>1 Syawal… meriah makan kot

September 12, 2010 at 2:37 pm | Dikirim dalam nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam Syawal.. salam bahagia dan salam ceria

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Hari ni dah masuk hari ke3 Syawal.. dan baru hari ni berkesempatan nak ON che biru. 2 hari yang lalu memang tak sempat langsung, sebab kami kuor rumah pagi-pagi, malam baru balik…  

Hari raya pertama, kami berkonvoi dengan opah/atok santan beraya ke rumah adik-beradik atok santan (adik-beradik atok santan seme dok kat Kg Seri Kelebang/Chepor)… 6 buah rumah… sakan makan… huhuuu.. sampai tak ingat nak snap foto… dalam banyak2 juadah yang dihidangkan.. foto atas tu jer yang sempat ibu snap… itu sambal tempe kicap jawa.. 5 buah rumah adik-beradik atok santan.. semua hidangkan sambal tempe ni… jowo lah katakan, kalo takde sambal tempe ni tak sah… 
Pagi raya, en ayah bawa Fikri ke masjid.. kan main seronok fikri,.. kali pertama tengok orang ramai.. dah balik rumah, ibu tanya, “best ke pergi masjid? “. Fikri jawab ” Best, ramai orang macam dalam tv..” 
Usai solat raya, kami ke rumah makbonda… menjamu ketupat palas dan rendang ayam. Fikri makan banyak… huhuuu.. 
Lepas tu, atok santan call ajak konvoi sekali.. so dari rumah makbonda kami ke rumah bibik Ani & bibik Yah. Anis & Aliya, ok jer beraya.. cuma fikri jer.. bila dah sampai ke rumah ke3, rumah wak nah.. fikri dah mula sibuk nak ajak balik… huhuuu… masa di rumah bibik Ani, ibu makan ketupat nasi + sambal tempe.. aliya & Anis pun makan banyak. Kat rumah bibik Yah, ibu cuma minum teh jer.. sebab teh susu bibik Yah tu nampak sungguh mengancam… hehehe…
Kat rumah Wak Nah, ibu suap Anis makan nasi ayam + sup tulang… mabeles… foto kat atas ni masa di rumah Wak Nah… kemudian masa di rumah bibik Nyah, fikri dah menangis beriya-iya ajak balik.. huhuuu.. jenuh ibu nak pujuk.. atok santan pun tak nak pujuk Fikri, sebab dah tau memang payah nak pujuk. Kat rumah bibik Nyah, kami touch n go jer… 
Kemudian kami ke rumah Wak Nan.. wak Nan takde tapi bibik Mun ade.. so kat sini ibu cuma minum air pandan (sedap.. bau wangi).. macam sirap lah juga, tapi yg ni pure kaler hijau dari daun pandan… ibu dok cari-cari putu kacang hijau tapi takde.. tapi sempat juga lah ibu menguyah popia mini dan agar-agar kering.

Ini masa kat rumah Wak Nan.. mujur le ade boyan ni.. terubat juga lah hati anak teruna ibu ni.. Dari rumah Wak Nan, kami terus ke Kepayang Fair Park.. rumah Mak Nora (actually mak Nora (adik en ayah) pun sama dalam konvoi ni). Kami tak pernah ke rumah mak Nora, sejak mak Nora sekeluarga berpindah ke Kepayang Fair Park. Kami sampai rumah mak Nora lagi 15 minit sebelum jam 12 tengahari. Lama kami lepak situ, mak Nora masak lunch.. lepas jam 2.30 kami sambung lagi konvoi ke rumah mak Era (sepupu en ayah) sebab nak jengah Tok We..

Tak tau lah rumah Mak Era ni kat belah mana, tapi kawasan perumahan baru di belakang restoren mee rebus ramli yang di Bercham Raya tu.

Tengok lah Anis & Aliya.. sibuk sungguh naik kerusi goyang Tok We.. nampak Tok We pun dah semakin sihat… 

Hari raya pertama, di mana-mana pun meriah.. ni foto di rumah Mak Era.. ibu tak makan pun tapi layan anak2 ber3 ni makan bihun sup… masa sampai tu baru jam 3 petang, perut ibu penuh lagi dengan lunch kat rumah  Mak Nora.

Kemudian, kami terus balik ke Ulu Kinta… ibu tak layan makan sangat.. cuma layan sembang dengan sedara-mara yang datang… Lepas maghrib kami anak-beranak balik  ke rumah.. itu pun sebab anak-anak yang dah sungguh angkut beg semua, ajak balik rumah.. masuk dalam kereta jer, anak2 dah terlelap.. sampai rumah, basuh kaki depa.. terus masuk bilik… esok pagi baru depa jaga.. huhuuu… memang penat sungguh la tu… ibu pun join sekali…. 

Itu lah dia, day 1 raya Aidilfitri kami… actually bukan makan sangat , cuma seronok suasana dapat bersua dengan sanak-saudara… kali ni anak-anak pun dah besor.. dah semakin pandai.. jadi ini lah masanya nak meraikan beramai-ramai.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: