>1st time membakar puding karamel guna cara steam-bath

Disember 22, 2010 at 8:13 am | Dikirim dalam food and beverage | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

Periuk yang ibu guna untuk buat kukusan dah tembuk @ bocor.. dok ingatkan en ayah agar beli kan alumunium yang boleh menampal periuk, sampai sudah en ayah tak belikan.

Kaedah steam-bath ni ibu tak pernah cuba tapi pernah baca yang Izan pernah bakar puding roti & butter dengan kaedah ni. Lepas digoogle jumpa camno yang dikatakan kaedah steam-batch ni.. hahahah, jakun.. Smile with tongue out sebab tak pernah lagi guna kaedah ni kan.,..

Jadi bermulalah operasi membuat puding karamel versi steam-bath.. bahan2 tak berapa cukup sebenarnya.. susu tak ade.. jadi bantai le guna susu kambing higoat lagi. Open-mouthed smile

IMG_9523

resepi boleh refer kat sini >> Puding roti caramel.. versi ibu yang simple

Selalu tu buat yang saiz kecil jer.. kali ni buat besor sikit.. kira double the resepi jer..
Untuk kaedah steam-bath ni, ibu masukkan 3 cawan air (rasanya 2 cawan cukup kot) dalam loyang petak & pre-heat oven @ 170C dalam 10 minit.  Then blend bahan2 semua.. tuangkan dalam loyang bulat (ibu punya yang 8 inci jer), sebelum tu buat gula hangus dulu lah yer..
Bila tengok air dalam loyang petak tu macam dah panas, ibu pun masukkan loyang bulat & bakar selama 55 minit.. 40 minit pertama api bawah, next 15 minit api atas bawah. Hasilnya….
IMG_9524

NI ler hasilnya selepas dah disejukkan dalam peti ais (at least 1 jam) dan diterbalikkan.
Jemput makan…
IMG_9525

Actually anak2 tak berapa sangat melayan puding ni.. depa ni kurang suka makanan yang lembik2… memang ikut belah en ayah, adik beradik en ayah pun tak berapa favor puding ni.. berlawan sungguh dengan adik-beradik ibu… pantang ade, habis depa sapu bersih.
Sudahnya, 1/4 bahagian bagi pada jiran.. 1/2 bahagian anak2 makan, 1/4 bahagian ibu sorang jer yang melantak…. erkk, bukan le sekaligus ibu adap… tapi tu ler.. tau2 jer dah licin. Smile with tongue out

salam kasih sayang buat semua,

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: