>Burung hantu coklat & kek milo

Disember 17, 2010 at 5:14 pm | Dikirim dalam food and beverage, hadiah contest n giveaway | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

hari rabu lepas.. terima kiriman dari seseorang… tengok chop dar Butterworth Penang.. tapi kat sampul tulis Teman Tapi Mesra.. dah pastilah hadiah dari Aini. Terima kasih Aini. Red heart Red rose
IMG_9510IMG_9511
Dapat sekor burung hantu.. tak tau la kat mana nak sangkut  (atau adakah ia sejenis bookmark??!!…) panjang juga tali dia tu…. Winking smile  sticker hijo berpedang tu… buleh tampal kat cermin kereta kot… dan kad kuning tu… buleh buat bookmark..

anis owl

Anis yang excited dapat ‘a-wel’ (sebutan Anis untuk owl)
dan 15 Dec tu kan besday atok, maka gigih jugaklah ibu membuat kek malam sebelumnya… tapi resepi ni pun ibu memandai jer pinda dari resepi asal.. sungguh2 menderhaka. Nyah-Nyah
Susu takde, maka ibu guna susu kambing 1 peket. Telur pulak ngam2 ada 3 biji, tu pun tak berapa nak gred A… hentam sajalah… serbuk koko pun takde, maka guna milo.
IMG_9505
plain jer, sebab memang dah takde bahan yang buleh dibuat hiasan.. buahan pun takde…
Kali ni ibu bakar guna api bawah jer… patutnya 10 minit sebelum cukup masa, kena pasang api atas bawah… tapi terleka dengan mengemas dapur dan melayan anak2 makan.. lagi 5 minit nak cukup masa baru tukor guna api atas bawah… masih tak puashati jugak lah dengan hasil kek ni…
IMG_9508
ni baru keluor dari petiais , macam tak menjadi jugak kan… huhuuu… kek ni actually dia mendap sikit… tapi better la daripada percubaan yang mendap gila2 tu… tak per, akan cuba dan terus mencuba sampai menjadi..
IMG_9509
closer view… ni dah di suhu bilik… nampak le macam bermoist gitu… ekekekke… Open-mouthed smile

IMG_9518

tukang tolong perabih… Aliya ngelat, dia cuma makan/jilat topping jer… Smile with tongue out
IMG_9519

hanya 1/4 yang sampai ke rumah makbonda… ingat nak agih kat rumah jiran sikit, sekali si Aliya dan Anis dah buat cop mohor jari depa atas kek tu… hangin sungguh la…. sudahnya sampai licin deme 3 beradik kerja kan kek tu, (ibu pun join sekali )… en ayah tukang tengok jer.. sebab nya en ayah tak suka kek coklat.. ehh, ni kek milo la ayah…

salam kasih sayang buat semua,

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: