>Fikri nak dok rumah opah pulak..

Januari 27, 2011 at 3:56 pm | Dikirim dalam Fikri, pendidikan awal anak | Tinggalkan komen

>.
Salam bahagia..

Sudah hampir jam 3 petang, tapi cuaca di luor memang masih sejuk.. hari mendung.. angin pula bertiup nyaman… Fikri hari ni tak balik rumah, meaning dia tak balik ikut ayah balik ke rumah.. “nak duduk rumah opah” katanya.. 
Huhuuu… merajuk dengan ibu la tu.. kemarin dia siap ‘bungkus’ semua kain baju dia masuk dalam 2 beg ni… sampai kosong la drawer baju dia.. sejak dah sekolah ni, tak leh tersilap cakap sikit.. ade ajer jawapan dia.. Ibu tak suruh & tak pulak larang kalo dia nak dok sana.. tengok ajer lah berapa hari bertahan.. paling lama pun 1 malam jer.. kebiasaan nya lah.. tapi tak tau le kalo kali ni lama pulak.. huhuuu..

btw, 2-2 beg masih elok jer parking tak tepi lemari kecik ni di hall, pagi tadi sengaja en ayah tak bawa.. lagipun kat rumah opahnya memang ade baju2 dia… 
Mainan dia pun habis dia masukkan semua dalam beg besor.. semua nak bawa g rumah opah.. sampai bear, lion, pink phanter semua nak angkut… 
Lewat tengah malam tadi, Anis & ALiya dah punggah balik beg tu.. huhuuu.. time tu abang Fikri dah tidur, maka 2 dara ni pun bermaharajalela la nak main segala aneka-mainan yang ada… 
Ibu ade gak usik Fikri “Mainan dah tinggal rangka dan tercabut semua pun abang nak bawa g rumah opah ker?, simpan kat rumah jer la
Fikri “tak boleh.. semua abang punyer.. ni semua nak bawa rumah opah..”
Sejak dah sekolah ni, kan main garang lagi… aduhai la anak… tak perlah.. elok juga abang Fikri dok rumah opah 1-2 hari.. kalo tak, penin pala ibu asyik ber’gaduh’ dengan abang Fikri jer.. 
Lambat gosokkan baju pun abang ‘ngamuk’.. lambat siapkan bekal air pun abang ‘ngamuk’.. sejak dah sekolah ni, suka sangat mendesak ibu.. mendesak dalam erti kata, kalo dia request, mesti time juga kena buat.. langsung tak consider time tu ibu tengah BF baby (ALiya dah 2 tahun 6 bulan, masih nenen ibu), ibu tengah dalam bilikmandi ker.. ibu tengah buat kerja rumah ke.. kalo boleh dan-dan tu mesti buat apa yang dia nak… adeiiihh.. 
Sampai kan perkataan ‘ sabar‘ ‘tunggu dulu‘ tu dah tak de makna untuk dia.. riso benor dia kalo baju dia tak bergosok, bekas air tak diisi air… ni baru sekolah tadika umur 5 tahun… 
Semalam pun, dia dok ‘hangin’ juga dengan ibu, sebab belah malam baru ibu balut buku yang baru dapat.
Ini dua buah buku yang dapat semalam.. Buku Panduan solat & Mahir tulisan jawi untuk 5 tahun.. cikgu pesan, buku2 ini di balutkan, hari ni kena pulang semula @ letak di sekolah lah semua buku2 ni..  Harap2 buku ni semua memberi manafaat  pada Fikri. 
Malam ni ibu ‘bebas’ sebab tak ade sesi mengajar Fikri. Kalo tak Anis & ALiya ade jer onar depa. Tarik buku abang la, tolak ibu la (tak bagi ajor abang… ni jeles punya pasal la ni)… sejak abang dah sekolah ni, sikap cemburu anak2 ni makin ketara.. yer lah sebab abang dah sekolah kan, jadi abang ade macam2.. malam2 pun abang belajar baca buku.. depa pulak takde buku.. Ibu bagi buku lain, depa tak nak.. nak buku macam abang juga.. bagi Anis baca buku Iqra (versi lama tu), Anis tak mau.. nak yang abang punya jugak…. 
Besor sungguh cabaran nak ‘mengadun’ dan melayan kerenah anak-anak yang semakin banyak & panjang akal ni… kalo tak sabor, issshhh,, tak tau le… yang tak tahan, setiap sorang nak ibu layan deme , pada satu masa yang sama (serentak) atau dengan bahasa lain 3-3 ‘berebut’ ibu sorang… adooii, kalo boleh dibelah 3 tak per lah jugak… 
Takde alasan kan nak lari dari semua ni.. memang kena hadap jugak kan… 
Budak yang merajuk dengan ibu … nanti dah habis rajuk jangan lupa balik rumah yer abang.. buleh tolong ibu kat dapur macam selalu..
p/s
1. Ibu ade menang GA lagi hari ni.. esok lah update yer… 
2. Followers @ Kawan ibu dah bertambah jadi ke angka 700.. jangan riso, ibu akan jejak kome, cuma amik masa sikit yer.. Insya Allah, pelan2 nanti ibu akan update link kome di SINI.
salam kasih sayang,

.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: