>Bubur Asyura & cucu baru makbonda

Disember 21, 2010 at 8:49 am | Dikirim dalam anak sedara, food and beverage | Tinggalkan komen

>Salam ceria,

Hari Ahad lepas kami mendapat berita, MakTeh Ani dah bersalin. Kali ni dapat anak lelaki juga… 4 la dah hero MakTeh Ani…

IMG_9542

Ini lah dia, Muhammad Adib Ammar, lahir pada jam 7 pagi 18 Dec 2010 bersamaan 12 Muharram 1432H, dengan berat 3.4 kg…. besor kamu ni Adib… Winking smile 
Masa kami sampai, si Adib tengah tidur tapi kejap jer lepas tu dia dah nangis… teghoyak kan main lagi… mujur la pitching tak tinggi macam Aidil.. sian, rupanya pagi tu deme ke spital lagi sebab semalam tu misi lupa nak bagi jab rubella… adehh, sian si Adib, dok teghoyak sebab tangan sakit ya… Sempat le ibu susu kan dia.. sebab susu ibunya tak berapa nak kuor lagi… Smile with tongue out  Geram plak ibu tengok dia cam tak puas nyusu jer… (apakah ini….????, teringin nak beranak kecik lagi kah…. Winking smile)
Masa ibu susukan Adib, Aliya tengok jer sambil buat muka tak approved, tapi takde la memberontak ke apa.. sebab kami jarang ke rumah MakTeh Ani. Anak2 ni bila jarang ke satu2 rumah tu, mula la buat sikap STONE. Dok diam, tak mau cakap.. main observe sekeliling jer.. lepas dah kenyang makan, deme ajok balik…

IMG_9548

Memang dok meroyan nak makan bubur Asyura.. dapat le jga merasa… makan sepuashati… Rolling on the floor laughing  takde la, 3 ketul jer ibu makan… manis.. tapi supaya tak rasa mengidam.. kalo ikut ati mau abis 1 pinggan ibu kojekan.. Bubur Asyura tu mak mertua Makteh Ani yang buat.. Makcik tu kata sebab kacau dalam kawah tu yang dia hitam, ditambah lagi bila boh buah pisang… ooohh, gitu…
IMG_9546

Chef in the making…. Open-mouthed smileThumbs up  dah buleh harap dah abang nasrul (10 tahun) ni. Tengah dok masak sotong salut tepung… sekor2 sotong tu dimasaknya…  tak susah lah MakTeh Ani sebab walaupun semua hero tapi dah boleh diharap buat koje rumah…
IMG_9547

Abang Muhammad yang pemalu.. siap lari lagi bila ibu nak snap foto dia… Tahun depan akan naik Form 1. Bagus la abang Muhammad tak payah masuk kelas peralihan (tahun 1-6 Muhammad ni sekolah cina).
IMG_9544
Si Akil Iman… gaya apa ni Iman..?! nak kata serban bukan serban. Insya Allah, bakal Al-Hafiz ni.. baru 3 tahun lebih (tua sikit dari Anis) tapi banyak dah pandai hafal surah2 lazim, (ibu ajor abang Fikri AlFatihah pun terkial abang fikri nak sebut.. huhuu) terang hati si Iman ni. Kalo Astro Aosis tu dia punya channel pilihan, jangan sapa kacau…
mamat fikri
Abang Muhammad ni sembang apa lah dengan Fikri… kalo berpesan yang baik-baik tak per… ibu suka…
Salam kasih sayang buat semua,
Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: