>Komuniti blogger : The Faceblog

Februari 23, 2011 at 9:57 pm | Dikirim dalam blogging tips, komuniti blogger | Tinggalkan komen

>salam bahagia,

Beberapa hari lepas ibu dah join @ mendaftar di the Faceblog. Lupa lah pulak nak buat n3…

Apa itu The Faceblog…?

ni ibu copy paste ajer dari blog The Faceblo tu..

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

SO, apa lagi, jom la join ramai-ramai…
dan join sini juga

salam kasih sayang,
.

Advertisements

>Tips SEO : ubah meta tag tajuk blog & pasang breadcrumb

Februari 17, 2011 at 10:21 am | Dikirim dalam blogging tips, seo, tutorial | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Rata-rata ramai dah tahu apa itu SEO ? Kome tanya ajer pakcik Google, sure melambak2 link yang kome akan jumpa berkaitan dengan SEO ni… 

SEO = search engine optimization

Maksudnya kalo kome taip satu2 keyword, kome akan jumpa blog @ website mana yang mucul dulu di page pertama google.. tu bermakna page tu memang betul2 mesra SEO..

Ini contoh jer lah.. ikut le carian kome.. ni sajer lah nak kabo, blog ibu buat masa ni dah mesra SEO.. tapi kan, kalo guna platform wordpress sure lagi mesra kot… hehehhe…

Okay, hari ni ibu kongsikan beberapa tips supaya template blog lebih mesra SEO.

1.  ubah tajuk blog @ page title ~ mengubah meta tag tajuk

Sebaiknya memang dianjurkan supaya mencari template yang mesra seo.. tapi kan.. la ni dengan segala kepandaian mengedit kod html.. boleh ajer di ubah kod template agar lebih mesra seo
sambil BW pagi tadi.. terus printscreen… 

cuba renung betul2 bahagian yang dikotakkan dan dianakpanah tu… ade beza tak?

Blog mesra seo >>> judul n3 akan muncul dahulu dan diikuti dengan judul blog/page title.

tajuk n3 | tajuk blog

Blog kurang mesra seo >> tajuk blog muncul dulu & diikuti dengan tajuk n3..

Cuba check blog kome.. klik jer mana2 n3.. pastu kome tengok kat browser tu, rata2 adalah macam dalam gambor di bawah ni kan

kidnap dari blog Sop

Sebaiknya macam ni

ini pun sama, kidnap dari blog SOP

Cara untuk ubah

a. LOg-in ke dashboard > Design > Edit Html

b. Cari kod dibawah

<title><data:blog.pageTitle/></title>

c. Buang kod itu, dan gantikan dengan kod dibawah ni

<b:if cond=’data:blog.pageType == “item”‘>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/><title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

d. klik save template & siap.

2. pasang breadcrumb

Breadcrumb ni ibu tak reti nak translate kan ke bahasa melayu.. contoh nya macam gambor di bawah ni

Yang ibu kotakkan merah itu lah dipanggil breadcrumb.

Cara nak buat

a. LOg-in ke dashboard > Design > Edit Html (save dulu template)

b. Tick pada Expand widgets dan cari kod dibawah

<b:if cond=’data:post.title’>

c. copy kod yang ini dibawah kod itu (merujuk b)

<b:if cond=’data:blog.pageType == &quot;item&quot;’>
<a href=’http://www.kakyong.com/’>Home</a> »
<b:if cond=’data:post.labels’>
<b:loop values=’data:post.labels’ var=’label’>
<a expr:href=’data:label.url’ rel=’tag’><data:label.name/></a>
<b:if cond=’data:label.isLast != &quot;true&quot;’>,</b:if>
</b:loop>
»
</b:if>
<data:post.title/>
</b:if>

yang warna purple tu kome tukor dengan url blog kome..

c. save template.. dah siap.

sumber tutorial dari sini

updated : 1.26 pm, 17 Feb 2011

ada kawan blogger yang komplen, cuba buat breadcrumb ni, tapi tak jadi.. ibu dah betulkan kod di atas. MOhon maaf atas kesulitan



kod yang bermasalah tu adalah kod “true” , sila tukor kod ini kepada yang ibu highlight biru dalam gambor atas ni.. &quot;true&quot;

yang asal (sebelum edit kod)  adalah macam ni…

Lain kali, ibu kongsikan lagi tips2 seo yang lain…

p/s
si Aliya dah jerit2 kat dapur… huhuuu.. ni ler susah bila tak sempat nak buat autopublish n3..

salam kasih sayang,
.

>Isu iFrame Traffic | banner baru HeartBeat

Februari 11, 2011 at 12:31 pm | Dikirim dalam blogging tips, heartbeat | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

pagi tadi takde letrik
hari ni sudah tengahri baru ade ruang untuk duduk di kerusi dengan sedikit aman & mula  menulis.. Awal pagi tadi takde letrik kat kawasan taman ni… tetiba jer.. tanpa notis apa pun.. mujur la 1-2 jam jer.. & mujur lah pagi ni sejuk (tengah malam tadi hujan)… Alhamdulillah.. hujan akhirnya turun setelah 2 minggu panas terik.

Aliya bangun seawal pagi.. dia ni kalo tak ada kipas, memang tak leh tidur.. tapi Anis macam biasa, mencukupkan kuota tidur nya selama 10 jam.. hehehhe… 
Kecoh isu iFrame Traffic
Beberapa hari ni heboh pasal iFrame traffic... macam yang ibu join backlink pada beberapa hari lepas la.. baru tau rupanya trafik segera tu iFrame traffic.. 
ada yang kata iFrame trafik ni boleh perbaiki ranking alexa… errkkk… kalo ranking tinggi, tapi blog cam hampeh, n3 pun takdak orang komen, cara menulis pun tah apa2… apakah maknanya itu????
dan ade juga yang dapat jana HB  ratus2 RM dengan guna iframe traffic ni… ohhhooo… kalo HB tau dia guna kaedah tu @ ada kawan blogger inform ke HB.. camana??? Pada ibu, tak aci lah kan macam ni.. itu namanya menipu.. apa sahaja yang kita dapat dengan jalan menipu.. hukumnya apa??!!!
kalo nak baca lanjut pasal iFrame trafik ni sila klik >>>> Blogger kita memang cerdik pandai
Banner HeartBeat

Alang2 dah sebut pasal HB ni kan.. HB dah buat banner baru.. tapi sila berhati2 yer.. sebab masih ade banner yang ‘merai’kan valentine… so jangan guna leaderboard banner & square banner yang.. ibu perasan ramai kawan blog yang guna banner leaderboard.. sila perhatikan balik banner tu…

Jadi, kawan2 sila perhatikan semula banner HB yang kome tampal kat blog… untuk banner yang vertical, both banner okay..


p/s
Tolong ibu VOTE untuk Anis…
memula LIKE Yanmionline FB
pastu klik gambor Anis.. klik banner bawah ni..

jangan lupa gambor Anis tu.. tengok betul2.. jangan salah klik gambor pulak.. 
& jangan lupa tinggalkan komen selepas dah LIKE.. 
senang ibu nak jejak kome semula, Terima Kasih.

salam kasih sayang,
.

>Cuti panjang.. trafik blog pun merudum

Februari 7, 2011 at 4:11 pm | Dikirim dalam anak-anak, blogging tips, nota ibu, statistik | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

hari ni ramai yang dah mula bekerja & sibuk dengan rutin harian macam biasa kan… rata2 kawan2 blog dok citer hal bercuti panjang, hal balik kampung…
Anak2 dara berdua ni pun pepagi lagi dok sibuk ‘cepat ibu, cepat la.. kakak nak nyontet jauh2 ni’. 
Hmm, mentanglah cuti panjang ni dok berjalan (baca : tak dok rumah, naik kereta jalan jauh-jauh) sesaja.
Kalo orang tanya, kami ke mana sepanjang cuti CNY ni.. camni lah lebih kurang programnya.. :
hari tarikh aktiviti
Rabu 2 Feb Balik kg 40 Rantai. Kuor jam 11 pagi, balik jam 9 malam
Khamis 3 Feb
Sebaik selesai urus anai2, pukul 12 tghari ke kenduri sepupu en ayah bertunang.. di RPT Chepor (kg sebelah jer), pukul 2.00 petang dah balik lepak kat rumah
Jumaat 4 Feb Tak g memana.. lepak kat rumah jer
Sabtu 5 Feb Kenduri kahwin di Changkat Tin. Keluor rumah jam 10 pagi, balik jam 4 petang
Ahad 6 Feb Pagi2 en ayah bawa 2 dara g pasor.. petang paklang pulak bawa 2 dara ronda2 naik kereta.

Hari ni pepagi lagi, anak2 dara berdua ni nak nyontet lagi..

‘Ayah dah work la kakak.. abang pun dah sekolah, mana buleh nyontet dah.. dok rumah jer…’

‘Kakak nak jalan, jauh-jauh.. naik kerete.. ‘  3-4 kali dok merengek.. demand kat main.. siap tunggu kat laman, dah siap pakai tudung bagai (hari panas terik walaupun baru jam 11 pagi)

At last bawa depa g rumah opah.. jalan kaki le tengah2 panas tu… Ade lagi baki kuih jualan opah, jadi Anis & Aliya pun masing-masing amik sorang 1 plastik..  jadi lah yer anak-anak.. berjalan rumah opah jer ler.. selalu tu ibu tepon jer opah, kalo atoknya ade, memang atoknya datang ambik.. tapi hari ni atok g klinik (monthly rutin, biasa lah kan umur dah lebih 50 tahun ni..) , maka kami 3 beranak pun terkedek2 jalan kaki. Jalan lengang jer.. pagi2 tu wajib la sibuk kat kawasan taman perumahan ni.. 
Citer pasal aktiviti jalan2 balik kampung (40 Rantai & Changkat Tin), ibu citer len kali lah yer… 
Sepanjang cuti 5 hari ni, ibu pun takde masa berblog sangat.. sempat la buat 1 n3.. pastu nak BW memang takdan.. mana nak sempat kalo dalam perjalanan jer. Pastu balik rumah jer terus flat, pengsan.. cuaca panas sekarang ni.. belah Ipoh/Perak ni dah 2 minggu terik.. Ibu pun dah 3-4 hari dok sakit kepala.. dok pulun minum air masak, hari2 biasa pun minum air masak je pun. Tapi bila cuaca panas macam ni, lagi le kena minum banyak. Anis & Aliya pun semalam dah dedor.. Alhamdulillah pagi ni dah okay.. 
Jom tengok apa jadi kat blog ibu sepanjang tak dapat nak berBW sangat ni..

UV tak sampai 900 pun kome… tapi yang lebih heran tu pada 4 Feb 2011 tu trafik terus ‘zero’… tapi rasanya ni masalah teknikal dari NUff…

Ini pula trafik minggu terakhir Jan 2011… hmmm.. tidak menepati piawaian, tapi boleh lah kan… ekekkekekke… camno nak tepati, tuan blog pun tak larat nak BW… ping blog pun asyik lupa jer…
btw, hari ni ade kejutan sikit dengan trafik.. mau demam tetiba tengok trafik jam 2 petang tadi = 260 UV. Rasanya ibu boleh jatuh pengsan, jika lah 100 daripada UV tu tolong klik2 HB ibu hari ini….

Terima kasih JejakaTerhangat.. sebab kamu memang betul2 bawa trafik ke blog kecik ibu ni… tapi camner kamu buat yer..??!! sampai segini banyak sekali… tapi ibu kan lebih lagi suka, kalo kome sudi tolong klik2 atau register HeartBeat…

jangan lupa tolong klik2 yer… jasa kome ibu kenang..
p/s
‘serangan’ trafik mengejut tu hanya untuk jam 2 petang tadi jer.. rasanya berbaloi ker..?!!! kalo reramai yang singgah tapi tak tinggalkan komen & tak menambahkan kawan ibu @ Followers… maka, kome rasa camana??!!

p/s ~ jejakaTerhangat.. jangan amik ati plak yer.. u hv done ur part.. ni just my curiosity jer..

salam kasih sayang,
.

>KOmen untuk n3 yang terDELETE – ibu jawab kat sini

Januari 17, 2011 at 6:01 pm | Dikirim dalam blogging tips, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam ceria petang Isnin,

gara2 n3 yang terdelete.. maka tak leh nak jawab komen.. so ibu jawab & tampal kat sini…

Actually masa ibu tulis n3 tu, hati memang sedikit sentap… huhuu… sampai tak leh nak tulis apa2.. so spend masa ngadap photoshop.. cehh, konon2 nak berkreatip..

p/s

Ibu baru join Heartbeat… terpengaruh dengan MZ la ni…

sudi lah klik2 ya…. kalo nampak yang diside-bar tu… rajin kan lah tangan… tolong ibu menabung untuk duit makan angin… 

salam kasih sayang buat semua,

>berblog membuang masa !!?

Januari 16, 2011 at 11:02 pm | Dikirim dalam blogging tips | Tinggalkan komen

>




 *** gara2 keletihan , ibu terDELETE n3 ni… huhuuu.. ni jumpa n3 back-up dalam email… *** 
komen2 yang asal nanti ibu cuba retrieve dalam intensedebate.. 






Salam ceria buat semua,




hari sabtu ni rasa malas sangat nak menaip n3.. buleh tak kalo nak upah orang untuk menaip… ekekkekkeke…



Alkesahnya, malam tadi memang tak sempat nak menaip.. Aliya & Anis asyik buat onar jer.. tak perlu lah nak sebut kerenah depa ni, rasanya ibu2 yang ade anak pasti tahu, bila anak mula menukar corak tidur & kurang mendapat layanan… huhuuuu… Smile with tongue out  dah jam 11 malam pun masih merengek nak minum la nak makan la.. pastu nak poo-poo la… pastu nak tengok CD ABC la.. yg adik nak tengok CD alif-ba-ta.. pastu depa berebut nak ON CD sendiri… and the list goes on… pastu bila CD dah ON, bukan depa nak tengok tapi depa dok main gaduh2 pulak, kejap kakak cubit adik, pastu adik balas, sampai la 2-2 melalak.. ikut hati malas nak pujuk.. tapi sebab pk jiran2 sebelah & jam pun dah hampir ke tengah malam.. apa kes pulak rumah no4 ni anak2 asyik melalak di tengahmalam. Confused smile
Berbalik pada tajuk… ade tak pernah kome terpikir setelah sekian lama berblog, pastu kome rasa macam buang masa jer…. pernah tak?
Kenapa ade rasa macam buang masa???!!  Sadish sungguh kalo ade yang kata berblog ni membuang masa… sebab kan :
Agak2 ade ke sebab lain yang kata blog ini membuang masa.. ? 
Selamat berhari minggu dan salam kasih sayang untuk semua,

>Blog ibu telah direview oleh Sop @ Riwayat Hariku

Januari 14, 2011 at 9:52 am | Dikirim dalam blog review, blogging tips | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Sebenarnya kan pada 31 Dec 2010 yang lalu, blog kecik ibu ni sudah direview oleh Sop @ Riwayat Hariku.. Terima Kasih Sop.. pujian dan baik2 belaka yang ibu dapat. Alhamdulillah.. Red heart Red rose Red rose Thumbs up

Review penuh boleh lihat di SINI..

Bila Sop highlight tentang tagline blog ibu..
Ini lah kisahku & kesayanganku + sebuah nukilan, cetusan rasa, abadi bersama
sebenarnya tagline ni bukan ciptaan sendiri.. tetapi ini lah hasil dari Contest Tagline yang pernah ibu anjurkan tahun lepas.. Terima kasih pada Ana & Nad yang telah mencipta tagline superb untuk ibu.. Winking smile  Tak sesia kan ibu hadiahkan kome berdua beg mengkuang tu, sebabnya tagline kome memang superb… Thumbs up  
* jadi nak ditegaskan di sini, blog ibu ni kalo orang kata mantap pun, bukan kerana ibu seorang tapi sebab sokongan kawan2 juga *
Review Sop hari tu banyak benor pujian.. yang sebetulnya, ibu ni masih lagi nak memperkemaskan blog ni..
Antaranya :
1. Bloglist
nak alihkan semua bloglist yang ada di sini ke Senarai Blog Terpilih kakyong[dot]com©. Mungkin akan kekalnya 2 bloglist, (1)  geng perak & (2)  mereka yang ramah (ini berdasarkan saper yang rajin komen.. Winking smile ) dan bloglist penganjur di bahagian footer (ini hanya untuk rujukan sementara sebaik semua result contest dah dapat, ibu akan remove bloglist tersebut)

Actually antara penyebab blog jadi berat adalah BLOGLISt.. sila baca kat SINI utk maklumat lebih lanjut..
2. kurangkan widget yang tak berkaitan
Walaupun ade yang kata blog ibu ni dah makin ringan & mudah nak load.. tapi kalo ditimbang.. memang masih berat lagi…
beratblog-13jan2011

Ni berat terbaru yang ibu baru timbang.. kan main berat lagi… kalo buleh nak kurangkan berat kurang dari 100kb.. at least below 200kb la.. Smile with tongue out  Actually kotak komen intensedebate (ID) ni pun penyumbang kepada muatan berat blog ibu ni.. tapi sayang le nak bertukar ke kotak komen blogspot… huhuu… dah jatuh cinta dengan ID.. senang nak balas BW.. widget @ iklan @ banner yang flashing/animated juga antara penyebab blog berat.. Insya Allah, pelan2 ibu akan remove mana2 yang tak berkenaan. Smile
3. Menjejaki Followers
Selain nak perkemaskan blog, ibu juga akan cuba nak ‘menjejaki’ semua follower… kalo jengah di blog Senarai Blog Terpilih kakyong[dot]com©, kome buleh nampak column tengah tu ibu khaskan untuk Followers blog ni.. baru update sikit.. mungkin akan redundant la.. sebab mostly link blog mommies ade di sebelah kiri.. tapi tak kesah la.. as long ibu leh la tau saper2 dia yang Follow blog kecik ibu ni..
Definitely la akan semak juga status Followers.. maksudnya ade ke tak ibu follow semula.. tapi kalo kome tak letak link dalam public profile, tak dapat la ibu nak buat apa2… contoh macam ni..
Sorry yer.. sebab ibu letak direct jer nama pemilih profile ni.. sila tinggalkan komen jer supaya ibu leh jejak anda kembali.. Actually ramai yang tak sertakan link dalam public profile ni… kalo ibu terjumpa masa BW, ibu masukkan dalam bloglist.. 
Yang ini contoh public profile yang baik.. senang nak jejak…
well, merepek panjang lebar.. walhal motif nya just nak kabo “SOP dah review blog kakyong[dot]com©
salam kasih sayang untuk semua,

>AutoPing Entri di BlogLarian FB

Disember 18, 2010 at 2:16 pm | Dikirim dalam blogging tips | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Ping n3 ni adalah satu cara untuk UP kan trafik blog. Anda tahu? Winking smile 
Ibu dah lama tahu pasal Ping ni, tapi selalu lupa & malas nak ping.. huhuuu, dok harap trafik datang sendiri pun tak leh jugak kan… lebih lagi zaman meleset ‘masa’ untuk BW. Ada banyak url untuk ping blog.. nanti kita kongsikan. (next n3 lah yer)

Dan yang terbaru owner Bloglarian dengan murah hati dah sediakan flatform di FB untuk anda pingblog.
Dah join bloglarian?? Ibu dah… ni bukti.. Ibu dalam senarai blog ke-62
bloglarian-list62
Ibu dah berada dalam senarai bloglarian sejak 7 Dec 2010. Jika tengok statistik Google Analytic, dalam tempoh 10 hari jumlah trafik dari blog larian adalah 61. Winking smile 
GA-referral-7to17dec2010

Pada ibu, Alhamdulillah, walaupun total visit untuk 10 hari hanya 61 (daily avg : 6), kira okay lah kan untuk blog picisan ni. Lebih lagi dalam keadaan ibu yang tak sempat nak BW (ade bW tapi tak sampai belas2 blog pun.. huhuu) lately ni..  Jadi kehadiran pengunjung dari bloglarian, teramatlah dihargai. Jika dah singgah tu, sila lah tinggalkan pesan yer.. buleh kita berkenal-kenalan.
Cuma yang tak bestnya >>> ibu masih belum sempat nak explore kawan2 yang dalam senarai bloglarian… ade lah yang ibu dah jengah.. berdikit lah yer.. sebab nya ibu beri keutamaan pada yang tinggalkan komen di n3 dulu.

meh baca pesanan dari Owner bloglarian :

Pendaftaran AutoPing di BlogLarian FB

“Assalamualaikum… Kepada semua penghuni rumah sewa BlogLarian, BlogLarian kini sudah ada di FaceBook dan kami akan menyediakan khidmat autoping en3 untuk anda. Anda hanya perlu membuat satu en3 dan melakukan perkara di bawah:

 

  1. Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian
  2. ‘Like’ BlogLarian FB
  3. Buat satu en3 bertajuk ‘ AutoPing Entri di BlogLarian FB’ dan letakkan banner di atas dalam en3 anda
  4. Letak no rumah anda dalam BlogLarian
  5. Kongsikan keburukan atau kebaikan BlogLarian yang telah anda rasai (Ringkas je sbg feedback untuk admin)
  6. Komen di en3 ini berdasarkan format berikut.
    1. no. rumah
    2. link en3 anda
    3. link feed blog anda cth: http://coklatchoc4u.blogspot.com/feeds/posts/default
  7. Penyertaan di buka hingga 24/12/10
  8. Beritahu jiran anda jika berkelapangan 🙂
Contoh en3 yang telah autoping seperti yang ada di hujung bawah sebelah kiri di BlogLarian. Anda juga boleh berkongsi pendapat di BlogLarian FB atau berkenalan dengan ahli BlogLarian yang lain di FB. 

Sumber: Furdunesia@nline

salam bahagia buat semua,

>Kedai anyaman bakul letak baby di Melaka

Disember 16, 2010 at 8:19 am | Dikirim dalam blogging tips | Tinggalkan komen

>Salam ceria,

saper lah gamaknya yang mencari keyword ni yer… harap2 nya dia jumpa lah nama kedai yang menjual anyaman bakul baby di Melaka. 😉

keyword15dec2010

ibu pun try lah google.. rupanya blog ibu tersenarai dalam carian keyword tu gara2 perkataan ‘Melaka’.

keyword15dec2010-search

Walaupun ibu bukan orang Melaka, tapi Melaka memang istimewa di hati ibu, 4 1/2 tahun (dari Jun 1985 hingga Dec 1989) ibu menetap di situ.. menimba ilmu dan menghabiskan zaman awal remaja di sana.

Pernah kembali ke Melaka pada tahun 1998, sudah sangat banyak berubah.. kemudian kembali lagi pada tahun 2000 (lawatan tahunan kelab sukan pekerja Yee Lee). Dan sekarang ni Melaka sudah banyak jauh berbeza dari dulu. Harap2 ade peluang lagi ke Melaka.. teringat2 asam pedas Melaka.. tak sama macam kat sini. 
asampedas-melaka
printscreen dari carian google
p/s
ibu punya asam pedas teramat la simple.. tu pun belajor dari mak kawan yang asal dari Batu Pahat.
salam kasih sayang buat semua,

>Semak gred blog anda

Disember 14, 2010 at 2:07 pm | Dikirim dalam blogging tips | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Jom semak gred blog kalian… tak sure la benda ni tepat atau tidak… tapi tak salah pun kalo nak syiok2 sendiri. Dapat tahu pasal ni dari blog TEHR
Klik sini >> website grader
gred-blog

  • Gred blog ibu ni 93/100… huhuuu… macam bagus jer.. walhal blog mini mini tiny blog jer..
  • rank 230,936/3,103,398 .. rank ni tak pasti Alexa @ ade rank lain..

rank-10dec2010

Kalo ikut rank terbaru Alexa >> 468,908… so rank yang dari website grader tu tak pasti le dari mana… huhuuu… at last alexa rank blog ni melepasi tahap below 500,00… dok jeles dengan ranking blog lain jer.. kena gigih berusaha lagi..
owh.. ada lagi pasal blog grader ni.. yang score 93/100 tu website grader… ni ibu try pulak blog grader.

hasilnya :

gred-blog-1-13dec2010

sendiri pun tak faham apa makna nombor2 ni semua…. Hot smile

gred-blog-2-13dec2010

Okay, pasni akan tambah burung chomel twit-twit…

seterusnya >> search engine..

gred-blog-3-13dec2010

dan seterusnya blog content @ isi kandungan blog

gred-blog-4-13dec2010

Nampak gaya content semua okay… panjang n3 tu, rasanya dah cukup panjang.. lagipun kepala otak tepu nak nulis panjang2.. pendek pun okay asal pembaca faham  maksudnya.. Open-mouthed smile
Sekian acara memberi markah pada blog sekadar syiok2 sendiri oleh tuan empunya blog… kome? bila lagi nak check markah blog kome pulak… check kat sini dan sini ya…
salam kasih sayang buat semua,
Laman Berikutnya »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.