>Segmen review : no 4 ~ Miza Yusof

Februari 19, 2011 at 3:49 pm | Dikirim dalam blog review, blog review 2011 | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Blog Miza Yusof, blog yang comel, kemas dan simple, sangat cepat loading & tak perlu scroll sampai ke hujung dunia.. Thumbs up StarStarStarStarStarwallla, Miza dapat 5 bintang dari ibu. Layout blog yang simple dengan tema merah putih.. mainly blog otai & femes adalah simple.




Siapa MizaYusof?
Selepas ibu godek-godek, baru la jumpa info ni Miza ni baru habis belajor dari Kolej Multimedia mengambil course Diploma Pengurusan dengan Multimedia. 2 tahun 6 bulan menyemai cinta dengan Kolej Multimedia. Winking smile  Pandai IT lah ni… Bercita2 nak sambung belajar ke pringkat ijazah pula… ibu doakan semoga tercapai cita2 Miza..
muda lagi Miza ni.. comel jer orangnya, boleh tahan juga tingginya si Miza ni.. kome leh teka berapa tinggi Miza ?! (hahhaha. jenuh la nak cari… ) Smile with tongue out  Sayur kesukaan Miza pun sama lah dengan sayur yang ibu suka…
Jika tengok di profile Miza Yusof dah mula blogging sejak April 2010 tapi n3 awal yg ibu jumpa Mizayusof.com hanya bermula pada Julai 2010. Errkkk.. oooo rupanya Miza ni dulu ade attitude suka delete n3 yang awal2 yer… Smile with tongue out 
Apa yang menarik di blog Miza… mesti lah pasal kemenangan contest dan hadiah2 dari contest… kome kalo tak kenal MizaYusof memang ibu rasa nak lepuk2 jer…  Angry smile Ibu pun kenal Miza melalui giveaway juga… hehhehe.. Open-mouthed smile

Selain tu ada juga banyak perkongsian yang lain sepertu Nuffnang, HeartBeat, & kalo nak kenal Miza dengan lebih dekat, rajin2 lah godek2 di label Tags and awards. Label2 Miza ni nampak kemas jer, sebab semua in English.. tak macam ibu punya, bercampur segala ekekekkk… tu pasal ibu tak letak label buat masa ni, sebab nak kemas-kini kan dulu… kalo buleh nak letak semua ni Bahasa Melayu.  

http://syamilamohd.com/design/miza3.swf
ada banner exchange yang cumil… kredit to Syamila. Kome kalo nak banner exchange yang interaktif macam ni.. sila minta dengan Syamila, minta berbayor yer.. hehehh.. ibu tak reti nak buat yang macam ni, tak habis menimba ilmu lagi. Winking smile
Arkib blog miza yang stail macam ni, memang susah nak korek @ godek2 n3 lama… huhuuu… Confused smile sangat melambatkan proses review… Smile with tongue out  lagi satu yang kurang best, tiap kali klik ‘Older posts’ @ ‘Newer posts’ @ ‘Home’, akan terbuka ke tab baru.. sangat annoying… sorry ya Miza.. pada Ibu memang annoying, sebab setiap kali nak klik the next post, kena tutup tab yang sebelumnya, Ibu lebih suka kalo terbuka dalam tab/pages yang sama.. kecuali lah kalo link website yang dalam n3, better lah terbuka ke tab baru, sebab kita masih nak baca page/tab sedia ada.
Miza ni ramai followers nya.., followers blog yer.. meriah gitu.. 1500++.. Tahniah Miza.. dikenali ramai… Miza rajin join segmen blog Ben Ashaari.. pandai mencari ruang untuk mempopularkan blog… tak macam ibu ni, selalu terlepas peluang.. Smile with tongue out  KOme kalo nak dikenali, selalu lah kena alert dengan aktiviti blog Ben Ashaari @ mana2 blogger otai lagi femes…
ranking alexa pun sangat baik… cuma pagerank ajer masih ‘0’..
Hasil rajin bergiveaway contest bagai, Miza dapat berdomain pun adalah dari hadiah Didozel Domain GA. Tahniah Miza, dapat peluang 1 tahun berdomain dengan percuma. Jenuh juga ibu godek2 bila kah tarikh Miza mula berdomain ni… (ni gara2 arkib blog yang kurang mesra Smile with tongue out )
Akhirnya jumpa juga.. awal DEc 2010… tahniah MizaYusof, cepat juga rank-alexa Miza meningkat… nak tau kome kena tanya dengan Miza.. kena jadi blogger tegar yer.. kena rajin cari ruang & peluang.. jangan asyik syok sendiri merapu di blog sendiri & jarang2 ‘bercampur’ dengan blogger yang lain.. Winking smile 
Rasanya panjang lebor dah ibu bercerita & membebel dalam n3 ni… dari segi keseluruhan, blog Miza ni dah okay sangat, tip top.. cuma jika ingin hargai2 rakan2 follower @ mereka yang rajin komen di blog Miza, buleh la letak widget top komentator..
Isu yang lelain tu ade yang ibu dah sebut, jadi pandai2 la Miza nak ambil langkah seterusnya, tak mau buat apa2 pun tak jadi masalah.. sebab blog Miza kan. Harap2 Miza tak amik hati dengan bebelan@review ibu ni… keep up the spirit & terus kan berblog. Smile  
Kome? Belum kenal lagi dengan MizaYusof... jangan memalu.. terjah jer… mana tau pasni leh dapat aura menang giveaway banyak2…

salam kasih sayang,
.

Advertisements

>Segmen review: no 3 ~ Blog Chekna

Februari 12, 2011 at 8:48 am | Dikirim dalam blog review, blog review 2011 | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Kali ni kita review blog Chekna @ Mama Ziyad. Blog ni simple jer… header nya tak bergambar.. hanya tagline ajer..

*** YOU ARE MY SUNSHINE ***

………….Life is a series of surprises
 
Sudah mula berblog sejak Jun 2006.. lama tu… tapi masa tahun 2006 tu hanya 2 bulan jer… Winking smile pastu sambung balik Oct 2007.. stop lagi.. Jun 2008 mula lagi, tapi dalam tahun 2008 tu hanya ade 9 n3 jer.. Smile with tongue out Tahun 2009 (62 n3) Chekna dah mula ‘warming-up’ dan tahun 2010 (212 n3)  lah tahun paling rajin berblog… Open-mouthed smile  Semoga lepas ini pun semakin rajin berblog.
Blog Chekna ni mainly berkisar kesah Ziyad Aiman.. Winking smile  Don’t miss baca kesah Chekna melahirkan Ziyad.. Tahun ni Ziyad dah nak 3 tahun.. bila nak bagi adik kat Ziyad… ekekkek.. gurau jer yer Chekna, jangan amik ati..
*** selingan di tutup.. sudah ade peneka ***
Selingan… Rolling on the floor laughing Secret telling smile Chekna ni bukan peminat Tok Ti.. tapi kan ade 1 n3 dia  letak gambor Tok Ti.. cepat.. sapa buleh bagi link n3 itu, ibu kasi hadiah…  Gift with a bow  Winking smile  yang pertama jawab dengan betul jer yer.. 1 orang jer..
Okay, kita proceed dengan review blog Chekna
1. Berat blog
Blog Chekna ni senang loading.. antara 1 sebab adalah header yang tidak bergambar.. Winking smile tapi bila ditimbang, ade sedikit berat… blog jer ya berat.. tuan blog nya slim-melim kome… Boleh diringan kan blog ni, kakyong cadangkan Chekna kurangkan jumlah post jadi 2 @ 3 sahaja, instead of 4.
Untuk ringankan lagi.. kakyong syorkan Chekna create 1 page untuk simpan gambor Ziyad yang dalam slide-show tu & juga gambor kahwin kome yang comel-lote tu. Smile
2. Ranking
Hmmm.. Chekna ni dia bukan mengejor rank @ trafik.. sebab dia ni jenis pemalu.. hahaha… perasaan ibu jer la.. rasanya dah setahun lebih juga ibu kenal Chekna ni.. memang jenis yang suka ‘under-cover’.. malu nak glam2.. Smile with tongue out 
Btw, kan ibu syorkan edit sikit template blog supaya lebih mesra SEO.. dan rajin2 ajak kawan2 datang ke blog.. & kena rajin BW juga…
3. Followers
hmm.. tak sampai 100… kome yang baca n3 ni.. jom sesama support Chekna.. Winking smile
4. Layout & template blog
Memang simple & kemas.. tak serabut, & takde widget merapu.. Thumbs up Ibu suka corak bunga melingkar2 tu…
5. Content & label blog..
Memang mudah nak akses n3 lama Chekna ni.. label ringkas & setiap n3 memang berlabel.. Thumbs up 
Kebanyakan n3 adalah ringkas & direct-to-the-point.. kalo ade banyak gambor pun mainly gambor ziyad, gambar aktiviti keluarga & gambor jalan2 makan angin, gambor makan2… Winking smile Actually ada macam2 n3 menarik kat blog Chekna ni.. kome sila lah terjah..
Masa dok godek2 n3 lama blog Chekna ni, terjumpa citer hal rumah Chekna kena ‘pecah-masuk’ (masa ni dok rumah sewa lagi)..  dugaan betul, dah le esoknya nak balik kampung beraya Aidil-Adha.
Sengaja tak letak printscreen label kat sini.. heheh…
6. Lain-lain
Macam takde apa sangat nak ‘komplen’ untuk blog chekna ni… sebab blog Chekna memang ‘clean’.. cuma untuk ‘cantik’kan lagi blog…. ibu high-light beberapa perkara ni.. ni cadangan ibu jer.. nak follow boleh, tak follow pun tak apa..
~ shoutbox : resize kan kelebaran kotak jerit tu.. supaya nampak luas & utilise kelebaran sidebar. Winking smile
~ bloglist : pendekkan ‘show 5 blog’ ajer.. buleh bantu meringankan blog.
~ header : lebih comel kalo ade header.. sebagai 1st impression untuk pelawat .. Open-mouthed smile
~ tambah widget top commentator : sebab Chekna guna kotak komen blogspot, maka kalo ade widget ni, sebagai salahsatu cara untuk menggalakkan kawan2 blog tinggalkan komen, selain sebagai penghargaan… selain tu pelawat yang lain pun buleh kenal pengomen tegar kat blog kita.. Winking smile
~ Blog Archive : setakat yang ibu dah godek2 ni.. jumlah n3 Chekna belum pernah lagi mencecah 30 untuk 1 bulan.. dah lama tak nampak Chekna join contest @ GA.. (sibuk ya…) jadi  tak de la panjang berjela.. tapi jika nak buat jenis yang berscroll bar pun okay…
Red rose ibu ade janji dengan seseorang untuk buat tutorial buat scroll-bar untuk blog archive ni… nanti ade masa ibu buat yer.. sekarang ni rasa macam tak cukup masa jer… hehehhe… Red rose
~ watermark : ade sebahagian gambor tak letak watermark.. ni mesti kes malas nak edit.. jangan malas.. kena rajin2 letak watermark kat semua gambor yang published kat blog.. Winking smile ziyad tu comsem (comel + ensem) , nanti ade orang kidnap gambor dia… Smile with tongue out
Akhir kalam.. ni la dia keluarga bahagia Chekna.. kan betul ibu cakap, comel & slim-melim jer Chekna ni..
Chekna ni orang Kampung Gajah.. suami nya pulak se’kampung’ dengan en ayah, Ulu Kinta tu kira kampung en ayah ler.. sebab dari sekolah rendah dah dok situ… hari tu ade ibu bagi en ayah tengok gambor suami Chekna ni.. respond en ayah kata ‘ohh,, penah nampak.. dia ni geng budak baik2…’.. Winking smile Open-mouthed smile 
Apa lagi.. jom la terjah blog Chekna..

p/s
Hari ni ade undangan kenduri kahwin lagi.. kali ni adik makNgah Miela.. kenduri kat Ipoh jer.. tapi en ayah niaga.. jadi ibu & anak2 kena lah tunggu, kot2 le ade ‘driver’ nak datang amik kami… Tahniah buat Yanty.
Kelebek2 n3 lama, ingatkan ade buat n3 masa yanty bertunang tu.. sekali takde … aiseh… bila tengok kat draft, rupanya n3 tak siap.. ekekekk…

Salam kasih sayang,
.

>Segmen review: no 2 ~ Blog Puannina

Februari 5, 2011 at 8:13 am | Dikirim dalam blog review, blog review 2011 | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

MInggu ni ibu review blog Puannina. Jika dilihat pada arkib blog, Puannina ni masih baru dalam dunia blogging.. mula berblog pada bulan Ogos 2010 (tahun lepas) dan hanya mula aktif berblog sejak NOv 2010.

Puannina, ibu kepada seorang cahayamata yang berusia 5 bulan++, Ismadanial nama nya… muda lagi Puannina ni, baru 24 tahun… (ibu ni umur 34 baru dapat anak sorang… Smile with tongue out ) tak susah nak review blog Puannina ni, sebab boleh kata semua n3 adalah ringkas… tak banyak bebelan… Winking smile kadang2 1 gambar jer dan beberapa patah perkataan.
okay, kita terus kepada point lah yer.. masa buat review ni, line internet slow sangat… heeii, geram betull.. buka 3 tab jer.. tapi sikit punya slow nak buka 1-1 n3 kat blog puannina ni.. minggu ni memang line tenet slow bangat.. naper yer..!!!??

1. Berat blog

~ masih dalam kategori ringan, x de apa yang nak disusah-hatikan.. Winking smile

2. Ranking

Blog Pn Nina ni masih muda.. not bad untuk blog yang baru aktif untuk tempoh 3 bulan++ nanti dah lama & makin rajin berblog & semakin dikenali @ dapat ramai kawan, sure ranking pun akan UP juga.

3. Followers

okay juga kan.. baru beberapa bulan dah 100++, ni mesti dapat ramai kawan hasil dari join GA.. sebab puannina ni rajin join GA/contest.

4. Template & layout blog..

background sangat comel, memang tip-top Thumbs up .. ade big heart.. warna juga senada dengan header yang kemas & cantik… 
cuma,…  background muncul berganda… contohnya tengok gambor bawah ni… sebelum background pink-terang ni muncul, background asal akan muncul dulu..
masalah ni boleh diatasi.. boleh di remove background asal tu.. Winking smile nak tau caranya, sila puannina contact ibu yer.. kang kalo kabo kat sini, dah jadi n3 tutorial plak… Smile with tongue out
 5. label & content blog

label memang bagus, senang nak godek2 n3 lama mengikut label yang tertentu.. tapi kan ibu perasan, ade juga n3 puannina yang tidak ber’label’.. Winking smile  tak pasti la samada terlupa nak letak label @ pun sengaja tak mau letak.
Setelah ibu godek2 & korek2 n3 lama yang tak berapa lama .. heheheee Winking smile Puannina ni masih banyak boleh improve dalam penulisan, kalo boleh kurangkan penggunaan shortform sms.. boleh kata 50% n3 puannina adalah n3 GA .. Smile with tongue out  tak lama lagi leh join geng compers dengan MZ, Nana, CuteMum, Tiefazatie (sekadar menyebut beberapa nama.. sori tak backlink..)
Btw, banner-banner GA nampak up-to-date, Thumbs up  takde la sampai berbulan tak dibuang/remove.. 

6. mister linky

Ramai blogger yang guna master linky ni.. ibu pun ade guna, buleh jengah sini.. tak pasti sejauh mana keberkesanan mister linky ni.. btw, bila nak beralih angin, dalam 1 minggu ibu akan BW guna link masterlinky. Smile

Puannina letak widget ni dibawah sekali.. satu langkah yang bagus, takde la nampak semak kan.. Thumbs up  lagi bagus jika buat scroll bar.. supaya dapat jimatkan ruang..  hanya tambahkan kod dibawah ni..

<div style=”border: 0px solid #F5003D; overflow: auto; width: 400px; height: 200px; text-align: left;”>  kod mister linky  </div>

nota : kod warna #F5003D tu boleh tukor ikut selera sendiri.. begitu juga width & height.



7. widget-widget yang boleh dikemaskan lagi

~ bloglist..
– ibu nampak puannina maintain bloglist yang panjang (show all).. ibu cadangkan supaya puannina hanya “show 5 blogs” sahaja.

~ blog archive 
– juga sangat panjang berjela..  sebab kan sidebar tu sempit.. Smile with tongue out  Ibu cadangkan buat stail scroll-bar.. boleh godek2 tutorial di blog Sya.. sori lah yer, ibu tak sempat2 lagi nak share tutorial untuk buat blog archive ber’scroll-bar’ ni.
Keseluruhannya.. okay2 jer blog puannina ni.. sebab takde widget yang menyakitkan mata, juga widget yang memberatkan blog.. cuma kena rajin update n3 perkongsian.. usia masih muda.. banyak yang boleh dikongsi.. apa2 pun tahniah, sebab rajin belajar pasal blog dan semoga tahun ni dapat lesen kereta seperti yang dicita-citakan Winking smile 
Tak dapat nak korek banyak ‘rahsia’ puannina ni… hehehhe.. btw, pada pandangan ibu lah, puannina ni simple orangnya & bukan jenis orang yang suka merepek tak tentu pasal.. tu pasal n3 dia pun simple.. atau pun mungkin sebab baru berblog, jadi masih belum jumpa ‘rentak’ dan belum sempat nak tunjuk ‘taring’… hehhe… Winking smile  Puannina, jangan amik hati yer.. keep on blogging..
So, kome yang baca n3 ni usah segan silu berkenalan dengan puannina.. memang boleh dibuat kawan ni… dia tak makan orang… ada GA di blog PuanNina.. cepat terjah..!!! 

Berminat untuk blog make-over.. 

Pakej untuk make-over blog

p/s
hari ni ade jemputan kenduri di Kg Changkat Tin (kg ayahnda), kenduri kahwin mak sedara (anak opah Cu), pangkat je mak sedara, tapi umur muda lagi.. maka jika masih tak nampak komen @ jejak ibu di blog kome.. bermakna ibu masih sedang sedap2 makan lauk kenduri… hehhehe..
salam kasih sayang buat semua,

>Segmen Review : no 1 ~ Syamila Mohd

Januari 29, 2011 at 11:59 am | Dikirim dalam blog review, blog review 2011 | Tinggalkan komen

>.

Salam bahagia,

Seperti yang dijanjikan, maka hari ini bermula lah segmen review bersama kakyong[dot]com©.

Review pertama dimulai dengan blog Syamila Mohd (http://syamilamohd.com/).

Blog ini sudah beberapa bulan berdomain, nama asal sebelum berdomain adalah http://syamila02.blogspot.com/.
Umur baru 3++ bulan ni adalah umur blog berdomain.. kalo ikut rekod, ibu perasan blog dah wujud sejak October 2009, dan Sya mula semakin aktif berblog sejak Ogos 2010.
Empunya blog Syamila Mohd adalah seorang ibu kepada 1 orang anak teruna, Ahmad (5 tahun) dan 1 orang anak dara, Nur Zahira @ Ira (4 tahun). 3 tahun bergelar SAHM/WAHM dan kini telah bekerja semula, dan bidangnya sama lah dengan ibu.. Akaun. Winking smile 
Kalo tengok beberapa ciri Sya (ibu panggil Sya, ade juga rakan blogger yang panggil Ummi) ni ada la sedikit kesamaan dengan ibu.. iaitu kuat kerja, suka kalo ade banyak kerja.. lagi banyak lagi bagus… Sya ni memang ade ciri2 seorang Akauntan berjaya. Akauntan mesti suka kerja dan suka pulak dengan kerja remeh temeh. Sya, jangan sesiakan peluang ni dan jangan lupa apply MIA membership.
Fakta yang ibu baru tahu adalah >> Sya ni adalah pesakit kanser payudara yang sekarang ni sudah sihat @ nama lain kita panggil survivor breast cancer patient.. menarik ni tau..

note untuk sya >>
kakyong tak jumpa la n3 pasal Sya kena kanser ni, dalam blog.. letih godek2.. internet slow bangat… Smile with tongue out  berpinor mata cari info.. pasni buat n3 yer.. kongsi la yer alkesahnya, camne leh terdetect, bila, treatment & camana leh survive & berapa lama melalui detik-detik tu.
Selain blog SyamilaMohd @ Rumahku Syurgaku, Sya juga ade kedai online, Ummi2shoppe. Ibu kan sebenarnya kenal kedai online Sya lebih awal daripada ibu kenal Sya… Open-mouthed smile  masa ibu baru berjinak2 dengan business online ni, selalu la jugak jengah blog Ummi2shoppe ni.. suka pergi sebab cara persembahan tu menarik, masa tu ibu kan mana reti bab2 design ni. Smile with tongue out  Rupanya baru lah tahu, rupanya pemilik Ummi2shoppe ni pun pandai mendesign blog. Ibu tahu ni pun selepas blog MakNgah Miela bertukar wajah. Kome nak make-over blog boleh ajer contact Syamila. Pasti puashati dengan hasil kerja Sya. Thumbs up
Sya ni kan dia lebih suka jadi pemandu daripada jadi co-pilot kalo berjalan jauh, so untung la husband Sya. Open-mouthed smile  KOme???
Sekarang, jom mulakan kajian ke atas blog Syami.

1. Berat blog
Yang ini ibu dah timbang awal2 minggu lepas.. blog Sya ni memang ringan, loading pun cepat. Blog Sya ni menggunakan platform WordPress yer kawan2 & juga berhosting sendiri..
2. Alexa rank
ranking memberangsangkan, sebab dalam tempoh 3 bulan berdomain + hosting, rank dah 600,000++.. Blog Ibu ni selepas 3 bulan berdomain, rank 900,000++. Jadi untuk kome yang nak berdomain & berhosting, molek guna platform WordPress yang lebih mesra SEO.
3. Pagerank
yang ni ibu semak di http://www.prchecker.info, rank masih kosong.. blog ibu pun masa 4 bulan lepas berdomain pun masih ‘telur ayam’ jugak. Smile with tongue out
4. Followers
dalam tempoh 3 bulan dah ade 200++ okay dah ni… pasni sure meningkat..
btw, gadget followers ni ade 2.. kalo org nak follow nak klik yang mana satu.. yang atas, ke yang bawah?  Confused smile

Apa lagi yang menarik di blog Sya..
1. Header yang kemas.. siap ade animated @ kesan daun berguguran
btw, gambor anak2 ni belum cukup ceria la.. Ahmad garu kepala tu kenapa Winking smile
2. Blog Sya ni mudah diakses.. ade menu sebaris (horizontal menu) yang mesra. Ada juga tab menu. Apa yang kome nak tahu, kome klik2 jer.

3. Selain menu bar dan tab menu., ada juga label tag.. kome nak tahu pasal apa.. klik ajer label.. mudah untuk sesi godek2 sejarah silam.

Kat label tag ni pun kome dah buleh tahu Sya suka menulis tentang apa.. & apa yang ada kat blog Sya ni. Kome godek2 ajer n3 lama Sya, memang banyak tips yang dikongsikan. Lagi besor tulisan tag ni bermakna lagi banyak le perkongsian Sya.

4. Sya pun rajin juga join contest & giveaway.. tapi kan banner dia tak berterabur serata sidebar.. Sya simpan semua dalam ‘gobok’ khas. Maaf ye Sya, kakyong panggil ni ‘gobok’ sebab memang nampak macam lemari @ kabinet.. Smile with tongue out  kome nak belajor buat gobok macam Sya ni.. sila risik2 dengan Sya.. kalo rajin buleh belek2 kat tag TUTORIAL

Nampak kemas lagi teratur.. Sya letak semua banner ni dibahagian footer.

5. Tema warna blog juga okay dan sesuai. Blog Sya ni ikut tema warna bunga kuning, aci cuba tengok kat signature Sya.. Berkenaan warna tema blog ni, ibu takde nak komen apa, sebab pada ibu, warna blog adalah bergantung kepada pilihan tuan blog, bukan kita sebagai pembaca yang tentukan, yang pasti kombinasi warna blog Sya ni sesuai. Smile

Design di signature ini juga digunakan sebagai tulisan header blog. Takde apa masalah.. bagus juga, tak perlu nak reka 3-4 jenis design Winking smile sebab nama blog memang dah nama tuan empunya kan.
Keseluruhannya persembahan blog ni kemas, mantap Thumbs up Sya menggunakan template 3 column dengan 2 sidebar di belah kanan.. tak perlu nak scroll hingga ke hujung dunia.. Winking smile faham2 lah, boleh kata mostly blog ibu2 blogger adalah panjang berjela, macam2 nak letak di sidebar, kadang2 letih nak scroll hingga ke hujung. Smile with tongue out  Nak tinggalkan komen juga mudah.. Ohya, Sya juga menggunakan kotak komen intensedebate.
Penambahbaikan untuk blog Sya
Isikandungan blog/n3
Ibu rasa content n3 masih boleh dipelbagaikan dan mungkin juga kerana kekangan masa, sebab Sya sekarang sudah bekerja sepenuh masa, maka n3 lebih santai dan ringkas. Ibu suka jika lepas ni Sya boleh tumpukan penulisan kepada
  • perkongsian pendidikan anak2, n3 yang lepas2 tu ada juga nampak.. rasanya boleh kongsi lagi, sebab tahun ni Ahmad pun dah masuk sekolah kan
  • kisah Sya survive breast canser – kalo Sya pernah buat n3 & Ibu terlepas pandang @ tak jumpa cari.. pasni leh la share..
  • pengalaman 3 tahun sebagai WAHM/SAHM.. kot2 la ade tips nak share, pengurusan anak2 & kerja di rumah.
  • dan lagi… pengalaman bila dah bekerja semula.. cara penyesuaian, dsb
Widget

ibu tak nampak apa2 widget yang perlu dibuang atau ditambah.. cuma widget Follower tu ajer yang sedikit keliru.. mungkin tak ramai yang perasan (sebab yang 1 lagi tu ‘menyorok’ ), sure akan klik yang atas dulu.. kecuali lah yang rajin scroll & explore.  Winking smile
  
Ini ajer lah review ibu untuk blog Sya.. kome yang ada cadangan @ komen membina yang lain.. sila2 lah tinggalkan di kotak komen yer.. sangat2 dialu-alukan. bertemu lagi di minggu depan untuk segmen review blog Puannina.
Ibu tinggalkan kalian dengan n3 ini  Sesudu Bubur Buat Ibu….. Ibu jumpa n3 ni dalam timbunan n3 lama di blog Sya.. kome tekan ade link tu.. sure terus ke sana tanpa perlu tinggalkan page blog ibu ni. Disappointed smile

Jom KUmpul duit tabung dengan HeartBeat …

salam kasih sayang buat semua,

.

>Segmen review bersama kakyong[dot]com©

Januari 22, 2011 at 12:04 pm | Dikirim dalam blog review 2011 | Tinggalkan komen

>Salam kasih sayang buat semua,

Apa khabar kome hari ni? Hari ni lambat sikit bersiaran… malam tadi tidur awal.. & pagi2 ni banyak pula kerja rumah yang perlu disettlekan dahulu..  
Segmen review pulak??? Tahun lepas ibu ada buat segmen review Jom Kenal Kawan Ibu kan…!! Actually bila ibu baca balik.. ibu rasa macam ‘plain’ jer cara ibu buat review tu… pastu ibu buat review pun ikut suka hati ibu jer…. xde format yang khusus.. Jadi tahun ni ibu nak buat improvement sikit. Insya Allah, tahun ni akan lebih berdisiplin dalam membuat review…

review kali ini akan meliputi perkara-perkara berikut :

Kenali empunya blog

  • nama empunya blog
  • sejak bila berblog
  • apa yang menarik 
  • rank, followers etc… suka2 lah ibu nak tambah nanti

Blog improvement

  • berat blog & punca blog kome berat
  • widget yang menyemak
  • apa yang perlu menten 
  • apa yang perlu dibuang
  • jika blog tu memang tipTOP pun ibu akan puji & beri sebab2nya…
  • cara susun atur widget etc… 

So ade ke yang nak join ni….

Ibu takde la pandai sangat nak review atau rekemen untuk penambaikan. Ibu review ni pun hanya berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri setelah 2 tahun aktif berblog. cuma 1 jer la yang ibu minta.. jika ibu beri cadangan dan komen tu, jangan la SENTAP yer… kalo rasa anda akan sentap… maka tidak digalakkan join segmen ni..  tapi jika anda suka untuk penambaikan dan belajar sesuatu yang baru… Marilah join yer.. jangan segan silu 

Kaedah nya :

  • tampal banner ni di sidebar @ di mana ajer ruang blog anda & backlink ke n3 ini, sila copy code kat bawah banner tu yer…
  • tinggalkan komen anda & url blog kome 
  • blog akan direview pada setiap hari Sabtu , ikut giliran yer.. 
  • Due bila? x de due, Insya Allah sepanjang tahun 2011.. selagi ade blog yang perlu direview selagi tu la akan review… selagi hayat dikandung badan… 😉

Senarai blog yang akan mula di review

Jika kome ada cadangan bernas @ perkara2 lain yang ingin di review.. sila jangan malu2 tinggalkan komen di n3 ni ya…
untuk hari ni.. sudi lah klik2 sini yer... jasamu kukenang..

.

.

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.