>Kenduri di Changkat Tin dengan live band

Februari 21, 2011 at 12:08 pm | Dikirim dalam kenduri keluarga, xtvt keluarga | 1 Komen

>Salam bahagia,

Ni cerita awal bulan Februari. 5 Februari 2011, kami sekeluarga ke Changkat Tin. Opah cu (mak sedara ayahnde) & Tok cu buat kenduri kahwin untuk makYang (sepupu ayahnde).

Ni lauk kenduri nya.. en ayah yang tolong amikkan… semuanya lauk.. bila tanya kat en ayah ‘takde sayur ke’.. kata en ayah ‘masak lemak nangka, ibu mana buleh makan’.. huhuuu… terpaksa berpantang nangka sebab penangan ‘angin’.. lepas dah kenyang makan (kami makan kat dalam rumah), sekali tengok kat luor ade ulam & sambal kelapa… uwwwaaaa.. tensi betul la dengan en ayah ni.. so next time pergi kenduri., baik amik sendiri makanan, takde la rasa terkilan ke apa…

Anak2 melayan jajan.. biasa la segala mak neka gula2.. yang 20 tahun dulu pun ade…

ni masa ibu sek rendah dulu, selalu la adap benda ni.. dah lebih 30 tahun… ade lagi jajan ni.. Kome penah makan?
ni le live band @ grup kugiran.. tak tau mana punya ni Changkat Tin ke Sg Galah @ tempat lain.. Changkat Tin ni memang femes dengan kugiran,  masa ibu sekolah menengah dulu, memang selalu ade pertandingan nyanyian & kugiran.. pertandingan Pop YeYeh pun pernah buat di Changkat Tin…

Ibu yang makin kembang.. ni gambor dgn kawan masa sek men dulu, kak ina (menten slim jer dia..) masa sek men dulu, kak ina ni rajin tolong dandan kan rambut ibu .. kak ina ni kalo ikut pangkat Mak sedara, tapi dah dari sekolah panggil kak Ina.. dah siap pesan, jangan sesekali panggil dia ‘mak Ina’.. ekekkekke….
note : 3 bulan sek di SMDB CM Yusuf masa form 1 sebelum masuk ke MRSM

majlis yang meriah.. ramai yang datang… mainly pun sedara mara belaka…  anak2 memang jakun sikit la bila balik ke Changkat Tin, sebab semua pun orang2 yang jarang jumpa.. kalo takde kenduri, kami pun memang tak balik ke Changkat Tin
abang Haris pun ade… 
snap sesuka hati.. time ni dah hampir jam 2 petang, anak2 pun nak mula tunjuk ragam dok ajak balik…  dan hari tu memang panas terik.. 
Ni dia pengantin nya.. sekarang ni musim tema merah putih… sebelah kanan tokcu & opah cu.. sebelah kiri tu, sedara kami juga Datuk Radhi Manan  (dia tak kenal ibu pun.. ekekkek.. besor sangat keluarga besor Onyang Timah ni)… kalo dengan ibu, pangkat dia ‘onyang’.. huhuuu, sebab Datuk ni sepupu dengan arwah onyang Timah (mak Opah Cu).

salam kasih sayang,
.

>Majlis bertunang dah macam majlis kenduri kahwin

Februari 15, 2011 at 9:27 am | Dikirim dalam kenduri keluarga, xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Nampak tak budak kecik si Aliya tengah dok kat pelamin ni… ni bukan pelamin orang kahwin kome… tapi pelamin orang bertunang… orang dedulu bertunang diam-diam jer.. majlis pun kecik2 jer.. jemput adik-beradik jer.. takat majlis sarung cincin jer.. yang meriah pun dengan hantaran jer. Almaklumlah belah Perak ni (tempat ibu le.. Perak ni luas, setengah tempat lain caranya) selalunya hantaran bertunang adalah segala macam kuih tradisional dan manisan. Tapi sekarang ni dah ade pakej untuk hantaran bertunang, segala cup-cake, coklat home-made, dan kuih2 modern yang berhias serba-makneka ada, tinggal hulur duit jer. 
ini masa majlis anak WakNah & Wak Im.. meriah majlisnya, Wak Im sendiri yang jadi pengacara majlis… hantaran serba biru ni dari pihak lelaki. 
Ini pula masa majlis bertunang Yanty (adik MakNgah Miela).. dah selamat pun bergelar isteri pada hari jumaat yang lepas.. ibu suka pelamin ringkas macam ni… 
Tengok hantaran ni, kuih2 semua tradisional belaka.. kuih bahulu, wajik yang gubah jadi jambangan bunga, pulut kuning, rendang ayam, kuih bakar, sebakul buah-buahan tu memang wajib dan & pelengkapnya 1 jug (bekas) air sirap. Teliti kan orang dedulu, kalo dah bawa semua makanan, kena la siapkan airnya juga, kalo idok mau makan tercekik takade ayor…. 
dalam gambor ni tak nampak pulak jug air sirap tu.. ni kalo yang nak mengantor jauh2, jug air sirap tu bior letok dalam bekas yang bertutup, idok le tumpoh… cam kami dulu, masa nak masuk kereta buh dalam botol, dah sampai rumah pengantin baru le isi dalam jag kaca… gitu le lebih kurang adat belah sini.
Sekarang ni majlis bertunang pun orang siap buat kad & gambor2 semua dah siap buat photobook.. tapi kan, hal bertunang ni memang tak elok disebor-luaskan.. jika ikut syariatnya pertunangan harus lah dirahsiakan kecuali untuk sebab2 tertentu.. tapi macam sekarang ni siap tayang segala hantaran di FB.. dan sila percaya, dah terjadi beberapa kes pertunangan terputus di tengah jalan, gara2 FB… 
Harapan kita kalo buleh, bior le berakhir hingga ke jinjang pelamin. 
NI sajer jer selit gambor Ally Iskandar bertunang… (motifnya : sebab semua nya tema merah.. nak ler tumpang keglameran Ally jap) rasanya lebih manis kalo si dara tunangan Ally ni kekal bertudung semasa majlis ni. 
salam kasih sayang,
.

>Majlis bertema ala2 English…

Disember 27, 2010 at 9:31 am | Dikirim dalam kenduri keluarga, xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>

N3 ini banyak gambor yer.. harap bersabar

Salam bahagia,

Malam minggu lepas kami memang tiada di rumah, bermalam di rumah opahsantan di Ulu Kinta. Sejuk kat situ kome, tapi anak2 nyadin jer tidur tak berbaju, ibunya jer yang tidur ala2 dok dalam bilik beraircond.. siap membalut diri dengan comforter..
Bukan kami ajer yang bermalam situ.. ramai kome… mujur le rumah pahcik (panggilan cucu2 pada opah santan@wanchik) ni besor. bilik ade 5.. tapi bilik yang buleh guna 3 jer, 1 bilik dah jadi bilik pengantin.. maka 3-3 bilik fullhouse. Yang bujang2 tidur di hall. Macam2 ragam ada, almaklumlah budak2 kecik umur dari baby sampai 6 tahun ade dalam 10-11 orang kot…
IMG_9711
Anis & Aliya posing2 di pelamin comel ala2 English..
Baju disponsor oleh makcik yang bertunang.. konon2 pink ala English la.. yang lelaki 1 sut baju melayu warna pink…
IMG_9721
Maksu Ainun kata Fikri nampak jambu pakai baju melayu warna pink..
IMG_9704
Ni antara anak2 sedara.. susah nak kumpul deme ni untuk snap gambor ramai-ramai.. memang sampai habis majlis tak de snap gambor deme ramai2.. bukan apa cuma nak dapatkan foto deme sedondon ni..
IMG_9671
Majlis dimulakan dengan marhaban untuk majlis berendoi @ naik buai @ cukur jambul untuk Rayyan Darwisi.
IMG_9686
Buahtangan untuk jemputan… comel kotaknya… ibu lupa nak snap isi dalam.. tapi berupa wangian dari bunga2 kering…
IMG_9749
Fikri dan abang Haris.. abang haris selalu je pose menten hensem.. fikri jer yang selalu muka tak siap…. Winking smile
IMG_9768
Akhirnya pengsan… koje nyer dari pagi dok main, berlari serata ceruk.. memula dengan Aliff, tengahri masa si Alif ‘pengsan’, dia main dengan abang haris pulak… dah abang haris balik.. dah takde kawan.. perut dah kenyang, sibuk ajak balik rumah.. sudahnya dia yang ketiduran.. Anis & Aliya menten tak tidur @ rehat langsung.. tapi masuk jer kereta 2-2 terus pengsan..
IMG_9752
Alhamdulillah, majlis meriah.. jemputan pun ramai.. makanan pun sedap belaka. Ibu perasan ramai yang ratah ayam & daging kambing jer… tak per, lauk banyak.. makan le selagi mau..
IMG_9746
Ni ibu makan dengan Anis.. lamb-rib tu habis Anis kerjakan, sampai tinggal tulang jer.. ayam dan air asam dan kerabu tu ibu yang habiskan.

Ada lagi lauk lain, nangka masak lemak (ibu tak makan… takut angin, langsung tak eh buat koje nanti), kurma daging, ulam jantung pisang, ayam dan cecah air asam, kerabu daun selom dan togeh.

IMG_9741
PakLang E sekeluarga pun datang sekali dengan Makbonda@ opah nasi lemak. Tengok deme makan.. penuh pinggan masing2.. makan sampai licin… Mak Ngah Miela sekeluarga yang tak sampai2… ibu dah pesan pada paklang E, jemput deme sama….

IMG_9736-edited
Insya Allah, majlis seterusnya ditetapkan pada bulan May 2011. Baik2 lah yer sepanjang tempoh bertunang ni. Ibu doakan semoga berkekalan..
p/s
actually ibu tak buat apa sangat eg tak tolong memasak pun.. sebab ade beberapa lauk Bibik Yah yang sponsor. Urusan kambing dari sembelih, melapah dan memasak upah wak suparman, nasi pun wak suparman sponsor. Ibu cuma tolong kemas2 di dapur jer.. amik tender basuh pinggan.. bukan basuh pinggan kenduri, tapi untuk yang makan kat dalam rumah jer… kemas2 dapur pun ON & Off.. mujur le shift dengan mama Rayyan.
rindu dengan blog.. lebih 24 jam tak online… huhuuu…. ni n3 live sebab pagi2 ni baru menaip.. malam tadi memang dah tak leh buat apa dah… 
salam kasih sayang buat semua, 

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.