>Segmen review: no 3 ~ Blog Chekna

Februari 12, 2011 at 8:48 am | Dikirim dalam blog review, blog review 2011 | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Kali ni kita review blog Chekna @ Mama Ziyad. Blog ni simple jer… header nya tak bergambar.. hanya tagline ajer..

*** YOU ARE MY SUNSHINE ***

………….Life is a series of surprises
 
Sudah mula berblog sejak Jun 2006.. lama tu… tapi masa tahun 2006 tu hanya 2 bulan jer… Winking smile pastu sambung balik Oct 2007.. stop lagi.. Jun 2008 mula lagi, tapi dalam tahun 2008 tu hanya ade 9 n3 jer.. Smile with tongue out Tahun 2009 (62 n3) Chekna dah mula ‘warming-up’ dan tahun 2010 (212 n3)  lah tahun paling rajin berblog… Open-mouthed smile  Semoga lepas ini pun semakin rajin berblog.
Blog Chekna ni mainly berkisar kesah Ziyad Aiman.. Winking smile  Don’t miss baca kesah Chekna melahirkan Ziyad.. Tahun ni Ziyad dah nak 3 tahun.. bila nak bagi adik kat Ziyad… ekekkek.. gurau jer yer Chekna, jangan amik ati..
*** selingan di tutup.. sudah ade peneka ***
Selingan… Rolling on the floor laughing Secret telling smile Chekna ni bukan peminat Tok Ti.. tapi kan ade 1 n3 dia  letak gambor Tok Ti.. cepat.. sapa buleh bagi link n3 itu, ibu kasi hadiah…  Gift with a bow  Winking smile  yang pertama jawab dengan betul jer yer.. 1 orang jer..
Okay, kita proceed dengan review blog Chekna
1. Berat blog
Blog Chekna ni senang loading.. antara 1 sebab adalah header yang tidak bergambar.. Winking smile tapi bila ditimbang, ade sedikit berat… blog jer ya berat.. tuan blog nya slim-melim kome… Boleh diringan kan blog ni, kakyong cadangkan Chekna kurangkan jumlah post jadi 2 @ 3 sahaja, instead of 4.
Untuk ringankan lagi.. kakyong syorkan Chekna create 1 page untuk simpan gambor Ziyad yang dalam slide-show tu & juga gambor kahwin kome yang comel-lote tu. Smile
2. Ranking
Hmmm.. Chekna ni dia bukan mengejor rank @ trafik.. sebab dia ni jenis pemalu.. hahaha… perasaan ibu jer la.. rasanya dah setahun lebih juga ibu kenal Chekna ni.. memang jenis yang suka ‘under-cover’.. malu nak glam2.. Smile with tongue out 
Btw, kan ibu syorkan edit sikit template blog supaya lebih mesra SEO.. dan rajin2 ajak kawan2 datang ke blog.. & kena rajin BW juga…
3. Followers
hmm.. tak sampai 100… kome yang baca n3 ni.. jom sesama support Chekna.. Winking smile
4. Layout & template blog
Memang simple & kemas.. tak serabut, & takde widget merapu.. Thumbs up Ibu suka corak bunga melingkar2 tu…
5. Content & label blog..
Memang mudah nak akses n3 lama Chekna ni.. label ringkas & setiap n3 memang berlabel.. Thumbs up 
Kebanyakan n3 adalah ringkas & direct-to-the-point.. kalo ade banyak gambor pun mainly gambor ziyad, gambar aktiviti keluarga & gambor jalan2 makan angin, gambor makan2… Winking smile Actually ada macam2 n3 menarik kat blog Chekna ni.. kome sila lah terjah..
Masa dok godek2 n3 lama blog Chekna ni, terjumpa citer hal rumah Chekna kena ‘pecah-masuk’ (masa ni dok rumah sewa lagi)..  dugaan betul, dah le esoknya nak balik kampung beraya Aidil-Adha.
Sengaja tak letak printscreen label kat sini.. heheh…
6. Lain-lain
Macam takde apa sangat nak ‘komplen’ untuk blog chekna ni… sebab blog Chekna memang ‘clean’.. cuma untuk ‘cantik’kan lagi blog…. ibu high-light beberapa perkara ni.. ni cadangan ibu jer.. nak follow boleh, tak follow pun tak apa..
~ shoutbox : resize kan kelebaran kotak jerit tu.. supaya nampak luas & utilise kelebaran sidebar. Winking smile
~ bloglist : pendekkan ‘show 5 blog’ ajer.. buleh bantu meringankan blog.
~ header : lebih comel kalo ade header.. sebagai 1st impression untuk pelawat .. Open-mouthed smile
~ tambah widget top commentator : sebab Chekna guna kotak komen blogspot, maka kalo ade widget ni, sebagai salahsatu cara untuk menggalakkan kawan2 blog tinggalkan komen, selain sebagai penghargaan… selain tu pelawat yang lain pun buleh kenal pengomen tegar kat blog kita.. Winking smile
~ Blog Archive : setakat yang ibu dah godek2 ni.. jumlah n3 Chekna belum pernah lagi mencecah 30 untuk 1 bulan.. dah lama tak nampak Chekna join contest @ GA.. (sibuk ya…) jadi  tak de la panjang berjela.. tapi jika nak buat jenis yang berscroll bar pun okay…
Red rose ibu ade janji dengan seseorang untuk buat tutorial buat scroll-bar untuk blog archive ni… nanti ade masa ibu buat yer.. sekarang ni rasa macam tak cukup masa jer… hehehhe… Red rose
~ watermark : ade sebahagian gambor tak letak watermark.. ni mesti kes malas nak edit.. jangan malas.. kena rajin2 letak watermark kat semua gambor yang published kat blog.. Winking smile ziyad tu comsem (comel + ensem) , nanti ade orang kidnap gambor dia… Smile with tongue out
Akhir kalam.. ni la dia keluarga bahagia Chekna.. kan betul ibu cakap, comel & slim-melim jer Chekna ni..
Chekna ni orang Kampung Gajah.. suami nya pulak se’kampung’ dengan en ayah, Ulu Kinta tu kira kampung en ayah ler.. sebab dari sekolah rendah dah dok situ… hari tu ade ibu bagi en ayah tengok gambor suami Chekna ni.. respond en ayah kata ‘ohh,, penah nampak.. dia ni geng budak baik2…’.. Winking smile Open-mouthed smile 
Apa lagi.. jom la terjah blog Chekna..

p/s
Hari ni ade undangan kenduri kahwin lagi.. kali ni adik makNgah Miela.. kenduri kat Ipoh jer.. tapi en ayah niaga.. jadi ibu & anak2 kena lah tunggu, kot2 le ade ‘driver’ nak datang amik kami… Tahniah buat Yanty.
Kelebek2 n3 lama, ingatkan ade buat n3 masa yanty bertunang tu.. sekali takde … aiseh… bila tengok kat draft, rupanya n3 tak siap.. ekekekk…

Salam kasih sayang,
.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: