>Setelah 9 bulan berdomain, Bersediakah untuk self-hosting

Februari 23, 2011 at 11:16 am | Dikirim dalam Fikri, self-hosting, statistik | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Hari ni memulakan hari dengan sedikit ‘fenin’ dan gundah..

seawal pagi, opah santan telefon.. katanya Fikri tak mau bangun.. sudah 7.30 pagi dia langsung tak mau bergerak mahupun bangun untuk mandi. nanti lah ibu cerita kan hal ni dengan lebih lanjut.. Fenin juga melayan kerenah Fikri ni, minggu lepas dia balik rumah, minggu ni tak mau balik rumah pulak.. Fenin memikirkan kenapa lah dengan anak jantan ku nan sorang ni.. Ibu dulu, kalo boleh tak mau miss pergi sekolah.. sebab sekolah tu “BEST”… jadi esok & hari2 seterusnya ibu akan berada di Ulu Kinta,.. bermakna ibu tak dapat nak online… huhuuu.. 
Perkara ke dua yang buat ibu fenin adalah isu nak bertukar ke selfhosting ni.
Beberapa perkara yang bermain di fikiran
1. Perlukah ibu back-up blog ini ke url lama http://kakyong72.blogspot.com..??!! kalo perlu, nak kena godek2 cara nak buat…. 
2. kalo dah transfer @ import blog ke selfhosting, which dah semestinya akan menggunakan platform wordpress.. adakah semua komen2 di ID (intenseDebate) masih boleh view untuk n3-n3 yang lama.. 
3. Apakah perkara yang perlu ibu buat @ checklist perlu ada sebelum nak ber’self-hosting’ ni ??? 


hari ni memang plannya nak buat research sikit pasal nak ber’hosting’ ni… jadi jika tak nampak ibu meninggalkan komen di blog kome.. bermakna ibu sedang ‘belajor’ @ menggali apa info yang ada pasal hosting… 
Lastly sedikit update tentang prestasi blog. 20 Feb 2011 genaplah 9 bulan blog ibu ni berdomain.
Bulan lepas alexa rank 359,000++, okay lah jugak kan setelah sebulan .. mencecah juga below 300k… hehehhe… lagipun ibu ni menten trafik 150-200 jer daily… & takde usaha nak kejor seo & sibuk2 nak kejor traffik dengan join bloglist @ join mana2 segmen untuk memfofularkan blog… ekekkeke…. tu pasal kalo ade orang cakap alexa rank ibu lambat naik, ibu sikit pun tak amik ati… yang penting menten & konsisten… 
Pagerank ni ibu baru perasan beberapa minggu lepas.. okay lah kan.. Untuk tahu lebih lanjut apa itu page rank.. sila lah tanya dengan pakcik google ya… 
Jumlah pelawat untuk tempoh sebulan ni… kurang sedikit dari tempoh yang lalu.. kalo tengok graf ade 1 mercu tanda @ puncak tu… sila lah abaikan nya, sebab ibu anggap itu semua pelawat palsu…jadi dari jumlah visit 5941 – 500 = 5441  ini sahaja lah jumlah pelawat sebenar.. 
dan jom tengok siapa dalam senarai top 25… oowhh, yang ibu kotakkan biru tu. sila lah abaikan sahaja.
Terima kasih buat semua yang sudi & selalu singgah ke blog kecil ibu ni… hanya blog seorang ibu biasa, yang tiada bergaji untuk belanja kome makan best2.. setakat berkongsi apa yang tahu sekadarnya… dan terima kasih atas persahabatan, perhatian, kata nasihat, tunjuk ajar… tidak rugi berblog..
salam kasih sayang,
.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: