>Demam sakit gigi

September 28, 2010 at 6:54 am | Dikirim dalam nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam bahagia buat semua

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Semalam seharian ibu tak online… demam yang tak leh bangun nak buat apa… huhuuu… setelah sekian lama tak demam macam ni.. akhirnya tiba juga saat nya…. Alhamdulillah, jam 4.30 sebelum subuh tadi ibu dah boleh bangun, walaupun masih ade fenin-fenin.. cuma tak leh berdiri lama2.. tekak masih rasa tak sedap. Jam 5 pagi tadi ibu minum 1 cawan susu kambing suam.. itu jer yang lalu diterima tekak.
malam tadi langsung tak leh nak makan.. habis muntah semua.. terima kasih en ayah & anak2 sebab tolong jaga ibu.. Insya Allah, harapnya pasni ibu sehat. Selepas subuh tadi ibu dah mesin kain 1 round.. ade 1 bakul lagi yang belum selesai. Seharian ibu demam, lebih 24 jam.. haru biru keadaan rumah ni… adehhh..
Kesah bermula pada hari ahad 26 Sept 2010, pukul 11 pagi tu ibu pergi tampal gigi.. gigi geraham yg no 2 dari hujung ade sedikit lobang. (ibu sampai la xde geraham bongsu.. so jumlah gigi ibu bawah ade 14 jer ye).. Semasa ditampal, xde langsung rasa sakit.. tapi beberapa hari lepas memang ade sakit…
Beberapa jam selepas ditampal, sakit nya datang kan main lagi.. berdenyut2… dah le lupa nak minta ubat tahan sakit.. so en ayah petang tu dia gagah gak nak g mancing.. tapi sebelum pergi tu en ayah belikan panadol dan minyak cap kapak.. (semasa menaip ni tangan jadi kebas la plak..)  lepas telan 2 biji panadaol & sapu minyak cap kapak (sakit gigi ni mendesup hingga ke kepala..).. ibu pun rehat.. tertidur le… hampir 2 jam.. jam 4 petang terjaga.. tengok anis & aliya tengah main air kat bilik air… aduuhhh… habis sabun ketul & ubat gigi depa kerjakan… mujur le masa tu sakit gigi dah kurang…
Lepas maghrib, sakitnya datang lagi, berguling2 rasanya menahan sakit.. air mata jngan cakap la… dah makan pandaol pun sakit tak berkurang… sampai lah esok subuh (hari isnin).. dalam sakit tu gagah kan mandi.. lepas mandi terus menggigil.. terpaksalah cari sweater & stokin… telan 2 biji panadol terakhir.. tapi sampai jam 10 pagi.. ibu masih berguling2 menahan sakit.. cesss, ingatkan boleh la menahan sakit seperti biasa.. akhirnya ibu surrender… tapi dalam dok tahan sakit tu.. sempat juga uruskan anak2.. masak jer yang tak daya..
jam 11 pagi, call adik.. then maktam datang.. angkut semua budak 3 orang ke rumah opahnasilemak.. tak lama lepas tu, maksu Ainun datang, dia bawa ubat tahan sakit.. (makbonda yang punya).. hentam ajer lah.. ibu makan 1 biji.. ubatnya halus jer warna oren. Pastu tak lama maksu datang lagi, dia beli panadol actifast.. pun ibu makan 1 biji. Pastu ibu pun melayan kepala.. sedor2 terjaga masa azan zohor.. Alhamdulillah, sakit gigi dah hilang, sakit kepala pun takde. 
Masa tu gigih selesaikan urusan kat dapur.. selalunya jam 8 pagi dah settle semua.. ni hampir jam 1.30 ptg baru nak mula buat.. hanya mop lantai jer ibu tak buat…tetiba tangan jadi sejuk sangat..Pukul 2 petang atok antar balik budak 3 orang.. ibu hanya sempat masak nasi bubur jer.. Sebelum jam 3 petang tu, ibu dah kesemputan… badan rasa sangat2 letih.. sakit semua.. mujur le en ayah balik awal juga sebelum jam 3 dah sampai rumah. hingga jam 5 petang tu ibu terbaring jer.. sakit gigi datang mendesup berdenyut-denyut..
Senja tu, ibu diserang demam sejuk.. habis sejuk 1 badan.. menggigil2… tangan kaki jadi kebas.. dah wrapp dengan 2 conforter pun masih tak hilang rasa sejuk menggigil tu… en ayah sempat lari g pasar malam jap.. belikan nasi ayam untuk anak2.. dan en ayah beli stokin baru untuk ibu… huhhuu, sebab stokin yang ade tu dah basah. Alahmdulilllah, lepas en ayah sapu minyak panas.. kat kaki & tangan ibu.. baru le kurang sket sejuk menggigil.. tapi still sejuk.. ibu terbaring jer.. tak leh nak bangun.. bila bangun duduk pun kepala rasa macam lalok, tak stabil macam orang baru bersalin tu.. walhal ibu tak makan ubat apa pun… tapi memang satu badan sakit.. 
Jam 8 lebih tu en ayah soh makan sikit.. ibu yang masih tak daya nak berdiri ni gigih jugak la turun dari katil… sudahnya tak leh nak telan apa pun.. minum air masak sket.. pastu terus muntah segala isi perut.. dalam masih dok rasa menggigil tu, terpaksa juga masuk bilik air untuk bersihkan diri dan salin baju… sempat lagi lepas tu request en ayah, ibu nak minum air panas. Ingatkan en ayah buat kopi ker.. rupanya dia buat teh.. hmm, hentam jer lah, janji dapat minu air panas.. oleh kerana masa tu gigi masih sakit lagi.. ibu telan sebiji lagi ubat tahan sakit yang makbonda punya tu.. 
Jam 10 malam.. en ayah kerah anak2 masuk tidur… ibu pun tak daya nak buat apa.. layan jer lah badan.. Anis ade gak tolong picit2 kepala… ‘ ibu sakit ke bu??!!’  berkali2 lah dia dok tanya.. ibu angguk jer… aliya plak, sian kat dia sebab dari senja tu tak dapat peluang nak dok dekat2 dengan ibu.. nak nenen dia la, apa lagi… so malam tu dia melekap jer… ibu dah rasa kebah sikit.. cuma takde kudrat jer nak bangun dari katil. Tapi dalam kepala ni dah setting.. mesti boleh bangun.. mesti.. terjaga jam 1 pagi.. ibu gagahkan juga bangun dan berjalan sambil pegang dinding… sampai juga ke dapur.. minum air suam secawan.. masuk balik bilik… adeiii… betul2 rasa fenin @ terawang2… merangkak naik atas katil.. 
Alhamdulillah,, selepas subuh ni ibu dah rasa kebah sikit.. cuma tangan jer ade sedikit rasa kebas-kebas.. mandi pagi ni pun ibu masak air panas… takut plak kalo jadi menggigil2 lagi cam semalam.. 1-2 hari boleh la minta tolong kat adik-mak-ayah tolong tengok kan anak2.. kalo hari-hari… apa hal nya pulak..
sehingga n3 ini ditulis (sebelum jam 7 pagi), sakit gigi dah kurang.. tapi pipi memang masih bengkak.. tak tahu lah nanti datang pulak sakitnya… 
Insya Allah, jika ibu kuat & ade ruang masa nak ngadap lappy.. ibu akan BW.. terima kasih, walau semalam lebih 36 jam ibu tak on lappy.. tapi rekod UV nuff ade juga 80++ terima kasih ya… doakan lah semoga cepat ibu sihat & kuat macam selalu..

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: