>Peluang berhosting bakal jadi kenyataan : Untung nya join contest Yanmieonline

Februari 22, 2011 at 5:14 pm | Dikirim dalam keputusan giveaway n contest join | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Tak rugi join contest Aksi Makan Yanmieonline.com. Walaupun ibu tak berjaya menang hadiah extra topup, mahupun hadiah utama. tapi semua peserta mendapat saguhati… check info dibawah ni.

Keputusan penuh, sila semak di Pemenang Contest Aksi Makan

Terima kasih Yanmieonline.com  dan  Fivio.com 

p/s
nervous la pulak nak berhosting ni.. dah le ibu ni masih lagi blur2 & kurang pengetahuan pasal hosting ni….

note :
rezeki GA/contest ke 3 untuk Februari 2011 … bulan ini rezeki GA mahal sket… 😉

salam kasih sayang,
.

>Dapat logo badge dari DiariNiaga.com & menang GA Ms Gedik

Februari 4, 2011 at 5:59 pm | Dikirim dalam keputusan giveaway n contest join | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Ibu tersilap la bila ibu tulis kat ‘note’ dalam n3 yang lepas

Actually ada… 1 dari blog DiariNiaga.com (ni Miza Yusof yang inform)…. 1 dari blog Ms eida (ni Suzi @ MZ yang inform).. teruk betui la ibu ni kan, mujur ade kawan2 blog prihatin yang tolong inform.. bukan ibu sengaja tak semak result GA., cuma kadang2 tu tak sempat nak kejor semua perkara.. Smile with tongue out 
Ni dia result dari GA DiariNiaga.com , result penuh di sini..
pemenang utama adalah yang memberi referral tertinggi… huhuuu… ibu kan kalo GA yang melibatkan referral ni memang selalu fail la… kalo voting, lagi la.. terus tak mau join.. akakakka…

hadiahnya adalah blog logo…

comel kan..!!!  Thumbs up   ibu puashati dengan design ni.. cuma bila nak guna @ ditampal sebagai blog badge, baru perasan logo ni masih berkotak…  ibu cuba edit.. tapi tak cantik @ tak kemas lah ibu ‘potong’ badge tu .. (setelah beberapa kali ibu cuba..) Jadi kena tunggu hanie update kan dulu… Winking smile

Winning #2 untuk Februari 2011 adalah dari MY1st ANNivERSARY GiveAwaY by Eida..

Keputusan penuh di SINI.

Alhamdulillah, suka  Open-mouthed smile .. n3 ibu tak kreatif pun.. compare n3 MZ & yang lelain.. tapi syukur sangat terpilih.. Memula tu bila baca syarat pemenang di pilih berdasarkan kreativiti, terus rasa tak mau join.. Smile with tongue out   Tapi teringin nak bermain dengan photoshop, photoscape & picnik.com.. Winking smile   Terima kasih Ms Eida & suami sebab pilih kakyong.
Actually ibu suka juga sesekala jengah ke blog Ms Eida, sebab suka dengor lagu yang segor & rancak.. ulang2 pun sedap didengar.. dan satu lagi Ms Eida masih lagi guna signature yang ibu buat tu… Open-mouthed smile
p/s
hari ni gigih buat n3 GA/contest, sambil BW, sambil semak result GA.. Winking smile  masih dalam mood nak join banyak2 GA,… Open-mouthed smile  walhal kain baju dalam bilik tu dah ‘meronta’ (kot lah boleh bersuara) minta dikemas.. Smile with tongue out
Kalau belum terjah GA & segmen review.. sila klik2 banner kat bawah…





salam kasih sayang,
 .

>Rezeki semalam ;)

Januari 28, 2011 at 9:35 am | Dikirim dalam anak sedara, food and beverage, hadiah contest n giveaway, keputusan giveaway n contest join, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Semalam Nadiah maklumkan pada ibu, yang ibu menang GA Aku Ibu Muda. Alhamdulillah, syukur sangat.. kiranya hari ni dalam sejarah la sebab 3 hari berturut-turut dapat berita gembira.  
Result penuh di SINI :

Ibu pilih blaus yang tengah tu.. belum pernah ade blause yang bersulam manik macam ni…  Terima kasih buat Wani..  
Kiranya sebahagian wishlist ibu untuk diri sendiri dah hampir tertunai.. pasni nak cari kasut pulak.. ade tak lagi GA yang bagi hadiah kasut @ sandal.. hari tu tak berTUAH untuk GA hezesuze.. tak salah kan cari hadiah free yang bergantung pada TUAH..

Semalam si baby Adib & makayahnya singgah ke rumah kami… tengok dah bulat dah baby ni.. ni lagi 2 hari nak cukup 40 hari..

Si Jasni (bapa nya si Adib ni aka adik ipar ibu) nak jumpa dengan en ayah. Ibu call en ayah, tapi en ayah cakap dia balik lambat, pukul 2.30 petang baru nak sampai rumah, sebab nak tunggu tokey kedai nak kutip duit santan. Ibu nak menjamu makan lunch pun memnag takde lauk nak masak, freezer memang kosong. (tu pasal selalu off freezer, bior jimat letrik)..

Si Jasni pun g godek2 lori dia.. tengok dalam peti ikan ade sekor lagi ikan pelotan.. besor juga.. ibu lupa nak snap gambor sebelum ibu siang. Adik ipar ibu ni meniaga ikan dan kelapa. 2-3 hari lepas dia tak meniaga sebab bot tak naik.. jadi ikan takdak la.. Ni pun jengah ke mari sebab antor kelapa ke kedai dekat area rumah makbonda.

ini le kari asam ibu.. refer resepi kat SINI

Alhamdulillah, ikan tu selamat ibu masak kari.. sebab ikan tu besor, jadi ibu masak sebahagian jer.. jadi semalam kami makan kari la.. Adib & makayah nya tak tunggu pun ibu selesai masak, pukul 2 depa dah ber’ansor’ sebab ade urusan lain pulak. Maaf le kome, kali kakyong jamu air kosong jer.. bukan sengaja, tapi memang udoh tak mandang barang yang buleh dimasak.

dan sebelum menutup n3 ni.. nak tunjuk hadiah yang ibu dapat dari Ekin.. terima kasih Ekin… berebut anak2 nak kan pen ni… dah sampai hari Isnin tu.. cuma tak sempat nak snap sebab bateri kamera kong… kemarin dah adik tolong belikan bateri baru, tapi ibu yang lupa nak snap.

dan lastly… ni nak tanya ade tak kome yang ade tersalah trasnfer duit..dah 2 minggu ibu tak semak akaun MBB.. pagi tadi terasa nak semak.. sekali nampak ade fund transfer RM25…

Sebab kan dalam 2 minggu ni memang takde yang menempah apa2 design dengan ibu dan ibu pun takde caj yang seumpama dengan harga RM25 ni.. memang le orang kata RM25 tu sikit.. tapi kan kalo ibu pun tak tahu mana asal usul nya.. dah pasti lah bukan hak ibu kan..!! Kot le ade kome yang tersalah transfer duit ni sila la email ibu.. sebaiknya bagi sekali bukti yer @ resit yang diprintscreen.

p/s
Rezeki GA ke10 untuk Januari 2011.

salam kasih sayang,

>Pagi yang sejuk

Januari 27, 2011 at 9:36 am | Dikirim dalam keputusan giveaway n contest join, nota ibu, Qistina Balqis Maisarah | Tinggalkan komen

>Salam ceria semua,

hari ni hujan sejak awal pagi… sejuk jer hari… nak mandi pun malas… tapi harus juga gigih mandi, kalo mandi lewat susah sket bila anak2 dah bangun. 2-3 hari ni Ipoh mendung jer, petang semalam pun renyai2 di belah tengahari & petang. Hari Isnin petang bawa anak2 ke taman permainan.. sedang syiok-syiok main, hujan turun, tak la lebat.. renyai2 ajer… bertempiaran lah balik.. 10 minit jalan kaki.. maka basah la jugak walau tak kuyup.. tapi anak2 kan main suka lagi.. Almaklumlah peluang dapat main hujan.. 
Semalam ibu menang kipas comel dari GA Ayu.. Terima kasih yatie sebab tolong inform kan di blog ni… Lela_Farouk pun ade inform kat shoutbox blog GCL ibu.
Result boleh tengok kat sini :  Terima kasih Ayu for this GA.
Lepas dah beremail dengan Ayu… ingatkan Ayu yang pilih.. rupanya guna khidmat cik random.. Alhamdulillah, rezeki anak2 lagi.. cuma bila hadiah ni sampai, kena simpan diam2 dulu.. takut kalo si dara berdua ni berebut.. mungkin kena pesan kat MakTam (adik ibu) supaya carikan kipas yang lebih kurang sama macam ni… 
lately ni tendensi berebut tu sangat kuat… sampai letih la ibu setiap masa kena cakap.. main la sama-sama.. tak elok rebut2.. okay kejap.. pastu berebut lagi..
dan ini perkembangan terbaru baby Balqis.
ini mesej dari Mai (mama Balqis) tengahmalam tadi.. tapi baru pagi ni ibu printscreen
Di grup  Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisara diorang gigih buat charity sales untuk Balqis.. So to those yang nak sama2 join the charity sales buleh ajer terjah grup ni..
p/s
sudah 2 hari guna MFF (mozila fire fox), sesaja nak ubah angin… tapi kan capaian internet jadi sangat slow.. huhuuhhh.. nampaknya harus kembali guna google chrome jugak le..

salam kasih sayang buat semua,
.

>Anak-anak dara ku dapat baju… ibu dapat kain… Alhamdulillah, rezeki..

Januari 26, 2011 at 9:56 am | Dikirim dalam blogger friends, keputusan giveaway n contest join | Tinggalkan komen

>.

Salam bahagia,

Pagi ni Anis tak ikut en ayah.. jadi Aliya ade kawan… sian Aliya, malam tadi Aliya pulak demam.. baru 2 hari kakak takde kat rumah.. tu pun belah pagi jer. Pagi ni nampak dah kebah sikit..

hari ni nak citer yang anak-anak dara ibu dapat hadiah baju dari orang jauh. Jauh di sana.. di UK.. kome mesti kenal punya lah.. Mama Zharfan @ Suzi.. Terima kasih Suzi, hadiah dah sampai pada hari Isnin.

Masa terima parcel ni, berdua dengan Aliya jer kan kat rumah.. maka Aliya sorang jer lah yang excited… bila buka jer.. Aliya terus cakap “nak beri… nak beri !!!”

Baju ni ade button berbentuk/rupa macam buah strawberi.. tu yang Aliya sibuk nak kutil… hehehhe…

“Ini butang la Iya.. bukan strawberi…”
“butang??!! bukan beri ?! “

Tengok lah budak kecik ni.. tak mau tengok kamera.. merajuk.. tak dapat ‘beri’… 
Kakak Anis belum test lagi baju ni… tapi kalo dia tengok suka sangat lah dia.. mesti tak habis memuji la kalo Anis.. “kakak punya ke ibu..?! cantik la ibu… kakak suka….!!!”
Terima kasih Suzi..   u really made my day.. memang ade suarakan pada en ayah, yang t-shirt Anis dah kecik @ muat2 badan.. pesan jugak lah kat en ayah, kalo ade duit lebih tu beli la sehelai dua t-shirt untuk dia, yang murah2 pun tak apa, asal dia ade baju yang selesa di pakai.
updated
ada kad dari suzi.. lupa nak upload gambor masa memula publish tadi..
dan ibu dapat kain??? 
Actually ibu menang GA saya nak kain itu. Alhamdulillah, Lela_farouk yang datang inform ke shoutbox… Terima kasih Lela.. memang masa tu nak check result GA tu.. tengok dah ade yang datang sampaikan berita gumbira… 

Ini adalah kali pertama ibu menang kain pasang.. Alhamdulillah.. akhirnya tercapai juga cita-cita nak buat baju kurung baru… pasni kena kumpul duit untuk upah tailor… bukan tak mau jahit sendiri.. tapi tak reti lagi nak potong & jahit baju kurung..

definitely akan tempah dengan tailor (Che Din) yang biasa.. bertahun dah tak tempah dengan dia. Baju Merah yang dalam n3 kami di red karpet tu, Che Din juga yang jahitkan, actually baju merah tu adalah baju ibu masa bertunang.

Terima kasih SyedaCollection.. anda telah menunaikan salah satu wishlist ibu…    Kome kan kalo nak tengok kain lawo2.. buleh la jengah ke SyedaCollection . harga sangat berpatutan, serendah RM30 sepasang hingga RM60.. cuma susah sikit nak faham jenis kain ni, sebab setiap pasang kain yang ditayangkan hanya diletakkan kod.. jadi tak pasti adalah ianya semua washable Italian silk @ silk biasa.. @ kain jenis lain. Corak2 memang cantik, sedap dipandang mata..

Actually kan ibu tak pasti ibu bakal dapat kain yang mana satu.. sebab tak nampak pulak n3 yang khas untuk hadiah pemenang.

Terima kasih Ya Allah… kadang2 terasa keterlaluan, tiap kali solat memohon diberi sedikit berita gembira, walau dalam apa jua bentuk pun.. sebab hati ni kadang2 lara kan.. jadi asyik dok meminta jer.. selalu meminta pun tak bagus juga kan..

cuma doa untuk hari ni, semoga en ayah dapat bawa pulang 1 pack milo, sebab sudah hampir 1 minggu ni anak2 dok merengek nak milo ajer (sejak minggu lepas lagi).. Fikri dia faham, dia selalu akan cakap, “ayah tak cukup duit lagi.. orang belum bagi ayah duit.. nanti ayah dapat banyak duit, boleh la beli milo…” erkk,  pasal milo pun nak bising dalam blog ke… 

p/s
Rezeki Menang kain ni adalah yng ke8 untuk Januari 2010 2011..

salam.

>Rezeki GA lagi ~ Jan 2011

Januari 19, 2011 at 8:08 am | Dikirim dalam keputusan giveaway n contest join | Tinggalkan komen

>Salam bahagia

Dari Ekin, GA Saya punya pen itu.. result penuh di SINI.

Terima kasih Ekin

Dari Jieda… Ibu tak menang gelang tu tapi dapat key-chain ni.. semua peserta yang tak dapat gelang dapat key-chain sorang satu.. best kan… !!!! Smile Thumbs up

Terima kasih Jieda

Dan juga dari Cik Puan Gaban, GA Lovely Craft & Embroidery.. keputusan penuh di SINI.

Ramai kan yang dapat hadiah tuala sulaman ni… Terima Kasih cik puan gaban.. ni kali ke2 ibu dapat hadiah dari Cik Puan Gaban.. kali pertama dulu ibu dapat apron pink ber-ropol2 lagi, pada tahun 2009…
p/s:
1. Rezeki GA ke5, 6 & 7 untuk bulan Januari 2011
2. semalam tak begitu sihat… keletihan.. maka agak sedikit sahaja yang mampu BW.. doakan hari ni ibu dah bertambah cergas.. jadi boleh pulun BW laju2…
salam kasih sayang buat semua,
.
.

>Terima kasih Adrinis ~ walau tak menang dapat juga hadiah kupon

Januari 13, 2011 at 8:18 am | Dikirim dalam keputusan giveaway n contest join | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Merasa bahagia walaupun ibu tak menang dari Adrinis’s contest tapi masih dapat hadiah kupon.. Tahniah buat Suzi yang mendapat 1st prize.. hadiah yang sangat2 grand (sangat grand la pada ibu yang dah banyak tahun tak bercuti ke mana2 niSmile )

Ibu dapat hadiah kupon dari  GBOB & FxOnline.. keputusan penuh boleh lihat di SINI.

Pihak penganjur tak de pulak kabo berapa nilai @ camner nak redeem kupon ni.. jadi ibu tunggu jer lah  email dari Adrinis. 

p/s
rezeki GA ke4 untuk Jan 2011..

hari ni tenet slow macam siput… sakit jiwa betul bila nak BW… Sad smile

salam kasih sayang buat semua,

>Rezeki dari GA Cuti-cuti sekolah & Teman tapi mesra dari UmmuAbdullahHajar

Januari 9, 2011 at 8:00 pm | Dikirim dalam keputusan giveaway n contest join | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Rezeki ke-2 GA untuk bulan Jan 2011.. actually result nya dah diumumkan pada 6 Januari 2011 (my besday).. bermakna pada hari lahir tu ade 2 sebenarnya hadiah yang ibu dapat… Thumbs up  Laughing out loud  silap ibu la sebab lambat semak result GA.. Rasanya puan penganjur @ Mama Adam takde tinggalkan mesej di blog GA.. kalo ade sure ibu perasan… Winking smile
Result penuh di SINI. Ibu dapat hadiah key-chain dari KelantanThumbs up 

GAcutisekolah-winkeychain

Terima kasih Mama Adam..  Banyak betul hadiah yang Mama Adam sediakan untuk pemenang GA, 20 orang pemenang tau.. tak silap ade 5 jenis hadiah.. Memang murah hati sungguh Mama Adam. Sapa yang nak berkenalan dengan Mama Adam, meh jangan segan silu singgah blog Mama Adam.
Dan satu lagi, rezeki dari Aini @ UmmuAbdullahHajar, yang kini masih belajar di Mesir. Smile 
temantpmesra-aini-2010
Announcement nya boleh baca di SINI.  Terima kasih Aini.. JIka campur yang ini, sudah 3 kali ibu terima buahtangan @ hadiah dari Aini. Walau jauh di negeri anbiya.. tapi ukhwah tetap terjalin.. dan Aini juga pernah beli cloth diapers dari kedai ibu.. Thumbs up
Yang belum kenal Aini @ UmmuAbdullahHajar, meh jengah blog UAH.
p/s
ni kira rezeki ke2 & ke 3 untuk Januari 2011.. Alhamdulillah.
Salam kasih sayang buat semua,

>Menang GA dari Syamila Mohd

Januari 7, 2011 at 2:01 pm | Dikirim dalam keputusan giveaway n contest join | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Malam semalam, jengah blog tanda kasih, nampak ade mesej.

GAsyamila

btw, sapa kenal Lela_Farouk ni, sila inform kakyong yer.. sebab dia tak tinggalkan link..

Jadi, dengan semangat berkobar2 terus tekan link tu.. Alhamdulillah, ada rezeki di hari ulangtahun kelahiran ke 39.. plus rezeki anak2 lah kan… keputusan penuh di SINI.

Ibu pilih Gap Pyjamas ni.. untuk Aliya.. Winking smile  comel pulak tengok gambor butterfly tu… alang2 dah dapat hadiah satu, ibu rembat lagi 2 pasang. 1 untuk Anis, design yang sama macam Aliya & 1 lagi untuk Fikri. Bukan apa, nanti kalo hadiah baju tu sampai, mau berebut pulak deme.. jadi ibu beli la sorang satu, kebetulan ade duit sikit.

p/s
1. 1st winning untuk Jan 2011… Open-mouthed smile

2. blog GA ibu dah ade header.. tapi macam besor jer saiz nya.. kalo rajin nanti ibu edit .. kalo malas, bior gitu jer lah..

3. Keputusan Teka & Menang, ibu akan umumkan esok, sabtu 8 Jan 2010. Cabutan bertuah anak2 dah cabut tengahari ni. cuma gambor je belum transfer ke lappy… Maaf di atas kelewatan.

salam kasih sayang untuk semua,

>Tuah trivia dan meneka mata

Disember 23, 2010 at 8:00 pm | Dikirim dalam hadiah contest n giveaway, keputusan giveaway n contest join | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Alhamdulillah, ade lagi tuah untuk bulan ni.. yang ni kiranya tuah yang ke5 & ke6 untuk Dec 2010.
Tuah trivia jalan-jalan
Yang ni dapat dari Hanie.. sila refer entri sini >> Keputusan Trivia Jalan-Jalan !
actually, jawapan ibu takde lah tepat… tapi Hanie telah bermurah hati untuk hadiahkan fridge magnet dari Penang. Terima kasih Hanie.
Owhh, FM ni kena simpan baik2 (diam2) dulu.. sebab FM yang pernah bermukim kat petiais anak2 buat main, lepas tu depa jadi engineer, kecai2 semua bahagian FM tu… susah bila dapat anak yang punya keinginan-TAhu akan sesuatu yang sangat tinggi ni..

Tuah Meneka Mata

Yang ini pun dari Yan.. buleh refer n3 ini >> Tahniah!! Tempat Kedua & Ketiga. Ibu ade join Contest 20 Hari Meneka Mata.
Ibu dapat hadiah top-up/cash RM5.. ibu tak guna prepaid, maka ibu pilih cash lah. RM5 pun bermakna tau… Winking smile  Terima kasih Yan.
ingin menempah watermark @ signature @ header untuk blog!!! sila klik banner ni yer..
salam kasih sayang buat semua,
Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.