>Rezeki semalam ;)

Januari 28, 2011 at 9:35 am | Dikirim dalam anak sedara, food and beverage, hadiah contest n giveaway, keputusan giveaway n contest join, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Semalam Nadiah maklumkan pada ibu, yang ibu menang GA Aku Ibu Muda. Alhamdulillah, syukur sangat.. kiranya hari ni dalam sejarah la sebab 3 hari berturut-turut dapat berita gembira.  
Result penuh di SINI :

Ibu pilih blaus yang tengah tu.. belum pernah ade blause yang bersulam manik macam ni…  Terima kasih buat Wani..  
Kiranya sebahagian wishlist ibu untuk diri sendiri dah hampir tertunai.. pasni nak cari kasut pulak.. ade tak lagi GA yang bagi hadiah kasut @ sandal.. hari tu tak berTUAH untuk GA hezesuze.. tak salah kan cari hadiah free yang bergantung pada TUAH..

Semalam si baby Adib & makayahnya singgah ke rumah kami… tengok dah bulat dah baby ni.. ni lagi 2 hari nak cukup 40 hari..

Si Jasni (bapa nya si Adib ni aka adik ipar ibu) nak jumpa dengan en ayah. Ibu call en ayah, tapi en ayah cakap dia balik lambat, pukul 2.30 petang baru nak sampai rumah, sebab nak tunggu tokey kedai nak kutip duit santan. Ibu nak menjamu makan lunch pun memnag takde lauk nak masak, freezer memang kosong. (tu pasal selalu off freezer, bior jimat letrik)..

Si Jasni pun g godek2 lori dia.. tengok dalam peti ikan ade sekor lagi ikan pelotan.. besor juga.. ibu lupa nak snap gambor sebelum ibu siang. Adik ipar ibu ni meniaga ikan dan kelapa. 2-3 hari lepas dia tak meniaga sebab bot tak naik.. jadi ikan takdak la.. Ni pun jengah ke mari sebab antor kelapa ke kedai dekat area rumah makbonda.

ini le kari asam ibu.. refer resepi kat SINI

Alhamdulillah, ikan tu selamat ibu masak kari.. sebab ikan tu besor, jadi ibu masak sebahagian jer.. jadi semalam kami makan kari la.. Adib & makayah nya tak tunggu pun ibu selesai masak, pukul 2 depa dah ber’ansor’ sebab ade urusan lain pulak. Maaf le kome, kali kakyong jamu air kosong jer.. bukan sengaja, tapi memang udoh tak mandang barang yang buleh dimasak.

dan sebelum menutup n3 ni.. nak tunjuk hadiah yang ibu dapat dari Ekin.. terima kasih Ekin… berebut anak2 nak kan pen ni… dah sampai hari Isnin tu.. cuma tak sempat nak snap sebab bateri kamera kong… kemarin dah adik tolong belikan bateri baru, tapi ibu yang lupa nak snap.

dan lastly… ni nak tanya ade tak kome yang ade tersalah trasnfer duit..dah 2 minggu ibu tak semak akaun MBB.. pagi tadi terasa nak semak.. sekali nampak ade fund transfer RM25…

Sebab kan dalam 2 minggu ni memang takde yang menempah apa2 design dengan ibu dan ibu pun takde caj yang seumpama dengan harga RM25 ni.. memang le orang kata RM25 tu sikit.. tapi kan kalo ibu pun tak tahu mana asal usul nya.. dah pasti lah bukan hak ibu kan..!! Kot le ade kome yang tersalah transfer duit ni sila la email ibu.. sebaiknya bagi sekali bukti yer @ resit yang diprintscreen.

p/s
Rezeki GA ke10 untuk Januari 2011.

salam kasih sayang,

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: