>Semalam dengan Aliya… ade saje projek dia

Januari 25, 2011 at 10:32 am | Dikirim dalam Aliya, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Pagi ni kan ibu betul2 tak de idea nak mula menulis camana… dari jam 9 pagi dok ON lappy, kelebek gambar, kelebek sana kelebek sini.. masih tak tau nak menulis apa..
Itupun sebaik selesai kemas rumah.. bukan la kemas apa sangat pun.. tapi pindah kan semula semua mainan abang Fikri dan dah hampir 1 minggu bermukim di hall.. sakit hati betul.. semak sungguh pandangan mata.. kelmari alih tilam (tilam katil bujang di hamparnya depan hall untuk segala bear, & anak patung tidur) tapi kan main lagi si Fikri ngamuk2.. di bawanya balik tilam dan segala bear, lion, pink panter dan segala patung2 ‘tidur’ balik kat hall.. Pagi-pagi dah selesai ‘posting’ semua ke bilik belakang.. karpet pun ingat nak masuk  mesin basuh.. hahhha ..
1-2 hari ni memang mesin basuh tu kena kerja keras sikit, sebab banyak hari tak basuh kain baju.. sebab sabun basuh nan-ado.. baru jer ahad lepas en ayah belikan. Semalam pun ibu sibuk dengan operasi melipat kain baju.. walau hanya tinggal berdua dengan Aliya, tak leh nak rehat jugak..
Aliya ni bila dah tinggal berdua dengan ibu.. lagi banyak songehnya.. dia main block pun nak ibu tunggu depan dia.. kalo tak nanti dia jerit2.. dah tu lipat kain sambil perhatikan dia main.. sudahnya sampai tengahari (dari jam 10 pagi mula melipat) tak selesai kerja melipat.. kain baju untuk 4 hari tau.. bukan 1 hari punya… 

Ini lah budak yang banyak songeh tu… semalam kan ibu dapat hadiah dari orang jauh.. dari siapa…??!! next n3 lah ibu cerita yer…

Subuh tadi Anis ikut en ayah & abang Fikri lagi… ibu pun tak sedar bila Anis bangun.. Ibu tersedar masa ayah kejutkan abang Fikri.. Ibu tanya ayah, “Anis mana?” Kata ayah “dah masuk kereta”.. amboi, kan main lagi.. Semalam en ayah tak meniaga pun, jadi pagi tu en ayah antor Fikri, Anis pun ikut sekali ke sekolah. Pastu ayahnya bawa pusing ronda-ronda, dah balik semula ke rumah opah, si Anis siap merengek2.. ‘ayah.. kakak nak sekolah’… kata ayahnya dok merengek2 tu sampai tertidur… kat belah Ulu Kinta kalo jam 10 pagi sejuk lagi.. maka si Anis pun tidur dari jam 10 pagi sampai 1 tengahari.
hari ni pun en ayah masih tak meniaga, masih tak dapat stok kelapa.. minggu lepas dapat stok kelapa yang tak lemak.. rugi jer lah.. niaga balik modal jer.. Ibu pun kena get ready la… hari-hari yang mana nanti kami cuma akan ngadap nasi+kicap jer… kalo nasib baik, dapat la makan nasi+kicap+telur.. kalo rezeki ada hasil dari en ayah mancing, buleh la makan ikan… Stok barang dapur pun memang dah susut.. tak payah la ibu sebut, nanti kome tak percaya.. btw, hal ni dah ON & Off for the past few month.. 
NI lah antara kerja si Aliya semalam.. siap nak pakai tudung la… hahahaha.. pakai tudung tapi seksi.. tu pasal snap dari atas… cover sikit bior nampak kaki sikit jer… 
nak tau apa lagi ALiya buat semalam… ibu nak habiskan lipat kain… ingat kan dia main kat laman.. cari2 tak jumpa.. ibu ni kalo tetiba tak dengor suara anak-anak.. memang kena cari depa ni.. sebab kalo depa DIAm tu maknanya ade lah Projek RAHSIA… 
ibu mengendap diam2.. snap foto ni.. dia buat dek jer.. amboi kan main rajin lagi nak tolong ibu basuh pinggan-mangkuk.. ade sikit ibu tak habis basuh. dah asyik dok melayan dia jer.. terpaksa la tinggal kerja basuh pinggan.. dok layan dia kat hall.. 
sebelum ni Aliya pun pernah buat projek rahsia ni dengan kakak Anis.. sampai banjir2 la dikerja kan depa berdua.. nak marah pun tak jadi… bila ibu cakap .. “Iya buat apa ni?” ” Aye nak tolong ibu..”    
kecik2 ni rajin pulak nak tolong macam2… 

siap panjat atas tong beras lagi.. tong beras ni masa ade isi, okay lah.. kalo time beras dah tinggal sikit,  mau tak stabil, leh bergoyang dibuatnya. 

 ni gambor sebelum dia buat projek kat sinki… nampak tak tilam kat belakang tu.. tu lah tilam dah ibu dah ‘posting’ ke bilik belakang.. hari ni lega sikit sebab hall dah tak semak.. buleh la bersihkan habuk kat celah2 mana yang patut.  
lastly… ibu plak nak interfrem… huhuuu.. teruk nya muka ibu.. naik jerawat pasir… bukan apa dah berbulan takdak pencuci muka.. lepas mandi ibu guna bedak sejuk jer.. tu pun kadang2 buat, kadang2 tak.. kalo ibu cakap ibu pernah cuci muka guna sunlight.. nanti ade yang tak percaya pulak.. tapi kan kalo dah terdesak, apa2 pun buleh, janji tujuannya adalah untuk menghilangkan ‘minyak’… 
hari tu masa awal tahun, ibu ada try pencuci muka SK II… opahsantan yang punya… huhuu… sedap pakai tu.. muka pun rasa bersih.. bau ros pun wangi… lepas wuduk zohor tu pun masih terasa bau wangi ros tu… tapi kan, bila ibu google… mak aiii… mahalnya… 
Yang mahal tu sebab harga pakej… tapi kan betui kan 20g tu RM15.. ade ke sesiapa boleh tolong confirmkan.. buat masa ni masuk dalam wishlist dulu lah… 
sekian, n3 hari ni yang terlambar dipublish.. Aliya asyik kacau jer.. sampai tertangguh 2-3 kali.
.
.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: