>Pulut kuning vs menukar nama anak

Januari 21, 2011 at 9:50 am | Dikirim dalam anak jiran, pendidikan awal anak | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Masa dok di kampung dulu, memang kerap ajer didengar cerita, si polan & si polan menukar nama anak atas alasan >> nama tidak serasi, kalo baby asyik ajer menangis, perangai anak yang teramat nakal… dan sebagainya..
MInggu lepas, jiran kami menghantar sepinggan pulut kuning.. kerana menunaikan hajat menukar nama anak. BUkan saja2 nak ditukar tetapi atas nasihat orang alim >> menurut kata jiran la.
Jika diikutkan spec nakal si anak jiran ni… memang dah masuk dalam kategori tak makan saman habis.. pernah suatu hari si anak bermain di rumah kami. Ni Fikri lah yang ajak main, sampai masuk dalam rumah. Mamanya yang berdiri di luar padagar rumah kami memanggilnya balik. Boleh si anak menengking (baru 7 tahun masa tu), ibu yang dengar pun rasa nak luruh jantung. Mujur la rumah kami ni tiada almari hiasan yang penuh dengan barangan kaca.. kalo ada, mau berkecai agaknya… (melampau betul imaginasi ibu  Smile with tongue out )… 
 
dan terdapat banyak lagi lah insiden yang ibu sendiri tak leh tahan & ibu pun dah banyak kali juga menegur si anak jiran dulu. Pernah dia ni punya perangai suka mencampak kasut @ segala barang ke bumbung rumah.. Sampai en ayah kena memancing la barang2 tu dari bumbung rumah.
Masa en ayah tengah mancing barang2 di bumbung ni.. anak jiran tu siap menyorok dalam rumah.. takut juga dia… dengan bapa nya & bapa2 orang dia reti takut.. tapi kalo dengan mama dia atau mak2 orang lain, dia buat langsung buat tak tau… 
Dan ade le few insiden lagi yang memang buat ibu tak bagi dia masuk ke rumah.. cukup la hanya bermain di laman jer.. bukannya apa, bukan sedikit barang di rumah kami yang pernah dirosakkan.. memula sebab ingatkan budak, tapi lama kelamaan kita sendiri tak boleh tahan. 
Agak2 kalo kome jumpa dengan budak degil dan tak mau mendengar kata & suka pulak ajar anak2 kita merosakkan barang2 di rumah, selain tak pandai nak hormat orang… apa kome nak buat..??!! 
Kadang2 terpikir juga.. gamaknya anak jiran ni ade ADHD kot… 
salam kasih sayang untuk semua,
.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: