>Anak-anak dara ku dapat baju… ibu dapat kain… Alhamdulillah, rezeki..

Januari 26, 2011 at 9:56 am | Dikirim dalam blogger friends, keputusan giveaway n contest join | Tinggalkan komen

>.

Salam bahagia,

Pagi ni Anis tak ikut en ayah.. jadi Aliya ade kawan… sian Aliya, malam tadi Aliya pulak demam.. baru 2 hari kakak takde kat rumah.. tu pun belah pagi jer. Pagi ni nampak dah kebah sikit..

hari ni nak citer yang anak-anak dara ibu dapat hadiah baju dari orang jauh. Jauh di sana.. di UK.. kome mesti kenal punya lah.. Mama Zharfan @ Suzi.. Terima kasih Suzi, hadiah dah sampai pada hari Isnin.

Masa terima parcel ni, berdua dengan Aliya jer kan kat rumah.. maka Aliya sorang jer lah yang excited… bila buka jer.. Aliya terus cakap “nak beri… nak beri !!!”

Baju ni ade button berbentuk/rupa macam buah strawberi.. tu yang Aliya sibuk nak kutil… hehehhe…

“Ini butang la Iya.. bukan strawberi…”
“butang??!! bukan beri ?! “

Tengok lah budak kecik ni.. tak mau tengok kamera.. merajuk.. tak dapat ‘beri’… 
Kakak Anis belum test lagi baju ni… tapi kalo dia tengok suka sangat lah dia.. mesti tak habis memuji la kalo Anis.. “kakak punya ke ibu..?! cantik la ibu… kakak suka….!!!”
Terima kasih Suzi..   u really made my day.. memang ade suarakan pada en ayah, yang t-shirt Anis dah kecik @ muat2 badan.. pesan jugak lah kat en ayah, kalo ade duit lebih tu beli la sehelai dua t-shirt untuk dia, yang murah2 pun tak apa, asal dia ade baju yang selesa di pakai.
updated
ada kad dari suzi.. lupa nak upload gambor masa memula publish tadi..
dan ibu dapat kain??? 
Actually ibu menang GA saya nak kain itu. Alhamdulillah, Lela_farouk yang datang inform ke shoutbox… Terima kasih Lela.. memang masa tu nak check result GA tu.. tengok dah ade yang datang sampaikan berita gumbira… 

Ini adalah kali pertama ibu menang kain pasang.. Alhamdulillah.. akhirnya tercapai juga cita-cita nak buat baju kurung baru… pasni kena kumpul duit untuk upah tailor… bukan tak mau jahit sendiri.. tapi tak reti lagi nak potong & jahit baju kurung..

definitely akan tempah dengan tailor (Che Din) yang biasa.. bertahun dah tak tempah dengan dia. Baju Merah yang dalam n3 kami di red karpet tu, Che Din juga yang jahitkan, actually baju merah tu adalah baju ibu masa bertunang.

Terima kasih SyedaCollection.. anda telah menunaikan salah satu wishlist ibu…    Kome kan kalo nak tengok kain lawo2.. buleh la jengah ke SyedaCollection . harga sangat berpatutan, serendah RM30 sepasang hingga RM60.. cuma susah sikit nak faham jenis kain ni, sebab setiap pasang kain yang ditayangkan hanya diletakkan kod.. jadi tak pasti adalah ianya semua washable Italian silk @ silk biasa.. @ kain jenis lain. Corak2 memang cantik, sedap dipandang mata..

Actually kan ibu tak pasti ibu bakal dapat kain yang mana satu.. sebab tak nampak pulak n3 yang khas untuk hadiah pemenang.

Terima kasih Ya Allah… kadang2 terasa keterlaluan, tiap kali solat memohon diberi sedikit berita gembira, walau dalam apa jua bentuk pun.. sebab hati ni kadang2 lara kan.. jadi asyik dok meminta jer.. selalu meminta pun tak bagus juga kan..

cuma doa untuk hari ni, semoga en ayah dapat bawa pulang 1 pack milo, sebab sudah hampir 1 minggu ni anak2 dok merengek nak milo ajer (sejak minggu lepas lagi).. Fikri dia faham, dia selalu akan cakap, “ayah tak cukup duit lagi.. orang belum bagi ayah duit.. nanti ayah dapat banyak duit, boleh la beli milo…” erkk,  pasal milo pun nak bising dalam blog ke… 

p/s
Rezeki Menang kain ni adalah yng ke8 untuk Januari 2010 2011..

salam.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: