>Tinggal berdua ajer dengan Aliya.. Anis ikut ayah & Abang Fikri

Januari 24, 2011 at 8:57 am | Dikirim dalam Anis, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Pepagi ni terasa sunyi pulak rumah… Anis ikut ayahnya sesubuh hari tadi… sejak dari minggu lepas lagi nak ikut abang ‘pergi sekolah’. Tiap pagi bila bangun pagi mesti nangis mendayu-dayu.. sebab ayah tak bawa dia.. 
Kakak chor yang perahsan dah besor.. nak pergi sekolah macam abang jugak. Malam tadi dia pulak merengek suruh gosokkan ‘baju sekolah kakak’. Selagi tak dibuat selagi itu lah dia dok merengek.. “gosok la baju sekolah kakak. Kakak nak sekolah. “
Mau tak mau, gosok jugalah sepasang baju kurung untuk dia. Pastu gantung kat sebelah baju abang. Dah nampak tergantung baru la senyum lebor kakak chor, baru le ade mood nak tidur. Tapi dah hampir jam 12 tengahmalam tu dia rupanya tak tidur lagi, dia merengek pulak.. 

“Ibu.. beg sekolah kakak mana?” 
“Ada..”  Ibu tunjuk kat dia beg warna pink yang maksu enon bagi.. beg tu actually isi baju2 dia jer..
“Mana?!”
“Ada… ibu dah letak kat tepi beg abang..”

Ingat kan dah diam.. dok merengek lagi… excited kot.. yer la sebab kali ni ayahnya sungguh-sungguh janji bawa dia… 
Sudahnya ayahnya yang naik suara “Kakak… tidur..!” Pastu baru la diam dan lena.. 
Yang sangat tak tahan tu, jam 5 pagi tu bila ibu kejut dia terus bangun, turun katil dan nak ke kereta. Sampai ibu nak pakaikan baju pun dia refuse.. anak2 ibu ni semua pesen tidur tak pakai baju… huhuuu...pastu siap dia pulak yang kejutkan abang bangun…. 
Ni gambor snap semasa balik dari main di taman… sengaja ikut jalan lain, sekali terserempak dengan public phone.. si Anis pun apa lagi… “nak cakap, cakap”..
Kalo ikutkan baca ABC, Anis ni memang tak lancar lagi.. tapikan punya lah gigih dia hapal apa yang abang belajor… yer la tiap2 malam ibu ajor abang baca buku.. dia pun menempel juga. Jadi bila ade masa2 tu, Anis akan ‘baca’ la.. 
“A – a yam – Ayam”  tapi tahu yang ini ajer lah.. dia ulang-ulang sesuka hati dia… kalo ayah dia ade, dia cakap la.. “kakak pandai kan ayah.. kakak dah boleh sekolah kan”
Beberapa hari selepas abang sekolah, ibu ade lah cakap.. kakak kecik lagi , kakak belum boleh sekolah..

Kakak b*rak pun ibu cebok. Orang nak sekolah kena cebok sendiri, pastu tak leh sampai basah kuyup.. nanti baju sekolah basah.
Kakak makan pun sepah2 lagi. Orang nak sekolah kena makan elok2, tak leh sepah.. kena makan habis, tak buleh buang-buang.
Kakak takut mandi pagi, kakak takut sejuk. Orang nak sekolah kena mandi pagi-pagi. 
Kakak comot.. kakak suka main kat luor tak pakai baju. Kakak main kat luor tak pakai kasut.
Dan 3 minggu sejak abang sekolah ni, Anis memang training sungguh-sungguh.. sungguh meng’improve’kan diri dia… semua yang ibu cakap pasal kakak ni, pelan2 dia buat semua sendiri. Bangun pagi terus nak mandi.. kadang2 tu sejuk sampai ketor-ketor.. tapi gigih jugak dia. Main kat lur rumah, siap cari selipar dia.. kalo ibu terperasan, dia cakap la.. ” Ibu kakak pandai kan, kakak main pakai selipar”
Yang tak tahan tu asyik puji diri sendiri jer… dia membuang air besor pun, siap cebok sendiri.. nak flush sendiri… bila kuor bilik air baju basah sikit jer.. dia puji lagi diri dia ” Ibu, kakak pandai, baju tak basah”..
Jadi, oleh kerana semua kesungguhan yang ditunjukkan kan tu.. maka ayahpun akur jer lah.. bukan le antor g sekolah.. cuma bawa ikut ke rumah opahsantan pagi2 tu jer. 
Anis pun dah siap kawtim dengan opahsantan.. dia sendiri buat ‘deal’ dengan opahsantan. 
“kakak nak dok dengan opah boleh?”  ni dia tanya opah minggu lepas.. Opahsantan dah tak koje, sebab jaga Rayyan & Adib,
“boleh ke opah, kakak dok dengan opah”  maksud Anis, pagi2 dia ikut ayah & dok dengan opah.
Opah pun jawab “Boleh lah.. Anis tolong jaga Adib tau…!!”
Punya lah kan main seronok.. akhirnya tercapai cita-cita kakak chor..
Ibu lah pulak yang rasa sunyi.. sebab selalu ade jer suara dia merengek pagi-pagi.. Tak apelah.. lagipun bila Anis dah ikut ayah ni, boleh la ibu mulakan misi ibu yang asyik tergendala jer..
Jadi pagi ni kami berdua jer… sunyi plak rumah.. mujur le ade kicauan burung yang singgah makan nasi lebihan semalam..

p/s
menaip di pagi hari, dah hampir jam 9 pagi.. tak sempat dah nak touch-up n3 dgn smiley…

.
.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: