>Puding roti caramel.. versi ibu yang simple

September 17, 2010 at 9:25 am | Dikirim dalam food and beverage, resepi | Tinggalkan komen

>Salam bahagia dan salam ceria,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Hari Rabu lepas, kami ade buat makan2 di rumah… takde la apa sangat, cuma makan-makan dengan makbonda, ayahnde, maksu Ainun, makteh Ani sekeluarga & pakcik g-zan serta kami sekeluarga. Menu untuk makan tengahari tu pun simple jer.. ayam panggang (panggang dlm oven jer), pak choy goreng, sup kaki ayam, air asam & sambal belacan. Habis licin semuanya… 

ni jer balance yang tinggal… masa tengah dok hidang tu tak sempat pun ibu nak pegang kamera
Tak sempat nak buat pencuci mulut, tapi sebab makteh Ani aka si makbuyung teringin nak makan puding karamel.. maka, lepas abis sesi makan2 & cuci pinggan-mangkuk, ibu pun buat le puding tu… resepi ibu memang simple jer.. itu pun setelah beberapa kali menTRial n error… 
sekejap jer dah kena rembat… bukan takat makbuyung yang teringin.. rupanya anak2 mak buyung pun suka kan main… 

Resepi ni ibu kongsikan.. khas untuk mereka yang tak ade begitu banyak bahan dan boleh buat dengan mudah… actually kalo compare dengan resepi kak haniliza.. yang ibu buat ni separuh jer bahan2 nya… untuk keluarga kecik, boleh la.. lagipun pengukus ibu ni kecik jer… so bekas loyang yang ibu guna juga kecik.. bersaiz/diameter 6 inci jer… so memang comel jer la, hasilnya nanti
bahan-bahannya :
3 biji telur saiz sederhana
3 keping roti gardenia
1/2 tin susu cair @ lebih kurang 1 cawan 
1 cawan air masak
2-3 sudu makan gula (kami memang tak suka manis)
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung kastard (option)- tak bubuh pun tak per… tapi warna akan lebih kuning/cantik bila letak tepung kastard
3-4 sudu makan untuk buat gula hangus (gula karamel)
caranya :
1. panaskan pengukus.. guna api kuat.. bior cepat menggelegak air
2. untuk buat gula karamel.. masukkan gula dalam bekas & panaskan atas dapur dengan api kecil.. bila dah nampak macam warna keperangan tu.. masukkan air 2-3 sudu.. supaya karamel tu tak keras sangat.. padamkan api
3. roti dikoyakkan masuk dlm blender, begitu juga dengan telur, susu cair, gula, air dan esen vanila.. blend kan… sekejap jer… tak perlu sampai hancur semua.. agak2 dlm 5-10 saat jer… senang bangat
4. masukkan bahan yang diblend ke dalam dalam bekas gula karamel tadi dan masukkan dalam pengukus.. time tu maksure air dah menggelegak.. kukus dalam api sederhana dalam 20-30 minit.
5. bila dah masak, keluarkan dari pengukus.. sejukkan dulu, tunggule dlm 15-20 minit (hari tu ibu nak cepat, sebab pemintaan yang tinggi, maka ibu rendam bekas tu dalam air… heheh, cepat le sejuk).. bila dah sejuk baru terbalikkan dan simpan dalam peti sejuk.. sedap dimakan bila dah sejuk.. tapi yang ibu buat hari tu, tak sempat sejuk dah hampir nak habis dikerja kan…
nota :
ini memang resepi yang simple dimple.. kalo nak yang ade cocktail bagai.. boleh cuba resepi yang di blog kakhaniliza

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: