>Hujan di hari pertama sekolah

Januari 4, 2011 at 8:15 am | Dikirim dalam anak-anak, Fikri | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Pepagi semalam, Anis & Aliya bangun paling awal.. pukul 6 pagi dah bangun dan terus nak mandi. Wajar le Anis & Aliya bangun awal, sebab malam tu pukul 9 malam dah tidur. Kelam kabut juga bila seawal subuh 2-2 anak dara ni dah bangun.. lepas mandikan & siapkan si dara ber2, baru le ibu dapat mandi & bersiap. Itupun Aliya pakat menangis melalak tak hengat.  Sad smile
IMG_9868
2 anak dara yang excited nak mandi sesubuh hari..  Smile  Baju kurung yang Anis pakai tu dari pemberian kakyati NB tahun lepas masih tak leh pakai (besor sikit baju tu), tahun ni dah muat, sebab Anis dah makin meninggi.
Fikri pulak almost 7 pagi baru nak buka mata.. punya  lah susah nak kerah dia mandi pagi.. dia siap bagi alasan, “tak nampak matahari pun”. Aduhai lah anak, pagi ni hujan mana lah ade matahari, dia insist nak tengok matahari dulu. Mula jam 6 pagi tu hujan turun renyai-renyai. Pukul 6.30 pagi, Opah santan pergi kerja dihantar oleh makcik Ekin.
IMG_9874
Dalam tak mau mandi tu, jam 7.40 pagi 3-3 dah siap menanti depan rumah. Kalo hari tak hujan, mau juga ibu heret depa ber3 jalan kaki ke Taski yang terletak berhampiran dengan dewan/balai raya RPA. Tunggu en ayah tak sampai2, biasalah pepagi ni mesti sibuk kat pasar. Mujur le makcik Ekin tolong hantar kan..
IMG_9876
tengah tunggu ibu buat urusan pendaftaran… botol air tu atok santan hadiahkan.. Winking smile
Dah sampai sekolah, Fikri buat muka monyok.. Aliya & Anis yang terlebih2 excited. Hari ni belum mula belajar ni. Kata cikgu Manisah, guru untuk kelas 5 tahun, minggu ni belum mula belajar lagi. Minggu suai kenal jer, maka pukul 10 pagi dah boleh balik. Jika ikut jadual hari biasa, Isnin hingga Khamis 8 – 11.30 pagi, hari Jumaat 8 – 11 pagi. Taski ABIm As-syakirin ni ada 2 kelas aje, 1 kelas untuk 5 tahun dan 1 kelas lagi untuk 6 tahun.
IMG_9878
Kawan sekelas Fikri ada 18 orang semuanya. Hari pertama ni Fikri buat muka cuak sungguh.. pastu dia keraskan badan, ibu suruh dia duduk kat bangku dengan kawan, tapi dia tak mau.. sudahnya bila Anis dan Aliya dah duduk baru Fikri nak ikut duduk sekali… Winking smile  abang yang sekolah, tapi adik2 yang excited kan main… camana ni!!??
ni sebahagian kelas.. baju seragam adalah seperti kawan di sebelah Fikri tu.. nama nya Danish.. heheh.. ibunya yang sibuk nak berkenalan, Fikri buat dek jer… Smile with tongue out  Fikri kena dok depan, heheh.. biasa lah ibu ni kan skema.. apa2 hal mesti nak dok depan..
IMG_9882

si kecik yang hepi dan excited.. terlebih2 dari abang.. time nak balik, si Aliya la yang tak dan-dan nak salam dengan cikgu.. yang si abang buat keras jer…

IMG_9886

hujan renyai2 sampai jam 2 petang masih tak berhenti…

IMG_9887

Anis yang penat pergi sekolah.. sebaik sampai rumah opah santan, pukul 11 lebih tu suap budak ber3 ni makan nasi. Abis makan depa layan magik english kat rumah opah.. sedor2 si Anis dah tertidur atas karpet.. sejam lebih jugak le dia tidur, sampai azan zuhur baru dia bangun.
IMG_9888 
puas anak2 tengok magic english kat rumah opah.. skrin besor, clear pulak tu, sound pulak usah cakap ler…. kalo kat rumah 1/4 dari ni jer.. Winking smile
p/s
1. n3 ni di taip masa di Ulu Kinta (edit sikit tghmalam, autopublish pagi ni).. heheh.. gigih juga angkut lappy walaupun tak leh online… ekekekkek….
2. malam tadi sempat la BW laju2 ke bbrp blog.. Insya Allah, ibu akan balas kunjungan kalian.. sabor yer… hari ni masih tak dpt online mcm biasa.. lewat petang Insya Allah..
3. ade 3 orang yang berjaya meneka ikan tu dengan betul.. tunggu yer.. takdan nak update n3..
salam kasih sayang untuk semua,

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: