>Persediaan menjelang Syawal

September 7, 2010 at 11:21 pm | Dikirim dalam nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam bahagia dan salam ceria

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Semalam seharian tidak menulis n3.. bukan malas @ tiada mood.. cuma sibuk mengemas dan membersihkan apa yang patut. Yer lah dah nak dekat2 raya ni.. nanti ade adik sekeluarga yang akan bermalam di rumah kami, sempena cuti hari raya ni.. maka harus lah dikemaskan bilik tengah dan bilik belakang.. Tak abis mengemas lagi ni.. ada sikit lagi belum selesai.. 
Persediaan Syawal kami biasa-biasa ajer.. tiada yang hebat seperti kawan blogger lain yang bercerita hal bershopping sakan… Alhamdulillah, akhirnya tahun ini ada lah persediaan untuk anak-anak berbanding tahun lepas.. 

1. baju raya anak-anak

Alhamdulillah – opah santan belikan seorang sepasang baju kurung untuk Anis & Aliya dan baju melayu untuk fikri. Opah santan juga belikan fikri beberapa helai t-shirt..

Opah Alang (maklang ibu) jahitkan Anis & Aliya baju kurung seorang sepasang.. belum amik lagi., masih ada di Gopeng.

PakNgah & MakNgah sponsor sepasang baju melayu untuk fikri.

en ayah juga ade tempah sepasang jubah mini untuk Anis & Aliya.. ni pun belum amik lagi.. tapi tailornya tak jauh mana, sebelah rumah opah santan jer…
dan ibu pun ade jahit dress untuk Aliya dan gaun kembang untuk Aliya.. cuma baju basahan (t-shirt) baru jer yang en ayah tak beli lagi.. dah lama dah ibu suarakan pada en ayah, sebab baju t-shirt yang anak2 ade semua dah lusuh.. 
tahun lepas tak membeli kan.. mujur lah kak yati NB ada hadiahkan banyak baju dan dress, juga t-shirt pada Syawal lepas.. terima kasih kak.. at least most of it last for a year.. dan dress semua dah jadi baju basahan harian. 

2. Kasut anak-anak
Fikri dan Aliya dah dapat kasut masing-masing.. Anis je belum lagi.. sebab tak jumpa saiz… huhuuu.. sian kat Anis.. mujur la dia pun macam tak kesah jer.. tak faham pun lagi makna berhari raya.

3. Cat rumah

En ayah sempat cat grill sliding door dan tembok pagar sebelum Ramadhan.. sepanjang Ramadhan en ayah langsung tak pegang berus cat.. kalo ibu nak buat dia marah2 plak.. huhuhhhh… jadi hall rumah kami yang sangat sesak mata memandang ini, masih lagi tidak bercat… 

4. Kuih raya

So far yang ade biskut Arab.. Insya Allah, pagi esok (Rabu) adik-adik akan datang untuk operasi kuih raya besar-besaran.. so may be on the way adalah tart kurma, fames amos, almond london, dan beberapa lagi.. which ibu sendiri tak sure.. bahan-bahan untuk buat kuih ade sikit jer… kami menanti seorang adik dari Selayang yang bakal jadi penaja untuk bahan2 kuih raya.. Hopefully subuh esok dia selamat sampai Ipoh.. heheh, bukan sajer2 minta sponsor, disebabkan sebahagian kuih dia yang request.. (mungkin nak antor ke x-mertuanya di Penang, mana nak cari x-menantu yang baik camni)
5. Baju raya ibu & en ayah
As usual, ini adalah tahun ke-3.. ibu pakai baju kurung yang sedia ada jer… entah lah en ayah tak bermurah hati nak sponsor baju raya ibu tahun ni… sob sob sob… ibu pun tak tahu nak pakai baju apa.. lepas habis projek buat kuih raya, baru ibu akan pilih2 baju yang sesuai.. macam lah banyak… 
Untuk en ayah pulak, ibu dah kemaskan semua baju melayu yang en ayah ade.. en ayah ni dia pakai baju melayu paling lama pun 2 jam.. pastu tukor pakai t-shirt.. tu pasal dia malas nak beli baju melayu baru. Tu lah, nak setkan tema untuk sekeluarga pun susah.. Bertuah betul for those family yang setiap tahun ade warna tema.. oowhhh.. ape ke yang ibu merepek.. 
6. kasut raya , handbag
tahun ni pun pakai selipar jer.. selipar yer.. bukan sandal.. handbag???.. dah lama tak guna handbag.. kalo ade pun beg kecik yang guna sekarang ni beg yang beli masa bujang dulu.. Alhamdulillah, masih berjasa lagi.
7. Duit raya
hmmm.. tahun ni pun tiada budget.. bulan lepas en ayah tangguhkan bil letrik, air & loan rumah,  sebab nak cover renew roadtax & insurans kereta.. so bulan ni semua harus bayar double.. tu yang x cukup bajet.. sampai nak sponsor kain untuk buat baju raya ibu sepasang pun tidak… huhuuu..
8. zakat fitrah
Alhamdulillah. dah bayar. Tahun ni kadar zakat fitrah di Perak adalah RM7 sekepala.

9. Beraya di mana?
Kami ni dua-dua dalam Ipoh ni jer.. Alhamdulillah, takde isu nak balik kampung saper dulu.. hanya pernah sekali jer bermalam di rumah opahsantan pada malam raya.. tapi bila tengok anak-anak tak selesa (masa tu aliya baru 3 bulan), akhirnya decide selepas ni pagi raya kami di rumah sendiri.

Acara pagi raya.. selepas solat raya, kami ke rumah makbonda yang tak jauh mana dari rumah kami.. then dalam pukul 11 pagi kami ke rumah opahsantan. Petang jam 2-3 petang, kalo adik2 ibu ada plan balik ke kg 40 rantai.. , kami ikut juga, itu pun kalo dapat pinjam kereta adik en ayah. (kereta kami kan semput kalo jalan jauh).. kalo tak ikut, kami beraya jer lah rumah kawan2 en ayah di RPA Ulu Kinta. Jika balik ke 40 Rantai pun kami balik hari jer..

10. lain-lain.. langsir..
Ini pun guna yang sedia ada.. so far kami ada 2 set langsir.. 1 buat masa kenduri kahwin kami dulu.. dan 1 lagi masa tahun 2007.

Ntah apa lah ibu merepek ni kan.. asalnya ibu cuma nak tampal foto Anis ni… bulan Ramadhan ni Anis lah yang paling rajin sekali solat.. macam2 aksi dia solat… tapi cukup lah ibu tunjukkan foto ni dulu.. sejuk rasa hati tiap kali memandang foto ni..

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: