>20 perkara anda perlu tahu tentang kakyong…

September 23, 2010 at 1:50 pm | Dikirim dalam nota ibu, tag | Tinggalkan komen

>Salam ceria dan salam bahagia

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Hari ni sesi taaruf untuk ibu @ kakyong…  hehehe.. kononnya le ta’aruf.. yer le mungkin beberapa fakta ni dapat membantu mereka yang baru @ belum kenal tentang kakyong.

  1. Dulu kerjaya saya adalah Akauntan.. saya akauntan bertauliah yang masih (sehingga kini masih membayar yuran) berdaftar dengan MIA (Malaysian Institute of Accountant)… aiseh, sesi jul2010/jun2011 belum bayor lagi ler… 
  2. Pernah menjadi SAHM (betul2 suri rumah) selama 6 bulan , dari Julai 2006 hingga Dec 2006.. sebab company bangkrup… huhuuuu… letih den koje siang malam… akhirnya tumbang juga syarikat itu…
  3. Pada awal tahun 2007, di ajak joinventure membuka perniagaan konsultansi dan perakauanan… saya suka.. suka bangat… saya sibuk sana sini.. tapi sebab business sendiri, tiada tekanan sangat.. cuma nak memuaskan hati klien dan masa untuk melatih staff… 
  4. Saya berhenti berniaga pada May 2008 dan telah sepenuh masa duduk di rumah  masa tu tengah sarat mengandungkan Aliya.. sebab saya tak mampu nak handle sorang2 (partner saya buka opis di KL).. lagi pulak ade beberapa isu dengan partner.. maka saya menjadi WAHM (working-at-home-mommy) dari May 2008 hingga Nov 2008.
  5. Sangat mudah menguruskan masa saat itu, sebab Aliya masih baby.. terbaring jer.. Anis pulak baru nak belajar berjalan (baru 1 tahun).. dan Fikri pulak ayahnya bawa ke rumah opahsantan setiap pagi.. petang baru balik… 
  6. Dec 2008 saya menjadi SAHM semula… adeiii, koje saya banyak mengadap anak2 (Fikri dah tak diantor ke rumah opahsantan) & urusan rumahtangga… ade la job akaun.. tapi kecik bebenor.. dan saya stop amik job, bila masa saya jadi tak terurus dan anak2 mula koyakkan dokumen klien… huhuuuu…. 
  7. Jan 2009.. saya mula berjinak2 dengan dunia blog.. tapi baru bertatih la… 
  8. Saya suka join contest & giveaway blog.. sejak tahun lepas lagi… Alhamdulillah, ade la yang menang.. banyak juga le hadiah yang pernah dapat hasil dari contest dan giveaway.
  9. Tapi saya tak berapa reti nak join contest @ GA yang kena ade slogan… sebabnya saya ni memang susah @ memang tak reti le bab2 nak reka slogan… huhuu… idea tak kreatip..
  10. Saya ni suka menggodek @ belajar sendiri.. pasal blog, html, IT dsb yang berkaitan dengan internet dan dunia tanpa sempadan ni… walau takde asas IT yang hebat, tapi saya belasah jer…
  11. Masa kerja dulu.. saya selalu diberi kerja/assignment yang renyah dan perlu kepada penilitian fakta/details.. saya suka koje camtu.. mengira dan segala maknenek statistik… sebab i just love number…
  12. Saya telah memberi khidmat bakti kepada 3 syarikat (majikan) dalam tempoh 10 tahun bekerja (dari May 1996 hingga Jun 2006). Saya pekerja yang setia tau… hahaaa…. tekan butang naik lift sendiri…
  13. Semasa menjadi bos.. saya adalah seorang yang cerewet.. judgement saya selalunya betul… saya selalu biarkan staff mencabar saya.. sebab saya suka tengok prestasi orang yang mencabar saya.. sebabnya bila staff cabar saya.. cabaran itu akan terletak pada staff untuk merealisasikannya… dan saya memang suka kerja saya membuat penilaian staff pada setiap bulan… 
  14. walaupun saya cerewet., tapi saya beri kebebasan pada staff.. you all nak tunggang-terbalik ke masa opis hour.. itu u all punya pasal, tapi kalo u all fail deadline saya.. penilaian untuk bulan itu adalah ‘merah’… saya beri rule, saya beri kebebasan, u decide apa u nak buat… 
  15. Sepanjang 6 tahun saya bekerja sebagai Akauntan.. meja saya tak pernah bersih dan kemas.. sentiasa menimbun dengan macam2 kertas…. laporan, kerja staff yang perlu disemak, dokumen bank dan macam2… 
  16. Sekarang ni, setelah 2 tahun lebih di rumah.. rumah saya juga tidak pernah kemas.. baru jer sapu lantai, dah ade sampah lain.. baru jer kemas, dah sepah balik dengan mainan anak2.., baru jer mop lantai, dah ade lagi yang tumpah, baru jer semalam basuh baju, hari ni dah menimbun balik… baru jer pagi tadi basuh pinggan mangkuk, tengahari ni sinki penuh lagi… adehhhh…. that’s life kan…
  17. saya tak pandai buat kek… Fail sungguh bab2 baking ni… uwaaa… saya memang kena masuk kelas belajar membuat kek dengan Ummi Noor
  18. Sekarang ni, rutin harian saya adalah sangat penuh.. anda ingat saya ngadap blog jer ke… saya ubah xtvt harian setiap hari.. saya susun aktiviti : menjahit, memotong kain, urus barang untuk kakyong’s shoppe, blogwalking utk blog, BW untuk promo kakyong’s shoppe, mencari bahan tutorial jahitan, ajar anak2 belajar, bermain dengan anak-anak dan list goes on… tu tak termasuk xtvt kerja rumah.. jadi kalo saya tak jawab komen di blog tu, bermakna saya memang tak online… 
  19. Saya suka hargai kawan2 blog yang rajin beramah-mesra di kakyong[dot]com.. sebab itu saya selalu buat GA untuk kawan blog & follower… 
  20. Saya adalah seorang yg bekerja ikut mood… jadi bila mood saya malas.. maka saya bermalas-malasan dengan anak2 layan tengok kartun… tapi selalunya saya tak leh nak bermalasan.. ade jer yang nak di buat.
sekian… ini semua fakta ya… 
Aten.. 
kakyong dah selesai menjawab tag … 

ni foto terbaru.. cik J telah hinggap di muka saya…

kakyong tak tau nak tag sesapa.. sesiapa yang sudi buat, sila lah yer…

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: