>Wishlist untuk jahitan

Ogos 17, 2010 at 8:43 am | Dikirim dalam jahitan ibu, nota ibu | Tinggalkan komen

>Salam hari selasa & salam bahagia buat semua,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Bulan yang lepas, ibu telah menjahit :

baru-baru ni ibu telah menjahit seluar untuk Anis.. tapi seluar ni macam tak cukup ukuran.. almaklumlah si Anis kan memang ‘sedap’ badannya… nanti untuk next jahitan ibu akan besarkan sikit.

ni planning untuk next jahitan, ala2 wishlist gitu .

  • gaun kembang peasant untuk anis & aliya 
  • blaus simple untuk ibu – yang ni guna kain ehsan orang bagi, actually few baju kurung yang saiznya terlalu besar, daripada tak guna kain tu.. elok juga ibu buat blaus untuk ibu kan.. lagipun ibu asyik pakai baju yang lama jer…..
  • alas periuk pelbagai guna – yang boleh juga guna untuk alas lesung batu & jadi pemegang periuk panas. (yang ni guna kain terpakai + kain perca – pun ehsan dari orang..)
  • backpack untuk aliya – sian kat Aliya kan.. abang & kakak ade beg sekolah.. tapi Aliya selalu jer kena pinjam kakak @ abang punya… la ni depa ber2 dah tak kasi pinjam.. untuk ini ibu masih mencari fabrik yang sesuai.
  • backpack simba – projek cross-stitch simba akan di convert ke backpack.. ini pun masih dalam proses mencari fabrik yang sesuai.. so simba masih belum boleh mengaum ya… 
  • baju kurung untuk ibu – yang ni kena request en ayah sponsor kan kain.. agak2 leh la dapat sebelum raya.. kenapa tah, tetiba tahun ni teringin plak nak baju kurung baru..
  • more seluar (panjang + pendek) & top untuk anak-anak… ibu nak utilise kan kain-kain (baju terpakai) yang orang bagi ni.. 
nota :
untuk projek backpack mungkin ibu kena kumpul duit dulu la.. sebab harga heavy cotton or linen fabric agak mahal… 1 yard/ela pun dalam range RM40 – 50++. harus lah cari fabrik yang berkualiti dan of course la mahal sikit.. supaya backpack ni boleh tahan lama.
Projek jahitan yang lain pula pasti akan makan bulan & tahun untuk diselesaikan.. Buat masa ni, ibu banyak habiskan masa menelek blog kraft dan jahitan.. (boleh check kat kakyong’s bloglist – bahagian Jahitan & seni tangan ) suka tengok fabric cantik-cantik.. walaupun belum ade kemampuan nak beli.. tak per.. dalam angan-angan pun okay.. sebab dari angan-angan boleh menjadi kenyataan.. yang penting ada keazaman. 

Tolong doakan yer.. semoga ibu berjaya melunaskan impian-impian ni..

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: