>Test panggang kacang dalam oven..

Ogos 22, 2010 at 10:45 am | Dikirim dalam Anis, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam hari ahad

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Pagi ni (dah jam 10 pun), cuaca di kawasan rumah kami ni mendung.. nak hujan jap lagi kot… hari ni en ayah meniaga.. hmm, habis punah misi ibu nak ajak en ayah ke pekan.. konon2 nak jengah ke Nagoya.. juga nak ke UO kot2 leh beli beberapa barang untuk buat kuih raya.. hehehe.. tapi macam awal jer lagi nak buat kuih raya kan.. kang belum raya, balang jer yang tinggal..

semalam ibu mengeTEST panggang kacang tanah dalam oven.. ni kes malas nak goreng & berdiri lama depan dapur..

ni masa baru jer 1-2 minit dalam oven, cam confident jer set timer 10 minit dan temp 180C

10 minit kemudian.. berasap2 oven.. terus off kan… huhuuu… hangus … ireng kacang2 ku… memula tu tensi gak.. tapi sabor kan diri.. xper xper.. ni percubaan pertama.. mana ade kes sekali buat semua perfect...

kalo nak buat biskut raya dengan kacang yang ireng camni.. memang fail la… cess, dalam gambor ni nampak cam cantek jer.. walhal.. hitam2 belaka tu…

akhirnya menggigihkan diri juga.. perisi kacang, tampi bagaii.. & yang terlebih ireng tu di asingkan… boleh tahan banyak juge yang ireng2 tu… akhirnya dapat le 1 bekas tafufa tu… 3/4 penuh..

Dan berlaku pula satu lagi insiden yang menyayat hati ibu... lepas dah kemas2 dapur & kemas meja.. ibu pun simpan lah bekas tu.. letak atas meja jer.. tapi dah agak2 jauh lah dari jangkauan anak-anak… 

Mana lah ibu nak duga.. rupanya si Anis ni dia main “masak2” plak kat dapur.. dari hall ibu perasan dia dok kat meja.. tapi tak nampak apa yg Anis ‘masak’.. tetiba fikri jerit… “Ibu…. adik main kacang ibu”…

Bila ibu datang dekat.. rupanya si Anis tengah transfer kacang ke dalam cawan yng berisi air.. pastu yang dalam bekas tu pun dia dah isi air sikit…. ‘huwwaaaaa….. ‘ sungguh tersayat pilu hati ku.. susah payah nak oii.. ibu gigih siapkan kacang tu… kakak buat main cam ni plak… dalam dok rasa sedey pilu tu.. tersampai juga tangan ku mencubit isi perut si kakak… 

tensi.. tensi.. last-last.. amik bekas tu, tutup kan.. simpan masuk dalam petiais…

si anis masuk bilik.. nangis… naik atas katil, dia layan nangis teresak-esak.. dalam marah tu, ibu buat le susu kat Anis.. bagi kat dia, ibu tak tercakap apa… nak marah pun, benda dah jadi.. tapi sian plak sebab kena cubit perut si Anis… Abis susu sebotol di hisap..

Sejam kemudian, ni masa dalam perjalanan ke rumah opah santan.. semalam kami berbuka di Ulu KInta..

ibu : “kenapa kakak main kacang ibu”
anis : ‘kakak nak masak.. kakak lapar”
ibu : “kakak lapar.,kakak cakap lah kat ibu.. bukan main kacang tu.. kacang tu nanti ibu yang nak masak”
anis : “kakak nak masak… kakak nak masak… “
ibu : “lain kali kakak tak boleh main barang2 kat dapur.. tu ibu punya..”
anis : “tak ade.. tak ade… kakak tak ade main “

sejak umur dah 3 tahun ni.. dah semakin bijak.. pandai jer putar cerita… setiap kali kena marah.. pandai jer buat muka tak bersalah… macam takde apa2 yang terjadi… aduhai la anak…

muka tak bersalah…

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: