>Gambar pertama dari kamera digital pertama

Ogos 25, 2010 at 9:03 am | Dikirim dalam home appliance, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam ceria,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Lewat malam tadi, sebaik selesai buat 1 cookies.. (nanti ler ibu buat tayangan nya yer) ibu pun belek2 mini thumbdrive.. jengah balik foto2 lama.. so among all, ibu nak tunjuk 2 foto pertama yang ibu snap sebaik ajer ibu beli kamera digital yang pertama.

Untuk pengetahuan semua, sudah hampir 2 tahun usia kamera digital ibu ni.. ibu beli dengan harga RM400+++ (dah tak ingat exact price..) tapi memang tak sampai RM500.

Canon Powershot A580
sumber dari SINI
maklumat lanjut tentang kamera digital Canon A580 ni boleh refer di laman INI.. sangat details penerangan.. pro n con semua ada..

Ibu pun sebenarnya, walau sudah 2 tahun guna.. tapi belum explore sepenuhnya fungsi kamera ni.. snap foto main belasah jer… huhuu… tak sempat nak bereksperimen..

1 yang ibu suka bila guna kamera ni adalah – mode kids&pets..

Bila setting mode kids & pets… mudah untuk snap objek yang bergerak.. so jika snap foto anak2 ibu akan guna setting ini.. jika dalam kereta nak candid apa2 pun, ibu akan guna mode ini. Sebabnya foto tidak akan jadi double @ bergoyang/blur.. 
Walaupun sekarang ni dah ada bermacam kamera digital yang lebih canggih, nipis & ringan di pasaran.. tapi keadaan ekonomi keluarga yang masih meleset.. maka tiada lah ibu berangan nak mengidam kamera canggih… 
Dalam tempoh 2 tahun, sudah lebih 8000 keping foto yang telah terhasil dari kamera ni.. tapi belum ada satu pun yang pernah ibu print & frame kan.. ntah lah.. ibu ni bukan penggemar @ peminat yg suka dengan frame gambar ni… buat masa ini, semuanya masih dalam bentuk digital… oowwhhh.. itu belum kira berapa banyak foto yang telah ‘burn’ gara2 lappy rosak tahun lepas… huhuuuhhh… 
Jadi inilah foto pertama dan kedua… 

Foto ni disnap pada 28 Sept 2008… 2 hari sebelum hari raya Aidilfitri menjelang.. Pada tahun 2008, hari raya AidilFitri jatuh pada 1 Oktober 2008.

Anis waktu itu berusia 1 tahun 1 bulan++. Rambut nya memang dipendekkan sebab masa tu kepala nya selalu kena kudis.. macam jerawat.. tapi bila menjejak usia 1 tahun 6 bulan, kudis2 dah reda & takde lagi hingga lah sekarang… lama juga Anis ada masalah ni.. ibu sapu krim dettol & pastikan rambut Anis sentiasa pendek & kering, supaya mudah diurus.
nota :
hajat asal hanya nak tepek foto pertama jer.. tapi melere-leret plak dengan kesah Anis & sedikit review kamera… kalian guna kamera apa yer??? 

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: