>geng deejay memeriahkan majlis

Oktober 3, 2010 at 1:14 pm | Dikirim dalam xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>salam hari minggu…

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..  

Kenduri kahwin di rumah bibik Nyah pada 19 Sept 2010 memang meriah. Meriah sebab 2 pasang pengantin yang di RAI kan.. bertambah meriah bila ade team deejay ni… depa ni memang pro… semua pandai menyanyi dan melawak.

maaf le yeop.. teman snap time mike tengah nak pekena pengat pisang…

Jangan ditanya geng deejay ni dari mana… sebab ibu memang tak tahu… ibu main snap je gambor deme… ibu suka bukan apa.. sebab deme banyak nyanyi lagu2 lama yang ade unsur lucu.. tapi lagu tu memang lagu yang berkaitan dengan kahwin le..

meriah… ade yang join joget sekali… 
Ada orang tak suka majlis macam ni.. nanti melalaikan.. ade yang kata baik le pasang lagu2 nasyid jer.. tapi ibu bukan le nak letak hukum ke apa.. pada ibu tak salah, bahkan bila ade deejay ni perjalanan majlis nampak teratur.. bila pengantin sampai, ade kata2 aluan.. kurang2 nya ade la yang menguruskan suasana ‘kemeriahan’. 
Nanti ade plak yang ngata belakang, banyak benor belanja guna deejay ni… majlis ni dah 2 in1 kan, double wedding, bab belanjo tu usoh le kita nak nyebok.. 
**hajatnya nak upload video, ade 1 lagu Gadis Melayu yang depa nyanyi kan… bukan lagu Jamal tu.. ni lagu lain.. tapi upload via blogger dah 1 jam.. hapah pun tak mandang… jadi len kali jer lah yer **
Dan ramai juga deejay2 radio yang dijemput untuk menjadi deejay untuk kenduri kahwin. Kalo kenduri di Ulu KInta, selalu juga lah ibu terserempak dengan deejay OBA (Omar bin Ahmad).. ni kalo pendengar radio perak fm tak kenai… memang sajer le komen…
Bagi majlis kahwin yang kurang bajet, masih boleh lantik adik-beradik @ sedara mara sebagai deejay… x perlu nak upah2 orang..
  • siapkan aturcara majlis, 
  • siapkan koleksi CD lagu yang sesuai.. lagu2 untuk pengantin baru.. 
  • jika tiada team kompang.. sediakan CD kompang…
  • maksure speaker berfungsi dgn baik.. 
  • begitu juga dgn radio.. la ni byk org guna MP3 player… sambung jer kat speaker.. 
  • susun atur meja & kipas angin untuk deejay, bior di tempat redup & jauh dari tempat orang lalu lalang.
  • siapkan segala senarai nama yang berkaitan, nama pengantin cthnya, juga tetamu khas… kot2 le ade tetamu dari orang kenamaan.. macam di Ulu Kinta, Dato Husni Hanadzlah rajin juga menjejak kaki…

yang tudung biru tu le bibik Nyah.. paman dah lama meninggal… 

interprem sket budak kecik yang non-stop kojenya makan jer… ni siap goyang2 badan sambil makan, sebab geng deejay tu kat depan meja tu jer…

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: