>Fikri di hari ke2 sekolah

Januari 12, 2011 at 8:06 am | Dikirim dalam Fikri, pendidikan awal anak | Tinggalkan komen

>

*n3 ini penuh dengan gambar, harap maklum *

Salam bahagia,

Amik masa sket nak update al-kesah Fikri ke sekolah ni.. ini hanya sebagai rekod peribadi, pengalaman pertama antor anak pertama ke sekolah tadika @ taski.
Ini lah sekolah Fikri.. Winking smile  Ia adalah rumah asal RPA (Rancangan Perumahan Awam) Ulu Kinta, yang diubahsuai menjadi taski. Hanya ada 2 kelas sahaja.. 1 kelas untuk pelajar 5 tahun dan 1 kelas lagi untuk pelajar 6 tahun.

hari ke2 tu sampai agak lewat, sebab nya ibu antor Fikri naik car-ki (baca : jalan kaki).. tak la jauh mana, tapi berpeluh ketiak la juga, dalam 10-12 minit.. mujur la pepagi hari nan damai. Ditambah si Aliya nak ikut juga, tak mau dok umah opah sebab Adib pun belum bangun lagi. Maka terkedek2 la ibu & budak ber3 ni berjalan kaki. Smile with tongue out
Dah sampai kelas, Fikri langsung tak mau masuk..masa tu cikgu nya tengah bercerita sambil menyanyi lagu Gajah.. Winking smile 
Cikgu pujuk pun tak berjaya.. dia mengeraskan badan sambil kaki nya bagai di’gam’ di lantai. Tak tahan betui kalo Fikri buat pe’el macam ni. Kalo pergi rumah orang kali pertama & dia tak kenal orang tu, pun dia akan buat pe’el macam ni. Firki & Anis memang 2-2 ade pe’el ni.. Aliya tak pulak..
Anis yang setia teman abang.. actually Anis tu nak masuk kelas.. ibu cakap tak payah.. tu yang buat muka macam tu. Fikri pulak dok tarik tangan Anis ajak masuk sama.. penakut betul la abang Fikri ni..
Akhirnya ibu berjaya pujuk Fikri masuk kelas.. tapi mulut kan main muncung.. Nampak kat belakang budak baju putih merah (anak polis) tu tengah melalak sebab dia tak nampak mak dia kat depan muka pintu.. tu yang buat Fikri lagi cuak. Mak budak tu terus balik bila dia nampak anak dia dah mula beri perhatian pada cikgu. Winking smile
Kata si cikgu, situasi ni memang dah biasa untuk minggu pertama bagi kelas 5 tahun… tapi letih juga ibu tengok cikgu tu melayan karenah dan memujuk budak yang meraung tu. Jadi cikgu ni harus ada sifat kesabaran yang tinggi. Tak silap nama budak tu Iman. Mak dia dari luor dok suruh anaknya duduk dengan suara tegas sekali. Kata maknya abang nya dulu senang jer. tak nangis, siap suruh mak nya balik lagi… Open-mouthed smile

Ade sorang lagi budak ni (anak polis jugak) – rujuk anak panah pink tu, berbaju coklat – dia menangis dari mula dia perasan mak dia takde, sampai la nak balik… sampai basah kuyup sapu tangan. Memula budak ni berlari kuor kelas.. cikgu pujuk macam2… yang budak ni ‘nak ummi, nak ummi’.. at last cikgu berjaya bawa dia balik masuk dok dalam kelas, tapi sampai ke sudah dia teghoyak ‘nak ummi, nak ummi!!!’.. 
Dalam pukul 8.45 pagi tu, lepas tengok Fikri dah mula beri perhatian pada cikgu, ibu pun pelan2 angkat kaki.. actually tak balik pun. Singgah bawa Anis & Aliya breakfast kat kedai tepi simpang.. lepas setengah jam ibu bawa Anis dan Aliya jalan2 tengok kawasan.. RPA ni kira macam kawasan kampung juga.. 
Nampak angsa.. punya lah seronok Aliya & Anis.. selalu tengok dalam tv jer kan.. siap nak g rumah orang plak… huhuuu… tengok dari jauh jer la…
Dalam jam 9.40 pagi, ibu sampai balik ke sekolah.. kejap jer ronda2 jalan kaki dengan budak ber2 ni.. nampak la burung, ayam, ayam kelok2 @ ayam belanda, katak..  nampak tak Anis bawa bekal kuih untuk abangnya.
Si Fikri sebaik nampak Anis datang, dia terus keluor kelas dan tak mau masuk dah.. siap usha ayam kat rumah orang sebelah lagi. Cuba tengok dalam gambor.. sapa yang sibuk masuk kelas, siap duduk berlunjur tepi pintu lagi… kan main seronok lagi Anis dengor cikgu bercerita.. yang si abang acuh tak acuh jer… 
Time nak balik pelajar lain siap beratur (dengor & ikut arahan cikgu), yang Fikri ni buat derk jer depan pintu.. tapi ibu paksa jugak dia salam & cium tangan cikgu sebelum balik. 
p/s
nantikan sambungan hari ke3 Fikri ke sekolah.
salam kasih sayang buat semua,
Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: