>Hasil jahitan semalam… gigih menjahit sampai tak ON lappy

Ogos 18, 2010 at 8:41 am | Dikirim dalam jahitan ibu, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam hari rabu dan salam bahagia buat semua,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Apa khabar kalian.. hari ni sudah hari ke 8 berpuasa.. bagaimana misi Ramadhan kalian? semoga semuanya berjaya mencapai nya & dilaksanakan dengan penuh keazaman.

Semalam memang ibu tak ON lappy dari jam 10 pagi… gigih menjahit.. lepas Isyak baru terhegeh2 nak ON lappy , check email dan buka blog… maaf ya.. memang ibu tak sempat nak BW..

Ibu cuba ganti BW hari ni.. sebab hari ni tak menjahit.. hanya nak potong kain jer.. & nak update akaun sikit.. bila nak update akaun.. maka memang kena ON lappy.. bila dah On lappy tak sah kalo tak buka email & blog..

ni dia jahitan #6.. peasant dress untuk Anis… yang ni belum siap sepenuhnya.. getah belum boh lagi kat bahagian leher & tali pun tak letak lagi..

bila aliya yang pakai.. jadi dress labuh.. hmmm, x sesuai lah utk aliya.. sebab leher luas & body tu agak panjang… nanti ibu jahit lain untuk Aliya ya...

ada gaya tak.. hahaha.. susah sungguh nak suruh dia buat gaya ala2 cekak pinggang.. masa pakai ni pun versi belum siap sepenuhnya..

ni gaya model nak memanjat pulak… versi ni dah ade tali.. tapi silap plak ukuran.. jadi pendek plak talinya.. x leh nak buat reben pun… 

Peasant dress ni plain jer.. maksudnya takdak assesori la.. sebab ibu pun memang belum ada aksesori kraft like butang, reben ready made, bunga ke.. sebab ibu ni bukannya kreatip sangat…  nak buat reben dari kain pun tak reti lagi.. kena rajin2 cari tutorial.. amik masa sket lah nak belajar benda ni sendiri-sendiri..
close up sikit.. boleh la ikat setengah reben..

Ibu suka kain/fabrik ni.. ibu beli RM10 jer 1 meter (stock terakhir kat Nagoya Station 18.. nak 2 meter, tapi ade 1.6 meter jer..) … kain lembut.. anis dah bawa main lari2, golek2 pun masih tak berkedut seribu… untuk buat dress Anis ni, ibu guna 3/4 meter kain bidang 45″.

Kalo ibu jual dalam range RM18-20 (ikut saiz anak lah yer – tapi kain yang rate setara dengan Anis punya ni lah.. kalo printed cotton @ kain yang lebih mahal.. takdaya lah nak jual RM18.. hehee)… ade ke orang nak beli.. hahahha.. berangan jap… kot2 lah boleh kumpul model untuk beli mesin jahit jenama Brother yg rege RM500 tu… tak pun Singer yang rege RM1k… 

Mesin jahit cumil ku tak meragam plak kali ni.. smooth jer sepanjang proses jahitan.. 😉  mesin murahan tak sama macam mesin ribuan $$$.. namun sudah mampu buat ku tersenyum dengan hasil jahitan yang sudah terhasil..
hai.. cumil tak saya.. kecik pun berjasa tau…
Mesin cumil jadi tak banyak lah function.. tak leh nak jahit zigzag dsb.. pokoknya hanya jahit lurus sahaja… kain tebal pun tak leh nak jahit sangat, nanti jahitan asyik melompat-lompat jer… 
MakNgah Miela.. percaya ke dengan kakyong nak jahit peasant blouse Qis ni… lepas dah tengok mesin jahit ni… hihiiii…

Gorjes... mesin cumil ni leh jahit gaun 5 tingkat tau.. belum cuba belum tau… hihiiii.. 

btw, Ibu nak beri kredit pada pija.. sebab mesin cumil ini dibeli hasil dari sumbangan projek itu. Terima kasih semua… (sampai hari ni .. masih bergenang air mata bila sebut pasal sumbangan dari kawan2 blogger..) tak terbalas jasa kalian, buat kalian yang telah bermurah hati.. ibu sangat hargainya… cukup lah ibu katakan.. sumbangan itu memberi erti sesuatu dalam diri ibu… “dari TIADA kepada ADA…”
ni projek jahitan pemegang untuk periuk/kuali time masak… jahitan tak kemas.. sebab kain agak tebal.. jahitan jadi melompat-melompat.. luor jer nampak cam cantik.. dalam tu ibu guna kain dari baju anak2 masa baby (baju2 pun dah lusuh sangat2.. nak bagi kat orang pun segan..)

nota :

Hari ini dan semalam tiada n3 masakan juadah berbuka.. nanti lah ibu kongsi.. banyak n3 nak update.. termasuk n3 penaja Giveaway Hari Raya.. tapi asyik rasa macam tak complete jer (kak has.. sabor yer.. saya janji nak UP minggu ni kan..Insya Allah, akan diusahakan) .. ni masih dok tunggu foto dari Ummie Cake House… 

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: