>Boleh ker nak menang Iphone ni..??!!

Oktober 20, 2010 at 1:53 pm | Dikirim dalam giveaway n contest join | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

hari ni ibu jengah ke blog Kadwalimatulurus.net.. nampak ini..

top5referraliphone

Nampak ade link blog Mama Zharfan.. yang memang terkenal dan sinonim dengan selalu menang contest.. tahniah buat TOP 5.. semua pun memang blogger hebat yang punya ramai penyokong.
ada 16 hari lagi.. kawan2, sudi2 lah tolong klik pada link SINI ya.. manalah tahu kan dalam tempoh 15 hari akan datang.. ada keajaiban buat ibu.
**(huhuhu… sedang pujuk diri sendiri ni… terasa betapa daku tak ramai kawan maya yang sudi nak klik2… betapa terasa lepas ni tidak akan join GA/contest yang berupa TOP referral lagi… )**

Seperti komen yang ditinggalkan oleh salah seorang blogger :

Saya ni hanya seorang ibu yang tiada pendapatan tetap.. ada bisnes online pun takat mampu untuk servis bil streamyx  dan pusing untuk ambil stok baru. Ni pun dah 2 bulan bil streamyx tertunggak ni.. harap2 dapat cek nuff nanti, boleh la bayar sebahagian bil. (terEMO plak…)

Hanya mini GA tu jer yang mampu ibu tawarkan untuk kalian.. jika ada yang sudi.. sudi-sudikan lah… lagipun ibu ni hanya blogger picisan jer.. orang tak kenal mana pun.. tapi kan ibu bahagia sebab dalam tempoh hampir 2 tahun ni ibu ada ramai (ramai la bagi seorang ibu yang 24 jam dirumah) kenalan/sahabat/kawan yang setia mendengar cetusan hati ibu.. yang rajin memeriahkan blog ini.. yang setia memberi kata2 semangat di saat ibu down.. kawan2 yang darinya dapat ibu belajar macam2 hal/isu/perkara…

better kan daripada ibu tak berblog.. bayangkan jika ibu tak berblog.. mungkin ibu tak dapat nak mencapahkan pemikiran dan belajar pelbagai perkara baru. lebih2 lagi isu/hal berkaitan pendidikan anak-anak dan isu keibubapaan.. juga isu yang berkaitan dengan blog dan macam2 lagi lah.

Terima kasih yer kawan-kawan.. selagi kalian ada, Insya ALlah, blog ini akan terus ‘bernyawa.’ Ibu tak kesah tak menang Iphone tu dah… huhuu…, mengalah sebelum habis ber’perang’ ni!!! Sebab memang ibu rasa macam susah nak ‘lawan’ depa2 yang memang dah terkenal tu… walau hakikatnya ibu masih mengharapkan sedikit keajaiban… tak sudah-sudah mengharap…

p/s
en ayah.. bulan ni kena ikat perut lagi la yer.. simpan la duit sikit utk beli henfon yang murah2 (less RM100).. susah la bila takde henfon.. ibu nak buat payment via maybank2u pun susah nak request TAC.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: