

Dan pembelajaran yang daku rasa lebih advance untuk daku adalah dari blog ini.. Khazanah Alam… best nya daun sutera boleh dibuat teh..

Ini adalah benih keratan anggur yang juga ku terima pada 2 bulan yang sudah. Asalnya keratan-keratan ini juga telah diserang oleh kutu bena. Sungguh daku sedih.. dek kerana daku ni mahu juga menyelamatkan keratan anggur itu, maka daku telah men’spray’ semburan ridsect ke arah keratan. Kubiarkan semalaman, esoknya daku buang @ kikis bena2 tersebut, ku basuh dengan air paip.. lalukan air jer. Kemudiannya ku pacakkan ajer dalam pasu, tanpa harapan yang tinggi dan satu keratan lagi ku patahkan 2.. hangin punya pasal. Tapi tidaklah ku buang.. ku pacakkan juga dalam pasu besar sekali dgn pokok sutera.. konon2 nak sedapkan hati..

Baru seminggu lepas, ku perasan keratan anggur yang ku patah 2 itu telah berdaun.. macam tak percaya pula.. sebab sebelum ni ku lihat seperti batang yang dah mati.. begitu juga keratan yang satu lagi.. dan sekarang ni sedang berdaun dengan lebatnya…

Foto benih epal ini daku ambil pada 17 April 2009. Setelah 10 hari benih2 ini berada di rumah daku… hampir ke semua telah diserang oleh kutu bena. Nampak tak yang warna putih, yang daku bulat2 kan itu… memang satu pun tidak dapat diselamatkan. sedey sangat.. tak dapat lah daku nak perasan jadi tokey pokok epal… harus juga ku beli epal dari pasaraya.

Tapi benih epal adik ku yang di FRIM itu kata nya tumbuh dengan jayanya… huhhh, jeles sungguh daku.. lupa pula daku nak minta dia snapkan foto.

SEkian sahaja update pokok mulberi & pokok anggur daku.. tunggu la sebulan dua lagi… akan ku update perkembangannyer lagi.

Kredit harus diberi kepada Ayahnde Pengasas kerana memberi peluang kepada daku untuk menanam anggur. dan dengan tak malu nya ku umumkan nama ku sudah ada dalam senarai KEPEPAM. senyumkenyit

>099 haruan jadi anggur, sutera & epal

April 15, 2009 at 9:23 am | Dikirim dalam my notes, ruan n puyu, taman mini | 9 Komen

>

Entri ni adalah sebagai tanda terima kasih ibu kepada Ayahnde Pengasas (Dr Abdul Wahab Arbain)

Masih ingat kah cerita ibu di entri si bocek XXXL. Ikan haruan kering yang besor itu telah selamat sampai ke tangan Ayahnde Pengasas pada 5 April 2009 yang lepas. silap besor le sebab ibu lupa nak snap foto si bocel XXXL yang dah kering.. lupa.. heheh. Asal nyer ibu nak poslaju kan ajer, kebetulan pula PakNgah sekeluarga nak ke KL & mereka pula akan transit di rumah PakLang di FRIM, Kepong. Jadi, ibu pun kirim kat depa ajer lah.

Khabar nya si bocek kering itu telah di asampedas kan oleh Ayahnde Pengasas sekeluarga.. Hmm, tak pernah lagi rasa@makan ikan haruan kering masak asam pedas.. mesti sedap.!!

Jom tengok apa yang ibu dapat hasil daripada pertukaran ikan kering tersebut. EEh, Ayahnde Pengasas ade masukkan duit dalam akaun ker, ibu memang tak check akaun bank lagi sejak ari tu.. kalo ayahnde bayor rege ikan ruan tu, kira ni adalah HADIAH yang sangat BESOR dan CABARAN untuk ibu yang sangat tidak rajin BERKEBUN ini… huhuuu..

Ini adalah benih Anggur (2 pasu) dan yang dalam botol kaca adalah benih epal red delicious. Kata PakNgah (itupun dari Ayahnde Pengasas juga), senang ajer nak jaganya. Yang penting dok tempat redup.. siram jangan terlebih banjir udah. Yang benih epal tu, katanya kena tunggu sampai berakar.. ntah le, ibu pun dah lupa.. tapi ibu dah cacak kan jer dalam pasu besor tu. harap2 hidup ler..

Cerita lebih lanjut tentang Anggur boleh nanti refer di sini.. http://tanamanggur.blogspot.com/

Ini pokok apa? Ini adalah benih pokok sutera.. atau dikenali juga dengan nama pokok malberi. Masa sekolah menengah dulu, ingat tak belajor Geografi, belajor pasal ulat sutera Jepun.. ulat sutera kan makan daun malberi.. inilah benih nya.. ni PakNgah yang cacak kan dalam pasu besor tu. Asalnyer pasu tu ayah tanam pokok cili api, tapi daun pokok cili layu2.. dan kena serang dek semut merah.. so ala2 hidup segan mati tak mau..
nampak tak kat batang tu ade yang dah bertunas.. setelah seminggu (hari ini ler) dah semakin banyak tunas & dah nampak ruper daun.. foto tak snap lagi..
Untuk tahu lebih lanjut tentang pengurusan pokok sutera, boleh baca di sini..http://kebunpokoksutera.blogspot.com/

Di bawah adalah beberapa keping foto hasil lawatan adik-adik daku & ipar2 ku ke nursery Ayahnde Pengasas. Foto2 ini pun ehsan dari adik ipar ku Eila. Mekasih tolong emailkan, dapat juga ditepekkan di sini, walaupun kualiti foto kurang menyerlah. heheh..

dari kanan, Ayahnde Pengasas, adikku Aju , yang bertudung biru agaknya wife ayahnde Pengasas (main teka jer ni..), si baju merah adik ipar ku Ema & baby Aidil, sibaju biru adik iparku juga Eila & baby Qis, si kecek dekat dengan ayahnde Pengasas Haris (anak Ema), abg Bad & kakak Amira (anak2 Eila).

deme memang excited giler dapat nengok pokok anggur lebih2 lagi buah anggur yang berjuntai.. lawak sungguh, depa tingin nak rasa, tapi segan malu-malu kucin nak buka mulut…

ni pokok ape pulak ni, tak di kabor dek si Eila… ngantor email, foto jer tanpa apa2 explanation… tak per tepek jer.. nanti.. kot-kot ayahnde Pengasas singgah sini, mungkin akan dapat jawapannya..

>054 Tag Laman

Februari 27, 2009 at 1:29 am | Dikirim dalam my notes, tag, taman mini | 4 Komen

>

Di tag lagi oleh seorang sahabat @ member satu kampus dulu.. UmmiIna @ Hezlina..

Kreatif betul deme-deme ni.. laman rumah pun nak di tag…


Btw, ni le rupernya laman rumah Ummi Ina, ade pokok jambu air.. hmm, yummy.. merah-merah gebu-gebu buahnyer.. terliur teman dibuatnyer.. sebab tu ler tampal juger kat sini.. hihi.. lupa nak mintak izin.. takper jap lagi baru nak minta permission

pokok jambu air
buah jambu air
model sedang memegang buah jambu

Laman rumah teman, same ler seperti laman rumah teres setingkat yang lain.. kecik jer.. luasnya muat untuk 2 buah kereta, tapi kalo dah macam-macam dok ‘parking’ kat laman ni, sebuah kereta jer le yang boleh masuk… teman segan benor nya nak nunjuk ruper laman rumah teman.. almaklumler ler dok berambat dengan anak-anak kat dalam rumah jer.. takdan nak make-up laman rumah.. tambah lagi ade penyakit Mim-Alif-Lam-sin.

Btw, untuk tidak menghampakan Ummi Ina.. ni ler ruper laman ku… huhu..

kalo waktu pagi ni ler suasana laman rumah teman..

Ni masa hari tengah hujan lebat… tensen jer tengok tembok tu dah hitam-hitam.. dok kecek2 suami nak cat tembok tu.. tapi dah banyak bulan dah… jawapannyer masih ‘nanti lah..’

takdan nak ke sunway Tambun.. kalo nak ke kolam renang DBI, anak-anak kecik lagi & teman ni kekadang runsing bila org reramai.. so laman rumah jugak le tempat lepak kolam anak-anak..

ni lepas buat ‘make-over’ sikit jer.. @ kemas & tukar susun atur.. yang dalam pasu terdekat tu, tanam pokok cili api kampung.. banyak lagi anak pokok cili api yang belum diubah.. ade beberapa botol minyak masak yang boleh diguna untuk buat pasu nyer.. tapi itu ler.. mim-alif-lam-sin punya pasal la ni… lagi satu tunggu suami bawa balik tanah.. asyik dok beralasan jer… kalo betui rajin dah lama selesai.. ClubKicking Dirt

Sekian, ada nyer…

teman tak berhajat nak tag sesaper.. kalo ade pun hanya 2 orang.. Umi Nor & kakwani. Tapi kak wani, teman tersangat faham akan kesibukan & kepadatan aktiviti kakwani dengan jemaah, kerja & anak-anak.. walo sesungguhnya teman teringin sangat nak tengok laman rumah kak wani yang luas tu.. dulu kali terakhir teman ke rumah kakwani tahun bila tu 2002/2003, pokok2 byk yg kecik2 lagi.. tapi tak per lah.. nanti ade ruang, teman datang sendiri.. hihi, macam senang jer nak sampai sana.. Insya Allah, ade rezeki, sampai juga kami ke Sg Merab dengan suami & anak-anak.. dulu selalu dtg seorang jer..

hmmm.. teringin juga nak tengok laman rumah deme-deme ni..

1. Umi Noor Cake House..

2. Ummi Balqis

3. Ibu Kauthar@Salwa

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.