>kek batik dan biskut cornflake rangup

Ogos 31, 2010 at 6:20 pm | Dikirim dalam food and beverage | Tinggalkan komen

>Salam petang hari selasa

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Bagaimana kalian hari ini? Ramadhan pun sudah 2/3 meninggalkan kita… ramai yang gamaknya sibuk dengan persiapan menyambut lebaran.. mudah-mudahan persiapan sederhana dan tidak membazir…

Hari ini mood memasak terbang ke langit… pesan kat en ayah supaya belikan ikan.. ikan takde lah pulak kat pasar.. kata en ayah, ‘ pasar borong tutup’ huhhhhuuu… jadi hari ni hanya masak nasi jer.. en ayah belikan kari ikan kat kedai yang biasa kami beli lauk (ibu ni tak rajin gak masak hari-hari.. ).. 
alasan nya hari ni –> sakit gigi.. tampalan gigi geraham dah tercabut.. maka sakitnya mendesup-desup.. buat masa ni boleh la bertahan lagi.. cuma kalo nak makan tu kena kunyah sebelah jer.. actually gigi ni hanya tampalan sementara.. masa tengah sarat pregnant kan Aliya memang dibuat tampalan sementara.. doktor dah pesan, selepas bersalin harus dicabut geraham ni (bukan geraham bongsu yer.. ntah naper sampai hari tak penah muncul geraham bongsu nyer…) tapi lepas bersalin hinggalah 2 tahun berlalu.. baru sakitnya datang kembali… 
hari ni, bertampal koyok di pipi kanan… huhuuu… sakitnya sedikit2 membawa ke kepala & telinga.. adeiii… kalo tengah sakit macam ni, doktor pun tak mau cabut.. harap2 cepatlah berkurang sakitnya..

ini kek batik, buatan minggu lepas.. resepi dapat dari sorang kawan blog.. ibu simpan di SINI

malam tu kami anak-beranak (3 budak comel & ibu) mengerjakan kek batik ni… huhuuu, ibu yang sebenornya teramat teringin…
esoknya masih ada balance.. ini lah gaya aliya menghabiskan balance kek batik itu…

hampir habis licin.. yang sikit tu fikri tolong habiskan.. pastu siap ” esok ibu buat lagi” “buat banyak-banyak”
ni pula biskut cornflake
sebelum masuk oven
malam tu juga, mencuba resepi biskut cornflake rangup ni… resepi juga dari rakan blogger.. ibu simpan kat SINI..
selepas

resepi ni ibu modify sket.. ibu tambah butiran coklat dan kurangkan gula..
ibu dapat hampir 100 keping.. simpan dalam 2 bekas.. sehingga ke hari ini, setelah 1 minggu, tinggal 1 bekas jer… huhuuu.. tu la kan, tak leh buat biskut raya awal-awal.. 

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: