>Susah pulak nak dapat minyak masak…

Januari 5, 2011 at 6:57 pm | Dikirim dalam isu semasa | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

source gambar : printscreen dari carian google

Kat Ipoh minggu ni dah susah nak dapat @ beli minyak masak.. sesubuh semalam opahsantan dah bising2, “susah beno nak dapat minyak masak…” dan sadis nya memang xde stok minyak masak dah kat rumah opah santan. Kat rumah kami pun ade sikit jer lagi.. bila pesan kat en ayah, jangan lupa beli minyak masak.. terus en ayah jawab “minyak tak ade bu, banyak kedai dah ayah pergi”

kat tempat kalian camana?

Dah kata harga minyak takkan di naikkan.. tak faham kenapa pemborong besar nak tahan minyak masak ni…. Ibu pun lupa nak call kawan yg kerja di tempat lama dulu.. nak tahu status minyak masak sekarang.. seingat ibu sepanjang 6 tahun bekerja di kilang memproses minyak sawit, tidak pernah lagi minyak tak dijual.. sales selalunya menten jer.. so ni dah pasti pemborong besar yang ‘tahan’ minyak masak ni.. pemborong besar ni selalunya “pasaraya besar” dan juga pemborong besar lain… oohhh.. apakah… Smile with tongue out  
kadang2 bukan pemborong yang sorok, tapi peniaga runcit sendiri yang tak mau jual,.. bahaya sungguh bila ade khabar angin harga minyak nak naik.. peruncit terus jer sorok barang2 tu, walhal sebelum ni banyak jer kan.. sampai berhabuk botol minyak tu.
Teringat pernah terjadi 1 kes dulu (tak ingat tahun bila , tapi awal 2000 la).. masa tu seingat ibu, terjadi beberapa kes.. permintaan terlampau tinggi.. sampai 2-3 lori 3 tan tunggu kat kilang.. sampai production kena kerja lebih masa. Pastu lepas 3-4 kali, still jadi macam tu.. last2 management decide, production as usual.. why? pikir logik lah kan.. takkan tetiba jer permintaan meningkat kan, & graf tu lebih dari permintaan musim perayaan.. selebihnya kalian pikir lah sendiri.. Winking smile 
Insya Allah, rasanya tak lama isu ni…

btw, petang ni ibu hangin gak weiihh.. nak masak cucur kesukaan anak2, tapi minyak plak tak mandang… ni yang nak marah dengan depa2 yang suka nak main sorok2 ni…

p/s

jangan guna minyak masak terpakai.. sebaiknya pack terbaik adalah yang dalam botol, bukan yang repacking dalam plastik. Sebab yang dalam repacking dalam plastik ni adalah minyak masak gred rendah. Ibu tak tipu okay, sebab semasa bekerja dulu ibu memang belajar dengan teliti cara minyak diproses dan dengan muka tak malu g meronda ke segala pelusuk tempat memproses tak kiralah minyak ke, margerine ke sabun ke.. 

salam kasih sayang untuk semua,

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: