>Sembang dengan ALiya pasal baby

Disember 30, 2010 at 1:46 pm | Dikirim dalam Aliya, pregnancy | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Pepagi tadi menjengah blog cikgu Isza.. kebetulan Aliya pun dah bangun.. dia pun sibuk nak tengok sekali, sebab nampak gambor baby.

Tahniah cikgu Isza.. ade cikgu Isza call ibu on 27 Dec 2010… dah ade alamat cikgu.. ntah bila la kami nak sampai sana ni… tak sabar juga nak tengok baby besor ni… semangat tak kome tengok baby dalam gambor ni…? baby boy lahir pada 23 Dec 2010 secara c-sec, berat 4.5 kg.
Sambil ibu baca n3, Aliya pula tengok gambor baby.
Aliya : Ibu, nak baby.. nak baby
Ibu : Eeya nak baby ker?
Aliya : ya (sambil angguk kepala)
Ibu : Eeya nak baby kecik?
Aliya : nak, nak baby..
Ibu : Baby nak susu dengan sapa?
Aliya : Ibu la
Ibu : boleh ke kongsi t*t*k dengan Eeya?
Aliya : boleh.
Ibu : betul ni..
Aliya : (angguk kepala berkali dengan wajah happy.)
Ibu : cukup ker susu?
Aliya : cukup. (dengan confident nya..)
Ibu : … senyum juga… Open-mouthed smile
Ibu sebenarnya belum ade plan untuk baby baru.. sebab sekarang ni fokus utama ibu adalah dalam hal mengukuhkan ekonomi keluarga dulu. Tak mampu rasanya nak mengandung & pada masa yang sama nak ke sana ke mari menguruskan hal kerja.
Masa mengandungkan Aliya dulu pun, ibu selalu jer tak sihat.. berjalan pun macam siput.. hatta buat kerja rumah pun semput2.. Mujur la hanya uruskan Anis jer, Fikri memang kerap di rumah opah santan. Bukan nak mengalah, tapi harus akur juga dengan usia yang sudah menghampiri 40’an.
MUngkin mudah untuk sesiapa jua menjawab, ‘rezeki anak itu ada’ Memang betul, setiap anak telah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Tapi rezeki tidak akan datang bergolek, jika tidak diusaha mana kan dapat hasil nya. Thinking smile
Tolong doakan yer semoga plan yang bakal ibu usahakan mendatangkan hasil untuk kehidupan kami sekeluarga. Amin.

p/s :
esok cuti umum kan.. sonok lah yer, dapat cuti panjang hujung tahun…😉
tapi untuk ibu takde beza apa pun, yer lah dok rumah jer kan.. tak terasa lah impaknya..

1 Jan 2011 kami ade jemputan majlis bertunang lagi di Taiping,

3-5 Jan 2011, mungkin kami akan bermalam di ULu Kinta.. Fikri nak mulakan persekolahan kan… hmm, rasa macam tak bersiaran lah ibu untuk 3 hari nanti.. kalo kat sana ade line tenet, ade la ibu online.. jika tak.. memang sunyi lah blog & tak dapat nak ziarah @ BW dsb..

salam kasih sayang untuk semua,

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: