>Masak daging kicap kering

Ogos 19, 2010 at 9:11 am | Dikirim dalam food and beverage, resepi | Tinggalkan komen

>Salam hari khamis semua,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Ibu hari ni nak share resepi simple ibu lagi.. resepi ni sesuai la untuk bawa bekal nak berjalan jauh & lauk ni boleh tahan 2-3 hari tanpa perlu masuk petiais atau dipanaskan. Asalkan disimpan dalam bekas yang kedap udara, bekas biasa pun okay.. as long bertutup elok.

Selain tu boleh juga di makan oleh ibu-ibu dalam pantang bersalin.. @ time rasa xde selera nak makan.. boleh la cuba resepi daging ni.

Actually ibu tak tahu nama asal masakan daging ni.. ibu belajar masak dari kak zah (kawan serumah masa bujang dulu). Kak zah ni orang Banjar Tanjung Piandang. Kata kakzah, ni masakan orang malas.. sebab senang nak masak, tapi sedap di makan, dan boleh simpan lama.

Bahan-bahannya pun simple jer :

1/2 kati daging (+/- 300 gram) – potong lebar/nipis – ikut suka
2 ulas bawang putih * dihiris
4 ulas bawang merah *
1 sudu teh halba campur
kicap (ikut suka nak byk @ sikit..)
garam secukup rasa.. kalo guna kicap byk, dah tak perlu garam..
1-2 keping asam gelugor – dihiris, kalo 1 keping asam pun saiz dah besor.. jadi guna 1 dah cukup..

nota : kalo nak masak untuk 1 kg daging, pepandai la adjust sukatan bahan2 nya ya…

memula goreng bawang , dah hampir layu, baru masukkan halba campur.. goreng sampai garing, kemudian ketepikan di tepi kuali.. pastu masukkan daging

bila daging dah bertukar warna.. masukkan kicap..

masa dia dok meriah keluor air ni, masukkan asam keping yang dihiris tadi

supaya daging cepat empuk, boleh tutup dengan tudung periuk.. api sederhana ajer tau..

bila sudah hampir kering, gaulkan semula dengan bawang.. masak hingga betul2 kering.

sebelum dihidangkan… ketepikan kat tepi kuali.. supaya minyak lebihan meleleh ke bawah.. lepas 2-3 minit baru lah dimasukkan dalam bekas untuk dihidangkan.. . 
Sedap dimakan dengan nasi panas.. kalo ade sayur campur @ parkchoy.. tak toleh kiri kanan dah.. Ibu suka makan ni waktu sahur.. sebab pepagi hari kurang sikit selera nak makan… dapat daging masak cam ni memang bertambah juga makan… tapi pada yang on diet tu, kalo teringin nak makan ni.. ratah macam tu pun okay.. 

Selamat mencuba resepi simple ni.

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: