>Aliya @ 2 tahun 2 bulan

September 16, 2010 at 8:26 am | Dikirim dalam Aliya | Tinggalkan komen

>Salam bahagia dan salam ceria

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Aliya sekarang ni dah semakin banyak ragamnya… sejak mencecah umur 2 tahun ni, semakin banyak perubahan ketara pada Aliya.

dah semakin pandai nak ‘jaga bebear’ .. pagi2 siap sikatkan rambut bebear dia..

suka ikut ibu & kakak anis solat.. tapi tak suka sungguh la dengan telekung…

semakin menjadi2 aksi main tanah..
budak yang tak suka pakai baju.. bergaya dengan kasut ibu…  habis dah rak kasut dia selongkar

aktiviti kegemaran… main bedak… kalo boleh satu badan nak sapu bagi putih

berlari sana-sini macam lipas kudung.. tak padan dengan halus… *ni bergaya dengan baju tajaan dari makNgah Miela *
paling takut dengar bunyi mercun.. ni maksu tengah layan anak2 sedara main mercun pop.. aliya siap tutup telinga awal-awal..

sekarang ni Aliya sedang membina badan.. ni opahnya suap.. kira dah round ke3.. 1st & 2nd round dia makan bihun goreng..  tak lama lepas tu, minta makan lagi mee goreng pulak.. tapi memang keting (betis) dia dah nampak berisi..
yang takde gambor nak tunjuk sebagai bukti.. 
1. Aliya sekarang ni, kalo bawa dia berjalan, pe’el dia lain sikit dari abang & kakak. Abang & kakak, kalo dah kenyang, dah bosan berjalan.. tak nyempat ngajak balik.. tapi Aliya ni jenis tak mau balik.. dah banyak kali terjadi insiden, dia ngamuk2 dalam kereta & siap suruh buka pintu kereta… dan bila dah sampai rumah & dah masuk rumah.. boleh dia meluru nak masuk semula dalam kereta… jenuh juga nak dipujuk..
2. dah pandai pukul/rotan/cubit orang.. tak kiralah abang ke kakak ke.. even ibu pun… kadang2 masa tengah main-main, anak jiran pun dia bantai cubit.. sekali tu, si abang (darjah 1) budak tu cubit dia balik… Aliya siap melalak2 masuk rumah, report kat ibu kata “abang sebelah cubit dia”.. kalo ibu tak gosok2 kat part yang kena cubit tu, selalgi tu la dia melalak cakap “ibu… sakit.. abang sebelah buat”
3. mulut yang semakin tak reti diam.. ade jer dia nak report.. ade jer dia nak tanya.. “tu apa?” dah jawab, 3-4 kalo pun dia still dok tanya yang sama.. selagi dia tak puashati selagi tu lah dia akan terus bertanya.
budak yang dengan macam2 aksi… yang pasti kalo tak dapat nenen dia akan jerit kuat-kuat.. “NAK T*T*K” …. 

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: