>Oil of ulan to OLAY

November 14, 2010 at 8:28 am | Dikirim dalam nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam ceria,

Terlintas nak berkongsi kesah ibu dan olay sebaik membaca n3 wan anie tentang >> produk Olay.

Sejarah ibu menggunakan produk Olay atau nama lama nya oil of ulan, bermula pada tahun 1990. Masa tu ibu baru jer 18 tahun, budak beringus lagi.. baru nak belajor me’lawo’kan diri… Open-mouthed smile
Masa belajar di UUM, ini lah satu2 nya produk oil of ulan yang ibu guna. Ianya losen yang berwarna pink. Ada yang jenis cream tapi kulit ibu tak sesuai menggunakan jenis krim.
ulan

Jenuh ibu tanya dengan pakcik google.. inilah gambar paling hampir yang ibu jumpa. Lama juga ibu guna ni dalam 5 tahun gitu. Tahun 1997/1998 ibu stop guna, Sebab masa tu keluor isu yang kata produk ni guna plasenta @ uri.
Ibu mulai guna semula pada tahun 1999, sebaik berkenalan dengan seorang sahabat ni, Umm Qayyum yang cukup sensitif dengan isu halal haram. Bila dia kata produk Olay halal, ibu pun terus mula guna semula.
olay1

Mulai tahun 1999 tu ibu guna Olay yang macam dalam gambar ni.. sebab yang losen warna pink tu dah takde jual… Open-mouthed smile Untuk pengetahuan, ibu hanya guna losen pelembap olay sahaja.. pencuci muka ibu tak guna… sebab tak sesuai dengan muka ibu.

olay3

Awal tahun 2000, ibu guna pulak Olay UV white lightening (tak jumpa gambornya).. tapi yang gambor atas ni pun ibu penah guna juga… lama gak ibu guna.

Dalam tahun 2004-2005, ibu guna Olay total effect. Olay total effect ni berevolusi dalam tempoh beberapa tahun dah ade macam2 range Olay total effect ni.


Yang ini pun ibu dah guna.. yang belum pernah guna Olay total effect foundation.

olay4

Sebenarnya dah lebih setahun ibu tak guna apa2 pelembap muka… huhuuu… muka pun menten guna bedak sejuk jer.. Smile with tongue out tapi kalo ade duit lebih, ibu memang nak guna semula Olay.. may be bukan Olay touch of foundation la.. cukup la UV whitening lotion, kalo ade duit lebih leh la beli Olay total effect. Winking smile
Ibu tahu @ ade dengar kawan2 yang tak sesuai guna Olay.. tapi untuk ibu Alhamdulillah, setakat ini memang sesuai dan okay jer. Lagipun dah hampir 20 tahun bersama Olay kan.
Kalo tengok kat link Olay (kalo kome tekan iklan nuff tu ler), produk Olay ni depa bahagikan kepada 3 >> Regenerist, Total Effect & White Radian .. packing pun dah banyak berbeza, memang takde la produk yang awal2 ibu guna dulu.
OlayRegenerist150dpi
Ibu pernah juga guna ni.. best juga.. tapi ibu lebih suka total effect & uv whitening lotion.

olay5

“Dare to make a difference in your skin with Olay”

Open-mouthed smileRed heartRed roseRed rose Ibu sudah bermula 20 tahun dulu… kalian bila lagi…?? heheh… n3 ni hanya rekod & pengalaman sendiri, tiada komisen dari Olay pun. Winking smile Kalo tak sesuai dengan muka, elok jangan guna. Teruskan mengguna produk yang sesuai dengan kalian.
p/s:
masa bujang dulu, ade gak yang tanya rahsia muka berseri & cerah.. xde rahsia, hanya guna olay & bedak baby johnson jer… 
gambar yang dalam signature ni.. gambar terbaru setelah hampir 1 tahun tak guna Olay.. masih nampak berseri tak… ??!! heheheh…. 

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: