>Akhirnya lemari ku punah diserang anai-anai

Februari 7, 2011 at 8:47 am | Dikirim dalam nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Pagi2 ni nak bercerita hal anai-anai.. setelah hampir 2 tahun tidak mengganas.. ( baca kat citer:  anai-anai menyerang)..  akhirnya anai-anai telah merosakkan 1 lagi lemari kami. Masih di port yang sama. 
Bilik tengah tu memang jarang sangat ibu masuk.. kemas2 pun gitu2 jer.. sebab bilik tu dah merangkap bilik stor dan takde lampu pulak tu.. kalo nak cari barang pun belah siang jer.. kalo petang @ malam, tak kuasa ibu nak jengah bilik tu… sebab jarang di kemas.. dan jarang diamikkesahkan.. maka ntah masa bila anai2 menyerang pun tak perasan.
Penuh dah sarangnya di belakang lemari.. dah tak leh nak guna dah lemari ni.. sayonara lah lemari.. lama juga kamu berkhidmat hampir 10 tahun.. (beli masa bujang dulu).. gamaknya memang dah sampai masa kamu.. 

Periuk letrik gergasi ni makbonda yang punya. Memang makbonda tumpangkan periuk tu kat rumah kami.. sebab kalo ade majlis kenduri ke apa ker.. memang selalu buat kat rumah kami.. lagipun kat rumah makbonda dah tak cukup ruang nak simpan… tahun lepas xde buat apa2 majlis yang perlu nak guna periuk tu.. maka, ibu pun langsung tak jenguk2.. tau2 jer si anai-anai dah bersarang dengan megahnya dalam periuk tu.. tak tau le buleh guna lagi ke tak.. sebab deme bersarang kat bahagian bawah (kat tempat wayar2 tu le)

Banyak juga dokumen2 dalam laci yang sempat dikerjakan dek anai-anai.. semua dokumen lama2 lah.. bil2 telefon, bil air dan statement bank 3-4 tahun yang dulu… buang jer lah semua tu.. simpan pun rasa macam takde manafaat dah.. lagipun udoh tak mandang tempat nak simpan di mana..

Oleh kerana hari tu, 3 Februari 2011 = tahun baru cina.. maka non-ado lori sampah DBI yang datang, maka kami pun ala2 terpaksa buat pembakaran terbuka.. depan rumah jer.. tak la besor mana pun, harap2 idok le mencemar udara tahap max.. (ayat nak bela diri.. ekekkeke)  Kami bakor kertas2 tu jer, itu pun mana2 kertas yang memang dah jadi sarang anai-anai.. cover plastik semua tak bakor.. dalam dok kemas2 tu terjumpa 1 bekas disket… ni semua koje2 lama ibu plus ade gambor2 masa koje dulu.. time 2003-2004 dulu, mana jumpa pendrive.. masih guna disket… ibu simpan jer ler.. tak tau camno nak retrieve isi disket ni.. ade ke lagi orang jual gadget untuk buka disket ni yer… ??!!

Kain baju yang dalam lemari tu.. semua kami pindah @ lambakkan ke katil bilik belakang.. sejak Fikri dah tak nak tidur kat bilik belakang ni, kami buat bilik untuk anak2 main.. konon2 playroom lah.. ni dah rope bilik stor…

Ibu pun ade le cakap kat en ayah, nanti ade duit lebih, beli la storage box yang besor barang 3-4 biji.. senang la nak simpan semua barang2 ni. Dan en ayah as usual, “bior le dulu..”  Adoi la.. kalo bior, camana ibu nak mengemas.. dah le awal bulan depan nak buat majlis kat rumah ni… adoi adoi.. tensi tensi… tak reti nak mengemas kalo takde tempat nak disimpan.

Gitu la alkesah diserang anai-anai…ari tu en ayah sembur ridsect jer.. lobang2 yang ade tak de pulak en ayah kambus @ semen.. Yang sebenornya, rumah jiran kami (2-2 belah) pun nasib macam kami juga… portnya di bilik tengah juga.. Ari tu ade jiran sebelah g risik2 pest control.. kata nya depa nak RM1K+++ mak aii… mahal bebenor.. betui ke macam tu sekali caj nya..??!!

Teka-teka ujiminda masih dibuka hingga tengah malam ni… jom intai2..

salam kasih sayang,
.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: