>Sibling rivalry…

Disember 28, 2010 at 8:45 am | Dikirim dalam anak-anak, keibubapaan | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Anak2 ni ade masa nya depa akan main sama2, elok2 dengan suasana harmoni.. & ibu pun tak le fening.. Angel

Tapi ade masa nya… anak-anak akan bergaduh juga. Sila ambil perhatian yer kawan2 yang selama ni nampak cam okay jer budak ber3 orang ni.. deme ni macam2 adik-beradik lain juga.. dulu tu tak riso sangat bila depa bergaduh.. tapi sekarang ni, memang harus ibu masuk campur untuk leraikan anak2 ni..
IMG_9648

Bergaduh sampai meninggalkan calar macam ni memang harus dihindari… sebab tak mau anak2 pikir, it’s okay untuk sakiti sesama depa.. harus selalu cakap, it’s not okay sakiti @ cederakan adik. Kadang2 pengaruh berkawan ni pun susah juga. Sebab Fikri ni berkawan dengan anak2 jiran yang dah sekolah rendah (umur 7-10 tahun) dan budak2 tu kadang2 kasar bila bermain.. tolak2 anak orang ke jalan sampai luka lutut, budak tu sikit pun tak rasa takut…
Bercalar kat tepi mata Anis tu ibu memang tak tahu di calarkan dengan apa.. sebab masa tu ibu sedang buat urusan dalam ‘bank’. Sapa kata senang dok rumah ni, nak masuk toilet buat urusan penting pun susah.. kena mandi laju2.. semua urusan dalam bilik mandi memang tak leh nak lengai2 lah.. nanti akan ada kejadian tak diingini.
IMG_9613 
Senjata Anis yang paling ummppp… Fikri memang kalah kalo diserang macam ni.. si Aliya tu tukang tengok.. selalunya Aliya memang akan tolong back-up kakak.. kalo abang pukul kakak, Aliya pula akan amik turn tarik rambut… huhuu  Open-mouthed smile  jom tengok close-up sikit

IMG_9614

memang melalak buleh pecah satu rumah… tak senang kalo ade jer suara menjerit time ibu nak buat urusan di bilik air. Punca bergaduh adalah berebut mainan.. most of the time memang berebut mainan lah. Yang dalam 2 gambor Fikri sibuk pulak nak main bebear dan simba si lion… maunya tak si Anis hangin. Mainan kereta si abang langsung tak mau kongsi dengan adik-adik.. ni nak main bebear adik pulak.. bila si Anis nak amik si abang tak kasi.. apa lagi..
Boleh baca kat sini pasal Sibling Rivalry << klik ni.  malas nak copy paste…
DI link tersebut ada dinyatakan sebab2 punca anak2 bergaduh.. faktor penyebab.. dan cara2 untuk atasi nya..
Sebaiknya : awal2 tu usah masuk campur bila anak2 bergaduh.. kecuali dah berlaku aksi yang boleh membahayakan @ menyakitkan antara satu sama lain.. contoh macam dalam gambor tarik2 rambut ni ler..
Asing kan anak2 ni sehingga depa cool-down.. Anak2 ni cepat je depa cool-down dan cepat jer berbaik & main semula seolah2 tak penah bergaduh.. Thumbs up tapi ade masa tertentu, lambat juga depa nak cooldown.. idok le sampai berjam-jam.
Nasihatkan anak2, bagitahu betapa tak bagusnya tindakan pukul memukul ni.. tak baik sakitkan adik @ abang.. kena selalu sayang sama-sama., main sama-sama… Anak2 ni masa kita/ibu cakap, dia memang diam, angguk.. setiap kali bila ibu kata, “tak boleh buat macam ni, nanti adik/abang sakit” Mana2 pihak yang bersalah tu, cepat jer cakap “MAAF!”.. bila suruh salam @ peluk, tanda dah tak gaduh.. hmmm, ni kena tengok hangin.. kalo dia tak cool-down lagi, usah haraplah nak salam.
Kadang2 anak ni perlukan ruang masa & bermain tanpa gangguan adik2 @ adik-beradik yang lain.. yang ni ibu memang sukar nak arrange.. Pernah dulu letak Fikri dalam bilik belakang, so dia boleh main mainan dia tanpa di ganggu Anis & Aliya.. tapi si dara berdua ni tak leh tengok abang main sorang2, sure nak join punya.. Bila ibu buat aktiviti dengan Anis & Aliya, contoh ajar tulis2 ker, baca ABC kat lappy, dsb.. si Fikri pulak akan tinggalkan mainan dia dan join adik2..
IMG_9628
Tengahari bergaduh.. petang masih buleh main sama2 kat padang… anak2 memang macam ni kan… gaduh2 kejap jer…
IMG_9632
Yang tak tahannya budak2 ber3 ni, kalo depa bersembang sesama depa.. depa akan bahasakan diri sendiri “SAYA” “AWAK”… kadang2 gelihati juga.. kadang2 rasa comel jer.. bahasa standard. Thumbs up
Btw, setiap hari pun ibu masih berusaha supaya anak2 ni tak bergaduh teruk2.. Ada yang kata baik beri ganjaran untuk spend time dengan ibu.. tapi tak sesuai dengan situasi ibu yang 24 jam di rumah & most of the time memang anak2 dengan ibu jer.
Anak2 sangat suka ganjaran.  Thumbs up ibu tak boleh juga nak beri ganjaran yang pelik2 pada anak2.. contoh kalo sapa baik, tak bergaduh, nanti beri itu ke, ini ker. Ganjaran yang melibatkan RM@$$$ ni memang tak leh nak amalkan. Selalu ganjaran yang depa dapat adalah ‘dapat pergi rumah opah nasi lemak” @ “hari minggu boleh ikut ayah pegi rumah opah santan” Cuma pilihan ke2 ni kena tengok mood en ayah ler.. tapi kalo ibu tahu en ayah ade urusan nak amik kelapa ke kat Ulu Kinta, memang amik kesempatan supaya ayah bawa anak2 sekali. jadi tertunai lah janji ibu pada anak2…
Fikri dia suka request “hari ni abang baik, esok ibu kena masak kek @ masak sedap2 untuk abang” huhuuu.. Confused smile  Fikri ni memang suka request nak makan apa, si anak dara ber2 tu ikut jer apa abang cakap.  Selalunya takde lah dan-dan tu granted kan.. ibu kena slow talk juga dengan anak2, nanti ayah beli barang, baru ibu masak @ buat. Bila cakap macam tu., dan2 tu tunggu ayahnya balik, bila ayah sampai jer terus tanya ayah beli tak itu, beli tak ini… Smile with tongue out
Actually ada few tips yang dicadangkan jika kalian baca artikel Sibling rivalry tu.
Dan ini tips yang ibu dapat dari seorang sahabat juga seorang ustaz.
  • amalkan selalu solat bersama anak2… cium dahi anak2, baca selawat & usap kepala anak2 setiap kali selesai solat.  budak ber3 orang ni memang suka dicium dahi lepas solat.. berebut2.. Smile with tongue out
  • hafal surah yusuf ayat 1-5.. sila hafal yer.. ayat ke4 surah Yusuf dikatakan ayat pengasih. Smile with tongue out
surahyusuf1-5
credit pada ustaz Shahril Aidi
Btw, niat kita sebagai ibu adalah untuk anak2 agar mendengar kata, lembut hati  & mereka saling sayang antara satu sama lain.. walau apa keadaan, tetap ingat pada ibuayah.. caranya, boleh dibaca sewaktu memasak makanan untuk anak2… dibaca semasa membuat air minuman untuk anak2..
Cuma si ibu kena istiqamah amalkannya… tu pasal ibu cakap, hafal dulu betul2.. terkial2 juga ibu menghafal… tak tipu.. kalo tak gigih memang FAIL la..
p/s
kalo suami sedang badmood pun buleh juga amalkan ini… buat le air kesukaan dia.. & bacakan ayat ni.. tapi jangan le terkumat-kamit depan en suami yer.. baca dalam hati jer..  Winking smile niat kita untuk kerukunan rumahtangga, Thumbs up  bukannya nak mengikat hati suami macam orang yang main calit minyak senyonyong tu.
suami2 yang ade terbaca n3 ni.. buleh juga amalkan.. elok kalo si ayah yang amalkan untuk kebaikan anak2 & keluarga.. sebab mengasuh dan mendidik anak2 ini bukan tugas isteri semata2.. bukan apa, suami2 ni kadang2 lupa.. bila dah 5-6 tahun berkahwin & anak dah berderet, jadi terlupa dengan keperluan emosi & rohani anak-anak.
salam kasih sayang buat semua…
Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: