>Tikam menikam

September 1, 2010 at 12:52 pm | Dikirim dalam kerja, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam ceria hari rabu,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Ibu sebenarnya dalam mode malas benor nak menulis blog.. huhuuu…

hari ni perancangan asalnya nak menjawab tag.. tapi bila baca soklan pertama tag tu “ apakah perasaan anda bila ditikam oleh kawan” lebih kurang cam tu le soklannya.. buat ibu teringat pada pengalaman semasa ibu bekerja dulu.

Terus tak jadi jawab tag.. heheee..

Ibu cuba share pengalaman ini dan harap dapat dijadikan teladan untuk semua, terutama buat ibu-ibu yang bekerja.

Kes ini berlaku pada tahun 2004. Ibu bekerja di syarikat A yang membuat komponen otomotif (wire harness).. Ibu mula bekerja di syarikat A pada Ogos 2003. Posisi ibu pada waktu itu adalah Asst Manager aka Asst Accountant. Ibu actually memang ahli MIA yang layak utk jawatan Akauntan, tapi sebab boss ibu dah pegang post Accountant, jadi ibu sebagai pembantu nya maka tak leh la ade 2 post Akauntan
Ada 6-7 staff yang berada di bawah seliaan ibu.. awalnya ibu harus monitor dan semak kerja semua staff sorang diri.. memang kerap lah pulang lewat.. lebih dari jam 6 petang masih lagi di pejabat.. tray dokumen untuk semakan kerja2 staff juga tidak pernah surut. huhuuu.. masa tu tak kahwin lagi kan.. so ibu memang dedicate banyak masa ibu dengan kerja.. 
work load cartoons, work load cartoon, work load picture, work load pictures, work load image, work load images, work load illustration, work load illustrations
http://www.cartoonstock.com/directory/w/work_load.asp
Setelah hampir 8 bulan bertungkus-lumus monitor kerja staff sorang2, tu belum campur kerja ibu yang selalu kena attend meeting, buat report.. & juga kena monitor performance staff, kaunseling staff.. dan macam2 lagi lah.. rasanya siapa yang ada staff bawahan pasti tahu tanggungjawab ini., Akhirnya ibu dapat pembantu aka Eksekutif Akaun (EA). Alhamdulillah, sebahagian kerja ibu sudah berpindah tangan ke EA.

Kes yang ibu nak share ni memang ada berkait dengan EA. Kejadian berlaku setelah beberapa bulan EA masuk. Suatu hari bos aka Akauntan panggil mengadap.. ibu di’attack’ sampai tak leh nak defend diri sendiri.. rupanya EA ada mengadu dgn bos yang ibu ni ‘fussy’, banyak dokumen perlu ammend berkali-kali… pastu lambat buat semakan dan macam2 lagi lah.. which is kalo nak tulis semua ibu rasa tak sanggup.. tak sanggup nak ingatkan segala tohmahan yang dilemparkan. kesimpulannya pada waktu itu, imej ibu di mata bos memang dah ‘ tercalar’.
Kerana kejadian itu, bos telah ‘suspend’ ibu daripada menyemak beberapa dokumen.. walhal dokumen itu amat penting dan melibatkan banyak pihak. Jika tidak disemak betul-betul boleh menyebabkan bahagian produksi tergendala.. dan dokumen ini melibatkan pihak bank, pengimport, pelabuhan dan juga kami sebagai pembeli bahan mentah. Well, ibu terima hal itu dengan tangan terbuka. tapi awal2 ibu dah cakap, ‘sekiranya berlaku kesilapan, ibu tak mau ambil tanggungjawab’ fullstop.Tugas untuk menyemak dokumen tersebut diserahkan kepada EA.
dan, the worst part ialah – selama 1 bulan bos langsung tak bertegur sapa dengan ibu.. hatta panggil masuk mengadap pun tidak.. walhal sebelum ni setiap minggu ibu pasti dipanggil untuk membuat laporan.
Ibu ni jenis bukan orang yang mudah mengalah, tapi peristiwa itu memang sedikit buat ibu frust. Memandangkan senarai kerja ibu yang sangat panjang dan timeline yang singkat, maka ibu alihkan rasa frust dengan fokus kepada kerja-kerja lain.. pada ibu takde sebab ibu nak tunjuk kecewa, walau masa itu ibu dapat rasakan diboikot oleh beberapa orang staff termasuk bos sendiri. 
work load cartoons, work load cartoon, work load picture, work load pictures, work load image, work load images, work load illustration, work load illustrations
ni sebagai hiasan jer.. sumber dari http://www.cartoonstock.com/directory/w/work_load.asp
Tapi kerja ibu tak pernah surut.. sebab ibu juga harus melapor kepada pengarah dan Pengurus Besar (GM).. dan perlu juga attend meeting.. dalam 1 minggu entah berapa meeting.. ibu juga yang kena siapkan minit.. heran sungguh, GM tu bukan takde sekretari tapi ibu juga yang diberi tugasan untuk menyiapkan minit. 
Dan dalam tempoh tersebut, ibu memang tidak monitor kerja-kerja EA sebab boss kata dia yang akan directly monitor. So, lagi lah ibu suka.. memang ringan sangat bebanan fikrian sebab ibu boleh siapkan banyak kerja dengan aman. Dan EA pulak memang suka hati lah sebab dia dapat perhatian boss berlebih-lebih dari ibu. Ibu sikit pun tak amik port.. buat lah apa suka.. pada ibu yang penting ibu buat kerja betul2 dan elakkan buat silap.
Setelah hampir 1 bulan.. naik 1 isu.. barang yang kami pesan dari Japan telah stranded ke Port/pelabuhan yang salah. Masa itu pihak prokduction dah bising… sebab duedate dengan Proton dah hampir.. tapi material masih tak sampai-sampai.. sepatutnya production dah patut ON. Ibu dapat tahu hal ini pun sebab HOD Production datang jumpa ibu dan tanya ibu pasal pesanan tu. 
Selepas diteliti dan disiasat dengan EA dan pegawai akaun yang terlibat… rupanya details dalam dokumen LC (letter of credit) telah silap tick port.. sepatutnya Pelabuhan Kelang, tapi yang di tick adalah Singapura… jauh tu Singapura dan Pelabuhan Kelang. Ingat senang ke nak retrieve kargo kami dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Kelang. Macam2 prosedur, kos dan masa yang terlibat. 
Boss pun dapat tahu.. kan main lagi dia mengamuk.. selamba jer dia nak letakkan kesalahan pada ibu.. ” kenapa u tak check??”  dan selamba juga ibu jawab ” U kan yang tak bagi I sentuh semua dokumen yang berkaitan LC dan BA (bankers Acceptance), so why I pulak yang kena tanggung??”
So, akhirnya ibu pun berbincang dengan boss (boss ni actually my fren & kami sama2 kerja dalam 1 team semasa kerja di Audit Firm).. walaupun kami kawan, tapi dalam hal kerja kami kekalkan profesionalisme.. xde lah nak panggil aku engkau depan staff.. cuma memang ibu sedih bila boss boleh termakan kata-kata EA, sampai hilang percaya pada ibu.

Hasil perbincangan itu, ibu come out with solution.. tapi EA yang perlu handle kes ini.. jika tidak berjaya baru lah ibu yang akan ambil alih.. nak sangat KUASA kan (memang nampak sangat dalam tempoh 1 bulan tu,EA memang kerap masuk bilik boss dan boleh kata ada beberapa kerja ibu dia nak amik alih..).. so meh sini kita test, pandai ke tak berurusan dengan bankers, pihak pemgimport dan beberapa pihak yang berkaitan.

Dipendekkan alkesah, ibu juga akhirnya yang perlu selesaikan masalah itu.. at last bos sendiri yang decide EA masih belum berkemampuan untuk buat beberapa kerja @ tanggungjawab, kerja2 tu akhirnya diserahkan semula pada ibu.

sumber dari sini

Perasaan ibu..??!! Tak lega pun.. sebab kerja ibu tetap bertambah.. tapi dah tanggungjawab ibu ambil ler semula kerja2 tu.. lagipun ibu memang suka dan ibu seronok bekerja.. I really love accounting.. btw, Accounting bukan setakat nombor.. tapi juga kemampuan untuk membuat keputusan.. macam2 keputusan yang pasti ianya melibatkan operasi syarikat..

So pada yang bercita2 nak jadi Akauntan.. maksud ibu yang sudah kerja dalam bidang akaun tapi masih di tahap officer @ executive.. sila lah belajar dengan tekun untuk melayakkan diri bergelar Akauntan. Sila asah diri supaya sentiasa positif dan tekun dalam kerja.. jangan lokek ilmu dan jangan juga malas belajar benda baru.

Akauntan sekarang tak macam dedulu.. akauntan dedulu hanya petik kalkulator jer.. tapi akauntan sekarang perlu pandai PA.. kalo tak pandai bercakap camana nak berurusan dengan bankers, pembekal, juga pembeli, dan juga agen2 lain yang berusuran dengan syarikat.. perlu pandai buat presentation yang menarik.. kalo public speaking berterabur dan presentation orang tak faham.. camno pengarah/director nak terima idea… Akauntan sekarang ni memang perlu dinamik dan uptodate.. sebab Akauntan sekarang adalah sebahagian decision maker dalam syarikat.

nota:

dalam xde mood nak menulis.. terpanjang plak repekan kali ni.. hopefully sedikit info dapat memberi manafaat..

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: