>Update Fikri : 3 minggu bersekolah

Januari 23, 2011 at 9:26 am | Dikirim dalam Fikri, pendidikan awal anak | Tinggalkan komen

>Salam bahagia dan salam ceria,

Memula, jom tengok gadjet @ barang2 sekolah Fikri. Tumbler transformers dan beg sekolah transformers ni Makcik kesayangan Fikri yang belikan… Terima kasih Ekin, semoga dimurahkan rezeki dan cepat2 kahwin… 

NI buku teks untuk pelajar 5 tahun… cikgu bagi bawa balik untuk dibalut jer.. pastu simpan kat sekolah.. lepas bulan Jun 2011 nanti baru boleh bawa balik rumah. Bukan apa, cikgu nya riso nanti buku takde rope buku…. lagipun sekarang ni belum tahu membaca lagi kan..

Buku latihan ni pun tinggal di sekolah, cikgu bagi bawa balik 1 hari jer untuk dituliskan NAMA… buku Qiraati ni memang selalu ade dalam beg.. hari2 selepas maghrib Fikri akan baca ni dengan ibu.

Kaler pensel pendek tu ayah belikan, atok santan belikan lagi kaler yang panjang.. jadi ade 2 la kaler Fikri. Anis & Aliya nak sentuh pun tak boleh… “Semua ni abang punya..”  Bekas pencel transformers tu pun Makcik kesayangan Fikri juga yang belikan… Fikri tak kenal Ben10… Fikri memang obses dengan Transformers.. kalo main block balik2 dia buat robot transformers.. lain takde…. siap request ibu belikan robot Transformers.. “Iyer la, kalo ibu ade duit, ibu belikan lah untuk abang… okay!!”
hensem kan saya..!!!
UNiform sekolah baru dapat pada minggu ke3.. rasanya kena tempah 1 pasang lagi.. tailornya pun sebelah rumah opah santan jer. 
Sejak dah sekolah ni, Fikri perahsan dah besor. Dia siap cakap kat ibu, “Ibu tak leh rotan abang dah.. sebab abang dah sekolah”… amboi… macam tu ka.. “Kalo abang tak dengor cakap ibu, ibu rotan jer… “ ‘Tak boleh…. nanti cikgu marah”
La ni apa2 pun semua “cikgu cakap”.
1. “Ibu.. cikgu cakap sebelum makan kena basuh tangan dengan sabun” 
walhal sebelum ni, jenuh ibu pesan, sebelum makan basuh tangan, tapi Fikri selalu je jawab.. ‘bersih lagi la ibu’ ‘tadi abang dah basuh dah’.. macam2 alasan diberinya.. mujur la dah sekolah, terima kasih cikgu.. kalo tak berperang nak suruh anak sorang ni basuh tangan sebelum makan .
2. “Ibu.. cikgu cakap masuk bilik air kena pakai selipar ” 
Hal ni., kat rumah kita takde selipar.. huhuu… selipar yang ibu guna untuk solat pun anak2 dah bawa main ke luor rumah… 
3. “Cikgu cakap budak laki main lari-lari pastu tendang bola. Budak perempuan tak boleh main lari2 tendang bola”
Owhhh… itu main bola sepak lah abang. Kat rumah kami takde bola, jadi Fikri ni memang jarang @ senang cakap… tak reti main bola. Dulu ade beli bola.., pastu hilang gara2 anak jiran. Sudahnya, ayahnya malas nak belikan lagi.  
Lain2 perkembangan terbaru :
1. Bacaan doa makan yang sudah hampir lancar.. kalo Aliya yang baca doa, cuma keluor “humma bariklana”
2. Sesekala terdengar dia recite 1-2 baris surah AlFatihah.. tu pun sambil dia main2.. bila ibu nak ajar dia.. dia cakap, “cikgu jer yang ajar abang”  Ibu pun tau la ajar abang… ishh.. ni yang nak majuk ni.. asyik2 cikgu jer.. ibu pun pandai juga ajor abang tau… 
3. Setiap malam, kalo dia tak nampak ibu ‘iron’ baju sekolah dia, sure melalak punya.. lagi tak buat selagi tu lah dia kan desak.. “cepat la ibu.. cepat la ibu”
4. Setiap hari bangun jam 5 pagi sudah tak jadi masalah.. sebab nanti masuk kereta dia akan tidur semula..Boleh kata la ni memang excited lah nak sekolah.
5. Hari2 setiap malam akan baca buku & ulangbaca Qiraati.. siap minta kalih yang baru.. walhal yang awal2 pun masih sangkut2.. 
Part yang lucu masa memula Fikri baca buku… “A, a – chicken”  dalam muka surat tu ade huruf A besar.. pastu sebelahnya gambar ayam… 
bawahnya pulak huruf 1, gambar ikam.. Fikri pun dengan confident baca huruf & gambar ” I – fish” .. haa sudah.. ini abang baca gambar kot BI pulak.. ni buku Bahasa Melayu, abang kena lah baca ikut melayu… 
sekarang ni baru dah betul ” A- a yam – Ayam”   
sekian, perkembangan Fikri setelah 3 minggu bersekolah… 
.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: