>kuih raya terlaris… femes amos versi ibu

September 22, 2010 at 8:57 am | Dikirim dalam food and beverage, resepi | Tinggalkan komen

>Salam ceria di pagi hari..

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Banyak lagi ke kuih raya kat rumah kalian… kat rumah ibu ni dah tinggal bekas jer… huhuuu… tahun ni ibu buat 4 jenis jer biskut raya : Biskut Arab @ bebola kristal, biskut cornflake rangup, tart kurma dan cookies femes amos.
ni le rupa femes amos versi ibu… 

Kebanyakan biskut raya.. anak2 jer yang makan dan ade yang adik2 bawa ‘lari’ .. ikut suka jer depa nak pack & angkut.. heheh… x per.. ibu tak kesah.. janji biskut2 tu dimakan…

so hari ni ibu kongsikan resepi biskut femes amos ni… senang ajer nak buat… macam buat biskut cornflake rangup juga.. ni pun main sudu2 kan jer… tak yah nak di canai2 bagai… paling senang nak buat… ibu kan memang suka kalo masak2 style simple camni..

Resepi asal adalah Dari Dapur Maklang..

250 g butter – ibu guna 1 buku buttercup
1/2 cawan gula perang *
1/2 cawan gula kastor * sukatan ni ibu dah kurangkan.. ibu tak suka manis2..resepi asal 3/4 cawan
2 biji telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat # campur dalam tepung
120g hazelnut potong 8 (ibu guna jenama tesco, 2 peket yg 60g)
2 bekas chocolate chip (kalo lebih pun tak per… the more the merrier..)
1 suduteh esen vanila
1 suduteh serbuk coklat # campur dalam tepung (option, tak letak pun tak per.. just nak kasi warna sedikit coklat)
1/2 suduteh garam # campur dalam tepung

Caranya :
1. Pukul/putar butter dan gula hingga kembang
2. masukkam telur dan esen
3. masukkan tepung, serbuk coklat, soda bikarbonat dan garam.. masukkan sediki demi sedikit
4. masukkan kacang dan coklat chip.. kaup balik sehingga rata semua
5. sudukan kecil2 @ comel2 dalam dulang… ibu buat dgn adik.. adik bulat2 sikit.. macam biskut cornfalke rangup juga.. biskut ini akan kembang.. so sudukan jer comel2.. usah besor2 sangat..
6. preheat oven 180C selama 5 minit.. pastu masak le selama 12-14 minit…

Selamat mencuba.. anda pasti tak kecewa…

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: