>cik puan Oven in the house

Ogos 18, 2010 at 3:28 pm | Dikirim dalam Catatan Ramadhan 1431H, home appliance | Tinggalkan komen

>Salam petang rabu.. dan salam ceria..

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Bila dah menginjak ke petang ni, mula lah dok pk apa lah nak masak petang ni… dah 2 hari ni kami berbuka dengan nasi & lauk.. tak jejak ke bazar Ramadhan pun.. tapi hari ni harus juga request en ayah belikan kuih…

hari isnin lauk berbuka kami – daging masak dendeng + kacang buncis tumis air + tempe goreng + ikan sardin goreng (bukan sardin tin okeh) + air bandung ( en ayah yg buat).. 

hari selasa (semalam la) – cucur jagung + pakchoy goreng + ayam panggang (test try oven baru.. dulu bakar dalam kuali jer.. ) + sambal kicap + teh susu (en ayah juga yang buat)

oven dah ada.. macam2 nak try buat… tinggi pulak lah bil letrik…

Ayam panggang semalam, tak sempat nak snap.. tak cukup tangan nak snap.. bila dah waktu berbuka.. kejap jer langsai.. anak2 pun berbuka sama kami… hmmm, lupa juga nak snap suasana berbuka dengan anak-anak yang sangat-sangat kelaparan.. sampai masa makan semua senyap.. sedap dok layan makanan jer… huhuu… x per lah kot, sesekala ajar anak berlapar.. (ajar berlapar..?! brutal betui la ibu anak 3 nih... ).. masa dok perati anak-anak makan.. sian plak tengok… 3-3 makan nasi bertambah-tambah, sampai licin pinggan.. kan bagus kalo hari2 biasa pun camni.. 
ayam panggang tu sekali adap jer.. ibu masak 5 ketul jer.. tau-tau dah habis kemas2 meja.. en ayah cakap “pasni cari lah resepi yang best-best… chicken chop ker...”  huhh.. ingatkan ibu sorang jer yang teruja nak try test oven nih… 
ibu memang plan nak mencuba few resepi/masakan, so ni wishlist yang nak dibikin :
  • tart nenas.. dah jumpa resepi yang best.. ni untuk raya.. 
  • biskut arab.. ni juga untuk raya
  • kek keju bakar
  • muffin & kek cawan comel – ni untuk anak-anak — kena cari resepi yang senang buat dulu… ibu ni kan selalu fail kalo baking
  • ayam panggang golek… hehehe.. ni kalo adik-beradik berkumpul..best juga minta depa sponsor ayam sekor.. pastu leh makan serbu ramai-ramai..
  • kek coklat & kek2 yang lain… seram sket nak baking kek ni… huhuuuhhh… wish me luck..
  • dan banyak lagi… tak tersenarai.. tamak kan main…
pas ni, setiap hari akan cuba cari resepi… resepi dari blog kawan-kawan juga.. yang pasti resepi yang simple & senang nak buat… 

nota :
selain sibuk nak siapkan kerja menjahit.. ibu juga sedang finalist kuih raya yang nak buat… so far dah list-out 2 (tart nenas + biskut arab)… may be 2 jenis lagi kot.. kena cari resepi yang sedap.. bior 1 minggu pertama raya tu langsai… 
ade yang nak share resepi kuih raya… ???!!

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: