>Aliya : the Cilik hair stylist…

Februari 20, 2011 at 11:11 am | Dikirim dalam Aliya, anak-anak | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Bior le gambor yang menceritakan nya..

rambut belah kiri.. dah selamat di koje kan nya..
segumpal juga rambutnya,,
muka si cilik yang selamba jer… langsung tak rasa bersalah… 
ni dia si ‘mangsa’ yang dah cacat….

tengok lah tu.. ade hati lagi nak pose-pose gaya camni… belah sini boleh la nak pose camni…

nota :
Jangan sesekali bior anak main gunting, tanpa di pantau… memula dia buat projek gunting kertas dengan kakak Anis… pastui, dia repair plak rambut dia…. ni baru jer ibu tinggal jap sebab nak buat ‘urusan kadho hajat’ di bilik air.. kuor2 jer tengok dah jadi camtu…  
tahu plak dia malu.. sejak rambut dah tobek2 ni, kalo nak ikut ayah pergi jalan ( pergi kedai jer), siap pakai tudung lagi.. tahu pulak malu..
salam hari minggu,
.

>Rezeki anak-anak lagi.. basikal baru, baju baru, mainan baru

Februari 18, 2011 at 10:21 am | Dikirim dalam anak-anak, blogger friends | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Pada hari kami sibuk mengurus anai-anai & ibu rugi 1 lemari, anak2 pula mendapat rezeki. hari tu memang panas terik, ibu baru jer menutup pintu pagar, (baru balik dari kenduri bertunang) tetiba ade kereta yang berhenti dan bertanya “Ini kakyong habibah kan?”

Ibu ni dok terpinga2 juga, sebab rasa macam pernah nampak orang ni.. tapi di mana ya… selamba jer ibu cakap ‘Siapa ni yer?’ Empunya diri bagai merajuk “Dah tak kenal kita?”  Meluncur laju dari mulut ibu ‘Kak su yer?!’… Tapi dalam hati masih was-was.. 

Betullah kak Su, kali terakhir @ pertama kali ibu bertemu/bersua muka dengan kak Su pada Sept 2009. Dulu  Kak Su datang 1 hari sebelum AidilFitri, datangnya membawa kiriman yang bukan setakat hati ibu berbunga2.. bahkan terharu sangat2..

Kali ni kedatangannya pun membawa ‘kiriman’ untuk anak-anak… kali ni memang lagi terharu.. tumpah air mata ibu , terharu sangat2… Ibu doakan semoga kak yang mengirim segala bentuk hadiah untuk anak2 dimurahkan rezeki selalu, dirahmati kehidupan dan diberi kesihatan yang baik. Pada ibu cukup lah sokongan moral yang diberi, tak mengharap sehingga begini.. takut ade pihak ‘salaherti’.. Terima kasih Kak.  (atas permintaan ibu tak leh nak reveal identiti kak yang pemurah ni)..
Cuma 1 yang ibu ralat sikit… apa da ibu ni.. kak Su datang menghantar kiriman dengan seorang silent reader blog ibu.. pergghhh, ibu lupa nama.. rasa macam tanya tapi lupa.. katanya dia berniaga di Taman Kanak-kanak (medan selera di tengah2 pekan lama Ipoh).. lupa pulak nak tanya gerai no berapa… 
dapat basikal tantek
bear tantek.. walaupun ade rabiit tapi tetap semuanya dipanggil ‘bear’, dalam beg kertas tu pulak baju yang tantek2.. 
model beraksi sambil pejam mata.. ntah lately ni suka sangat buat aksi pejam mata

ni tak tau gaya apa.. gaya hepi dapat baju baru.. nampak rugged plak anak dara besor ibu ni..

gaya malu2…
Jenuh la Anis & Aliya mencuba dan mengayakan semua baju.. tak kuasa lah ibu nak letak semua gambor tu.. at last Anis pilih baju pink ni.. katanya ‘baju pusing-pusing’.. biasalah baju gaun, bila dipusing2 kan jadi kembang…. ekekkeke.. layan jer la aksi anak2.. 
Sekarang ni hari2 main beskal tantek jer.. beskal yang tak tantek dah tak mau main… amboi… kalo dulu beskal la depa berdua dok berebut..
salam kasih sayang,
.

>Cuti panjang.. trafik blog pun merudum

Februari 7, 2011 at 4:11 pm | Dikirim dalam anak-anak, blogging tips, nota ibu, statistik | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

hari ni ramai yang dah mula bekerja & sibuk dengan rutin harian macam biasa kan… rata2 kawan2 blog dok citer hal bercuti panjang, hal balik kampung…
Anak2 dara berdua ni pun pepagi lagi dok sibuk ‘cepat ibu, cepat la.. kakak nak nyontet jauh2 ni’. 
Hmm, mentanglah cuti panjang ni dok berjalan (baca : tak dok rumah, naik kereta jalan jauh-jauh) sesaja.
Kalo orang tanya, kami ke mana sepanjang cuti CNY ni.. camni lah lebih kurang programnya.. :
hari tarikh aktiviti
Rabu 2 Feb Balik kg 40 Rantai. Kuor jam 11 pagi, balik jam 9 malam
Khamis 3 Feb
Sebaik selesai urus anai2, pukul 12 tghari ke kenduri sepupu en ayah bertunang.. di RPT Chepor (kg sebelah jer), pukul 2.00 petang dah balik lepak kat rumah
Jumaat 4 Feb Tak g memana.. lepak kat rumah jer
Sabtu 5 Feb Kenduri kahwin di Changkat Tin. Keluor rumah jam 10 pagi, balik jam 4 petang
Ahad 6 Feb Pagi2 en ayah bawa 2 dara g pasor.. petang paklang pulak bawa 2 dara ronda2 naik kereta.

Hari ni pepagi lagi, anak2 dara berdua ni nak nyontet lagi..

‘Ayah dah work la kakak.. abang pun dah sekolah, mana buleh nyontet dah.. dok rumah jer…’

‘Kakak nak jalan, jauh-jauh.. naik kerete.. ‘  3-4 kali dok merengek.. demand kat main.. siap tunggu kat laman, dah siap pakai tudung bagai (hari panas terik walaupun baru jam 11 pagi)

At last bawa depa g rumah opah.. jalan kaki le tengah2 panas tu… Ade lagi baki kuih jualan opah, jadi Anis & Aliya pun masing-masing amik sorang 1 plastik..  jadi lah yer anak-anak.. berjalan rumah opah jer ler.. selalu tu ibu tepon jer opah, kalo atoknya ade, memang atoknya datang ambik.. tapi hari ni atok g klinik (monthly rutin, biasa lah kan umur dah lebih 50 tahun ni..) , maka kami 3 beranak pun terkedek2 jalan kaki. Jalan lengang jer.. pagi2 tu wajib la sibuk kat kawasan taman perumahan ni.. 
Citer pasal aktiviti jalan2 balik kampung (40 Rantai & Changkat Tin), ibu citer len kali lah yer… 
Sepanjang cuti 5 hari ni, ibu pun takde masa berblog sangat.. sempat la buat 1 n3.. pastu nak BW memang takdan.. mana nak sempat kalo dalam perjalanan jer. Pastu balik rumah jer terus flat, pengsan.. cuaca panas sekarang ni.. belah Ipoh/Perak ni dah 2 minggu terik.. Ibu pun dah 3-4 hari dok sakit kepala.. dok pulun minum air masak, hari2 biasa pun minum air masak je pun. Tapi bila cuaca panas macam ni, lagi le kena minum banyak. Anis & Aliya pun semalam dah dedor.. Alhamdulillah pagi ni dah okay.. 
Jom tengok apa jadi kat blog ibu sepanjang tak dapat nak berBW sangat ni..

UV tak sampai 900 pun kome… tapi yang lebih heran tu pada 4 Feb 2011 tu trafik terus ‘zero’… tapi rasanya ni masalah teknikal dari NUff…

Ini pula trafik minggu terakhir Jan 2011… hmmm.. tidak menepati piawaian, tapi boleh lah kan… ekekkekekke… camno nak tepati, tuan blog pun tak larat nak BW… ping blog pun asyik lupa jer…
btw, hari ni ade kejutan sikit dengan trafik.. mau demam tetiba tengok trafik jam 2 petang tadi = 260 UV. Rasanya ibu boleh jatuh pengsan, jika lah 100 daripada UV tu tolong klik2 HB ibu hari ini….

Terima kasih JejakaTerhangat.. sebab kamu memang betul2 bawa trafik ke blog kecik ibu ni… tapi camner kamu buat yer..??!! sampai segini banyak sekali… tapi ibu kan lebih lagi suka, kalo kome sudi tolong klik2 atau register HeartBeat…

jangan lupa tolong klik2 yer… jasa kome ibu kenang..
p/s
‘serangan’ trafik mengejut tu hanya untuk jam 2 petang tadi jer.. rasanya berbaloi ker..?!!! kalo reramai yang singgah tapi tak tinggalkan komen & tak menambahkan kawan ibu @ Followers… maka, kome rasa camana??!!

p/s ~ jejakaTerhangat.. jangan amik ati plak yer.. u hv done ur part.. ni just my curiosity jer..

salam kasih sayang,
.

>Rajuk si anak tak habis lagi

Januari 28, 2011 at 5:26 pm | Dikirim dalam anak-anak, Fikri | 1 Komen

>Salam petang Jumaat,

N3 ni adalah rentetan dari n3 semalam..

Fikri nak dok rumah opah pulak..

Petang ni Fikri tak ikut ayahnya balik.. huhuuu.. hati ibu ni rasa sedih… sayu… pilu… dah macam nada lagu Aizat pulak… baru 2 hari tak ‘bergaduh’ dengan abang Fikri dah ade rasa macam ni.. kalo lama tak tau la camno… harus ku pujuk ku bawa lari anakku pulang… 

Ayahnya tadi kabo “lain macam jer ghope merajuk tak nak balik tu..”

Pastu ayahnya kabo.. atok & makngah belikan dia kasut baru.. pastu belikan kopiah baru.. adooii la, Fikri ni sejak sekolah semua kemahuan atok nya ikutkan. Semalam atok & makngah bawa dia g Giant Tambun. Banyaknya ‘gula-gula’.. tu pasal tak nak balik rumah ni.. 
Tengok la esok ibu ikut la en ayah g Ulu Kinta.. nak tengok sejauh mana rajuk si teruna sorang ni… Anis & ALiya hari ni dk dera ibu jer.. depa asyik nak ibu layan depa jer. Susah juga bila abangnya takde. Kalo tak petang2 camni, abangnya lah yang lead.. main dengan adik2 & ibu pun buleh la adap lappy dengan aman.. ni dah lepas asar baru Anis & Aliya nak main sesama depa.. huhuu.. naik cemuih juga ibu melayan depa buat kapal terbang kertas..
NI masa Aliya sorang-sorang masa hari selasa lepas… beriya2 jer tu dok cuba melipat kertas.. sudahnya ibu juga yang kena buat… 
ni gambor masa Fikri demam minggu lepas… tengah malam ni paksa dia makan obat.. nangis jer lebih, susoh bebenor nak makan obat.
hari ni rindu pulak dengan si teruna sorang ni… lama bebenor abang majuk.. sedih la ibu bila abang tak nak balik rumah ni.. hari tu kan ibu cakap abang kena balik rumah bila abang cuti sekolah…. 
Petang tu si Fikri dah sihat… dah boleh main kat taman. Tengok lah Aliya.. dok main pergi sekolah kat rumah, sampai g taman pun nak bawa beg. 
Sejak sekolah ni kan.. Fikri dah pandai pakai bedak kat muka… hheehehehhe.. gelihati jugak ibu.. sebab sebelum ni, tak leh mau langsung kalo ibu bedakkan. La ni “cikgu cakap pergi sekolah kena pakai bedak kat muka”… layan jer lahhh.
Ibu & Aliya & bayang-bayang… 
Walaupun 2 dara ni selalu ade dengan ibu, meriuh-rendahkan rumah.. tapi kemeriahan tu tak sama bila abang Fikri tak ada…

p/s
tak leh nak menaip panjang.. si dara berdua dah ajak bersiap nak g taman.. ingatkan petang ni boleh skip lagi pergi taman.. semalam hujan, ade la alasan.. dapat la jugak ibu celam-celup BW.. petang ni wassalam la jawabnya.. kena tunggu lepas Isyak nanti la baru boleh online.

salam kasih sayang dari ibu yang rindu anaknya,

.

>Evolusi.. 3 budak kecik ni..

Januari 5, 2011 at 8:08 am | Dikirim dalam anak-anak | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

jengah koleksi foto lama anak2… jumpa foto ni… terasa rindu pulak saat masa depa kecik2 dulu…

Tarikh pada gambar 02/12/2008 tapi yang sebenarnya gambar ini diambil pada pagi 1 Jan 2009.. kamera bengong sikit masa tu asyik tertukor jer setting date…

1 Jan 2010.. tak jumpa plak foldernya.. terus jump ke 11 Jan 2010.. tu pun xde gambor depa bertiga.. sampai habis bulan Jan 2010, x jumpa juga gambor depa ber3.. huhuu, apsal la angin ibu malas nak snap gambor time tu… huhuu.. kan dah rugi.. Smile with tongue out

IMG_6055a

btw, jumpa juga gambor depa ber3.. bertarikh 14 Feb 2010.. ni masa g berkelah di Air Terjun Intake.

Pada 1 Jan 2011, tak de pulak gambor depa ber3.. tapi ade le ibu snap 2-3 keping.. gambor tengah makan juger… Winking smile

IMG_9858

IMG_9857

Cepat sungguh masa berlalu.. sudah 2 tahun 7 bulan rupanya ibu meninggalkan zaman bekerja di pejabat & sepanjang tempoh itu hari2 mengadap anak2.. lain macam pulak perasaan ni bila nak kena tinggalkan depa ni dengan orang lain.. Sad smile  lebih lagi bila Fikri dah bersekolah ni… jadi susah hati pulak bila nak lepaskan anak untuk dijaga oleh orang lain…
p/s
1. Ibu tahu, itu lah perasaan semua ibu2 yang bekerja.. harus cekal kan hati & korban kan rasa demi untuk mencari rezeki agar dapat mengukuhkan ekonomi sekeluarga, kan… !!! Smile
2. masih tak sempat nak update tentang teka ikan & juga menjawab komen2 di n3 yang lalu.
3. result GA pun masih tak sempat nak buat cabutan… semalam ibu betul2 letih.. rasa nak pengsan pun ade… huhuu.. orang lain pun sibuk juga… apa dah ibu ni.. Smile with tongue out
4. malam tadi ibu tak BW langsung.. maaf ya.. harap2 esok lusa dapat BW macam biasa… terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kecil ibu ni…
5. Pagi ini masih lagi di Ulu Kinta… lewat petang baru balik ke rumah.. maka jika ibu cargas.. ibu akan BW laju2.. or else ibu ganti hari lain bila ibu dah betul2 fit untuk BW laju2.. 
salam kasih sayang untuk semua,

>Hujan di hari pertama sekolah

Januari 4, 2011 at 8:15 am | Dikirim dalam anak-anak, Fikri | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Pepagi semalam, Anis & Aliya bangun paling awal.. pukul 6 pagi dah bangun dan terus nak mandi. Wajar le Anis & Aliya bangun awal, sebab malam tu pukul 9 malam dah tidur. Kelam kabut juga bila seawal subuh 2-2 anak dara ni dah bangun.. lepas mandikan & siapkan si dara ber2, baru le ibu dapat mandi & bersiap. Itupun Aliya pakat menangis melalak tak hengat.  Sad smile
IMG_9868
2 anak dara yang excited nak mandi sesubuh hari..  Smile  Baju kurung yang Anis pakai tu dari pemberian kakyati NB tahun lepas masih tak leh pakai (besor sikit baju tu), tahun ni dah muat, sebab Anis dah makin meninggi.
Fikri pulak almost 7 pagi baru nak buka mata.. punya  lah susah nak kerah dia mandi pagi.. dia siap bagi alasan, “tak nampak matahari pun”. Aduhai lah anak, pagi ni hujan mana lah ade matahari, dia insist nak tengok matahari dulu. Mula jam 6 pagi tu hujan turun renyai-renyai. Pukul 6.30 pagi, Opah santan pergi kerja dihantar oleh makcik Ekin.
IMG_9874
Dalam tak mau mandi tu, jam 7.40 pagi 3-3 dah siap menanti depan rumah. Kalo hari tak hujan, mau juga ibu heret depa ber3 jalan kaki ke Taski yang terletak berhampiran dengan dewan/balai raya RPA. Tunggu en ayah tak sampai2, biasalah pepagi ni mesti sibuk kat pasar. Mujur le makcik Ekin tolong hantar kan..
IMG_9876
tengah tunggu ibu buat urusan pendaftaran… botol air tu atok santan hadiahkan.. Winking smile
Dah sampai sekolah, Fikri buat muka monyok.. Aliya & Anis yang terlebih2 excited. Hari ni belum mula belajar ni. Kata cikgu Manisah, guru untuk kelas 5 tahun, minggu ni belum mula belajar lagi. Minggu suai kenal jer, maka pukul 10 pagi dah boleh balik. Jika ikut jadual hari biasa, Isnin hingga Khamis 8 – 11.30 pagi, hari Jumaat 8 – 11 pagi. Taski ABIm As-syakirin ni ada 2 kelas aje, 1 kelas untuk 5 tahun dan 1 kelas lagi untuk 6 tahun.
IMG_9878
Kawan sekelas Fikri ada 18 orang semuanya. Hari pertama ni Fikri buat muka cuak sungguh.. pastu dia keraskan badan, ibu suruh dia duduk kat bangku dengan kawan, tapi dia tak mau.. sudahnya bila Anis dan Aliya dah duduk baru Fikri nak ikut duduk sekali… Winking smile  abang yang sekolah, tapi adik2 yang excited kan main… camana ni!!??
ni sebahagian kelas.. baju seragam adalah seperti kawan di sebelah Fikri tu.. nama nya Danish.. heheh.. ibunya yang sibuk nak berkenalan, Fikri buat dek jer… Smile with tongue out  Fikri kena dok depan, heheh.. biasa lah ibu ni kan skema.. apa2 hal mesti nak dok depan..
IMG_9882

si kecik yang hepi dan excited.. terlebih2 dari abang.. time nak balik, si Aliya la yang tak dan-dan nak salam dengan cikgu.. yang si abang buat keras jer…

IMG_9886

hujan renyai2 sampai jam 2 petang masih tak berhenti…

IMG_9887

Anis yang penat pergi sekolah.. sebaik sampai rumah opah santan, pukul 11 lebih tu suap budak ber3 ni makan nasi. Abis makan depa layan magik english kat rumah opah.. sedor2 si Anis dah tertidur atas karpet.. sejam lebih jugak le dia tidur, sampai azan zuhur baru dia bangun.
IMG_9888 
puas anak2 tengok magic english kat rumah opah.. skrin besor, clear pulak tu, sound pulak usah cakap ler…. kalo kat rumah 1/4 dari ni jer.. Winking smile
p/s
1. n3 ni di taip masa di Ulu Kinta (edit sikit tghmalam, autopublish pagi ni).. heheh.. gigih juga angkut lappy walaupun tak leh online… ekekekkek….
2. malam tadi sempat la BW laju2 ke bbrp blog.. Insya Allah, ibu akan balas kunjungan kalian.. sabor yer… hari ni masih tak dpt online mcm biasa.. lewat petang Insya Allah..
3. ade 3 orang yang berjaya meneka ikan tu dengan betul.. tunggu yer.. takdan nak update n3..
salam kasih sayang untuk semua,

>Sibling rivalry…

Disember 28, 2010 at 8:45 am | Dikirim dalam anak-anak, keibubapaan | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Anak2 ni ade masa nya depa akan main sama2, elok2 dengan suasana harmoni.. & ibu pun tak le fening.. Angel

Tapi ade masa nya… anak-anak akan bergaduh juga. Sila ambil perhatian yer kawan2 yang selama ni nampak cam okay jer budak ber3 orang ni.. deme ni macam2 adik-beradik lain juga.. dulu tu tak riso sangat bila depa bergaduh.. tapi sekarang ni, memang harus ibu masuk campur untuk leraikan anak2 ni..
IMG_9648

Bergaduh sampai meninggalkan calar macam ni memang harus dihindari… sebab tak mau anak2 pikir, it’s okay untuk sakiti sesama depa.. harus selalu cakap, it’s not okay sakiti @ cederakan adik. Kadang2 pengaruh berkawan ni pun susah juga. Sebab Fikri ni berkawan dengan anak2 jiran yang dah sekolah rendah (umur 7-10 tahun) dan budak2 tu kadang2 kasar bila bermain.. tolak2 anak orang ke jalan sampai luka lutut, budak tu sikit pun tak rasa takut…
Bercalar kat tepi mata Anis tu ibu memang tak tahu di calarkan dengan apa.. sebab masa tu ibu sedang buat urusan dalam ‘bank’. Sapa kata senang dok rumah ni, nak masuk toilet buat urusan penting pun susah.. kena mandi laju2.. semua urusan dalam bilik mandi memang tak leh nak lengai2 lah.. nanti akan ada kejadian tak diingini.
IMG_9613 
Senjata Anis yang paling ummppp… Fikri memang kalah kalo diserang macam ni.. si Aliya tu tukang tengok.. selalunya Aliya memang akan tolong back-up kakak.. kalo abang pukul kakak, Aliya pula akan amik turn tarik rambut… huhuu  Open-mouthed smile  jom tengok close-up sikit

IMG_9614

memang melalak buleh pecah satu rumah… tak senang kalo ade jer suara menjerit time ibu nak buat urusan di bilik air. Punca bergaduh adalah berebut mainan.. most of the time memang berebut mainan lah. Yang dalam 2 gambor Fikri sibuk pulak nak main bebear dan simba si lion… maunya tak si Anis hangin. Mainan kereta si abang langsung tak mau kongsi dengan adik-adik.. ni nak main bebear adik pulak.. bila si Anis nak amik si abang tak kasi.. apa lagi..
Boleh baca kat sini pasal Sibling Rivalry << klik ni.  malas nak copy paste…
DI link tersebut ada dinyatakan sebab2 punca anak2 bergaduh.. faktor penyebab.. dan cara2 untuk atasi nya..
Sebaiknya : awal2 tu usah masuk campur bila anak2 bergaduh.. kecuali dah berlaku aksi yang boleh membahayakan @ menyakitkan antara satu sama lain.. contoh macam dalam gambor tarik2 rambut ni ler..
Asing kan anak2 ni sehingga depa cool-down.. Anak2 ni cepat je depa cool-down dan cepat jer berbaik & main semula seolah2 tak penah bergaduh.. Thumbs up tapi ade masa tertentu, lambat juga depa nak cooldown.. idok le sampai berjam-jam.
Nasihatkan anak2, bagitahu betapa tak bagusnya tindakan pukul memukul ni.. tak baik sakitkan adik @ abang.. kena selalu sayang sama-sama., main sama-sama… Anak2 ni masa kita/ibu cakap, dia memang diam, angguk.. setiap kali bila ibu kata, “tak boleh buat macam ni, nanti adik/abang sakit” Mana2 pihak yang bersalah tu, cepat jer cakap “MAAF!”.. bila suruh salam @ peluk, tanda dah tak gaduh.. hmmm, ni kena tengok hangin.. kalo dia tak cool-down lagi, usah haraplah nak salam.
Kadang2 anak ni perlukan ruang masa & bermain tanpa gangguan adik2 @ adik-beradik yang lain.. yang ni ibu memang sukar nak arrange.. Pernah dulu letak Fikri dalam bilik belakang, so dia boleh main mainan dia tanpa di ganggu Anis & Aliya.. tapi si dara berdua ni tak leh tengok abang main sorang2, sure nak join punya.. Bila ibu buat aktiviti dengan Anis & Aliya, contoh ajar tulis2 ker, baca ABC kat lappy, dsb.. si Fikri pulak akan tinggalkan mainan dia dan join adik2..
IMG_9628
Tengahari bergaduh.. petang masih buleh main sama2 kat padang… anak2 memang macam ni kan… gaduh2 kejap jer…
IMG_9632
Yang tak tahannya budak2 ber3 ni, kalo depa bersembang sesama depa.. depa akan bahasakan diri sendiri “SAYA” “AWAK”… kadang2 gelihati juga.. kadang2 rasa comel jer.. bahasa standard. Thumbs up
Btw, setiap hari pun ibu masih berusaha supaya anak2 ni tak bergaduh teruk2.. Ada yang kata baik beri ganjaran untuk spend time dengan ibu.. tapi tak sesuai dengan situasi ibu yang 24 jam di rumah & most of the time memang anak2 dengan ibu jer.
Anak2 sangat suka ganjaran.  Thumbs up ibu tak boleh juga nak beri ganjaran yang pelik2 pada anak2.. contoh kalo sapa baik, tak bergaduh, nanti beri itu ke, ini ker. Ganjaran yang melibatkan RM@$$$ ni memang tak leh nak amalkan. Selalu ganjaran yang depa dapat adalah ‘dapat pergi rumah opah nasi lemak” @ “hari minggu boleh ikut ayah pegi rumah opah santan” Cuma pilihan ke2 ni kena tengok mood en ayah ler.. tapi kalo ibu tahu en ayah ade urusan nak amik kelapa ke kat Ulu Kinta, memang amik kesempatan supaya ayah bawa anak2 sekali. jadi tertunai lah janji ibu pada anak2…
Fikri dia suka request “hari ni abang baik, esok ibu kena masak kek @ masak sedap2 untuk abang” huhuuu.. Confused smile  Fikri ni memang suka request nak makan apa, si anak dara ber2 tu ikut jer apa abang cakap.  Selalunya takde lah dan-dan tu granted kan.. ibu kena slow talk juga dengan anak2, nanti ayah beli barang, baru ibu masak @ buat. Bila cakap macam tu., dan2 tu tunggu ayahnya balik, bila ayah sampai jer terus tanya ayah beli tak itu, beli tak ini… Smile with tongue out
Actually ada few tips yang dicadangkan jika kalian baca artikel Sibling rivalry tu.
Dan ini tips yang ibu dapat dari seorang sahabat juga seorang ustaz.
  • amalkan selalu solat bersama anak2… cium dahi anak2, baca selawat & usap kepala anak2 setiap kali selesai solat.  budak ber3 orang ni memang suka dicium dahi lepas solat.. berebut2.. Smile with tongue out
  • hafal surah yusuf ayat 1-5.. sila hafal yer.. ayat ke4 surah Yusuf dikatakan ayat pengasih. Smile with tongue out
surahyusuf1-5
credit pada ustaz Shahril Aidi
Btw, niat kita sebagai ibu adalah untuk anak2 agar mendengar kata, lembut hati  & mereka saling sayang antara satu sama lain.. walau apa keadaan, tetap ingat pada ibuayah.. caranya, boleh dibaca sewaktu memasak makanan untuk anak2… dibaca semasa membuat air minuman untuk anak2..
Cuma si ibu kena istiqamah amalkannya… tu pasal ibu cakap, hafal dulu betul2.. terkial2 juga ibu menghafal… tak tipu.. kalo tak gigih memang FAIL la..
p/s
kalo suami sedang badmood pun buleh juga amalkan ini… buat le air kesukaan dia.. & bacakan ayat ni.. tapi jangan le terkumat-kamit depan en suami yer.. baca dalam hati jer..  Winking smile niat kita untuk kerukunan rumahtangga, Thumbs up  bukannya nak mengikat hati suami macam orang yang main calit minyak senyonyong tu.
suami2 yang ade terbaca n3 ni.. buleh juga amalkan.. elok kalo si ayah yang amalkan untuk kebaikan anak2 & keluarga.. sebab mengasuh dan mendidik anak2 ini bukan tugas isteri semata2.. bukan apa, suami2 ni kadang2 lupa.. bila dah 5-6 tahun berkahwin & anak dah berderet, jadi terlupa dengan keperluan emosi & rohani anak-anak.
salam kasih sayang buat semua…

>Jom teka : budak ber3 ni sedang buat apa? – UPDATED 7 MALAM

Disember 16, 2010 at 3:22 pm | Dikirim dalam anak-anak, jom teka-teka, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam bahagia dan salam ceria,

Ibu buka semula sesi jom teka… dibuka kepada semua yang singgah blog ni. Dibuka sehingga jam 12 tengahmalam, 16 Nov 2010.

IMG_9415

BUdak ber3 ni sedang buat apa? Boleh teka banyak kali.. no hal punya.. as long dalam kotak komen n3 ni..

Jika ada lebih dari 1 orang yang meneka jawapan dengan betul, undian akan dibuat seperti tekaan yang lepas.
Hadiahnya?  >>> As usual : blog review ya… Open-mouthed smile
p/s :
tadi ter’publish’ list peserta GA teka & menang –> ade saper yang sempat tengok tak.. harap2 xde lah yer.. sebab dah ade buat penilaian kat list tu… huhuuu…
bukan sengaja publish.. tapi terTekan ikon ‘publish’… ibu ni update n3 blog guna Window Live Writer (WLW).. nak tekan ikon ‘save’ terklik publish pulak… kalo ade yang tersempat tengok tu.. diam2 jer lah yer… Be right back
**UPDATED JAM 7.00 MALAM **


BELUM ADA YANG MENEKA DENGAN TEPAT @ SIPI2 PUN BELUM ADA…


BUDAK BER3 NI MEMANG SEDANG BERADA DI PADANG/TAMAN PERMAINAN.. 




TERUSKAN MENEKA… 😉

salam kasih sayang buat semua,

>Karipap gergasi

November 29, 2010 at 8:11 am | Dikirim dalam anak-anak, food and beverage | Tinggalkan komen

>Salam ceria minggu baru…

Kalian breakfast apa pagi ni???

IMG_5575

Plannya pagi ni ibu nak buat karipap besor untuk anak2.. Fikri panggil karipap gergasi.. Open-mouthed smile  Fikri dia ni memang camni., apa sahaja yang dia lihat besor dari kebiasaan yang dia pernah tengok.. disebutnya “gergasi”..

contoh kalo nampak longkang yang lebih besor dari yang biasa nampak kat rumah, dia akan sebut “longkang gergasi”.. walhal tu anak sungai.. bila nampak tasek yang air melimpah ruah, disebutnya “sungai gergasi”… Hot smile

IMG_5577
ni le rupa karipap gergasi… 1 pinggan leh isi 2 biji jer.. kalo karipap saiz yang biasa, leh isi dalam 10-15 biji karipap.

IMG_5578

ni close up view nyer.. intinya telur dan bawang.. untuk anak2 telur kosong jer.. kalo untuk ibu & ayah, sure la ade bawang & hirisan cili api… Smile with tongue out
IMG_5576

Cara makannya… cicah dengan sos lah yer… kalo ade mayonis, lagi mabeles…

p/s :
gambor2 ni dah lama diambil.. jemput makan karipap gergasi…

>Tertunailah hasrat nak makan piza

November 27, 2010 at 8:27 am | Dikirim dalam anak sedara, anak-anak, xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>Salam ceria dan salam bahagia,

Terima kasih Adib Darwisi, kalo tak kerana Adib, tak merasa la maklong nak makan pizza… dari awal tahun dah dok mengidam.. dok minta kat paklong, hmmm, mengharap jer lah. Thinking smile
IMG_9131

Tengok kome.. sampey 5 large pizza…. makan sampey muntah monggek… Winking smile

Asbab nye: 24 NOv 2010 adalah ulangtahun kelahiran Adib yang ke-2.. Hepi 2nd besday Adib… semoga semakin ceria, riang, aktif dan bijak. Thumbs up

Adib & papa nya…

Anis… menumpang tiup lilin.. x penah sambut besday dengan kek kan.. jenuh tiup tak padam2..
IMG_9125
aliya tak mau join tiup lilin.. dia tengok dari jauh jer.. dah dapat belon..
IMG_9136
abg fikri ni memula tak mau makan pizza.. dia cakap tak best.. bila ibu cakap, “sedap ade sosej..”  baru la nak makan.. habis gak 2 keping dia makan..
last but not least,
IMG_9140
Adib dengan busha pant , hadiah tak seberapa dari maklong..
finally,
please welcome Rayyan Darwisi
masa gambar ini diambil Rayyan baru berusia 8 hari

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.