>Bukan ibu tak ajar makan tangan kanan tapi depa selesa dengan tangan kiri

September 30, 2010 at 9:24 am | Dikirim dalam anak-anak, pendidikan awal anak | Tinggalkan komen

>Salam ceria dan salam bahagia,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Anis dan Fikri sejak dari baby lagi memang lebih selesa memegang objek atau apa jua barang mainan @ mencapai segala yang ingin di pegang dengan tangan kiri. Kalo ibu sua barang pun, tindakan refleknya adalah — depa akan datang ke arah ibu dan sua tangan kiri untuk ambil… 

Hakikatnya, kami (ibu & en ayah) bukan le kidal.. dua-dua kami memang pro tangan kanan. Btw, ibu rasa satu tanggungjawab juga untuk membiasakan mereka melakukan beberapa perkara menggunakan tangan kanan.. contohnya sewaktu makan. 

Setiap kali makan.. selepas baca doa.. ibu harus @ mesti cakap…

“kakak, makan tangan kanan”

anis pulak dia suka jawab… ” yang ini ke.. ini ke ibu.. ” sambil angkat tangan kanan.. tapi time tu tangan kiri dan berlemus dengan nasi bagai.
kadang2 tu dah tengah2 makan.. tetiba Anis tanya.. “ibu.. ini kanan ke bu.. ini ke tangan kiri” sambil angkat tangan yang salah… huhuu..

Anis ni kadang2 bila sambil main guling2, ibu tanya ‘ mana tangan kanan kakak’ betul pulak dia angkat.. tapi bila nak makan jer dia selalu jadi keliru. Kadang2 ibu plak rasa yang ibu kurang mengajar, sepatutnya dalam usia 3 tahun Anis dah patut ingat mana satu kiri dan kanan sebab dah lama ibu ajar @ ibu yang kurang buat aktiviti ulang-sebut & ulang-tunjuk.

Fikri pulak…,
“abang, makan tangan kanan…”  dah kerap dah bagitahu dia tangan kiri tu untuk ‘cebok’ ber*k.. tapi fikri suka menjawab..
” ibu… abang dah cuci bersih-bersih dengan sabun, dah wangi.. abang cuci cuci ber*k dengan tangan kanan”
huhuuu.. so, apa daya lagi nak buat.. kadang2 gelihati jer dengor jawapan dia. At least Anis dia cuba juga untuk makan dengan tangan kanan.. walau pun kadang2 habis bersepah jadinya. Fikri, tak usah harap lah.. dia dah besor… dia buat mana yang dia selesa. So, nampaknya memang kena cari ‘cikgu’ lain untuk ajar @ biasakan dia makan dengan tangan kanan.
Aliya is not a problem.. sebab dia memang pro tangan kanan.
Ibu ade la surf godek sana-sini.. dan jumpa link ni.. Ini actually post yang dibuat oleh seorang ibu yang juga kidal.. nak tau.. check it out ya… Info : kelebihan si kidal
btw, ibu ni kadang2 terasa hati juga tau.. bila g kenduri @ majlis makan-makan ker.. ade le mulut2 yang bisa selamba jer cakap. “la kenapa tak ajar anak makan tangan kanan??!!”.. tapi kalo di kawasan kejiranan ibu ni, Alhamdulillah, ramai makcik2 sini yang tak kesah, bahkan ramai yang cakap “dah dia kidal, dia biasa tangan kiri.. camana nak paksa makan tangan kanan”
but yet.. 1 jer la harapan ibu… walau depa hebat dengan tangan kidal.. tetap nak depa makan dengan tangan kanan.. sebab makan dengan tangan kanan kan sunnah. 

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: