>berebut kuih limas & citer berbuka puasa rumah opah santan

Ogos 15, 2010 at 5:47 pm | Dikirim dalam anak-anak, Catatan Ramadhan | Tinggalkan komen

> sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Kuih limas ni jiran yang bagi semalam… jiran ibu pun anak 3 jugak… walau dia ade baby baru 3 bulan, yang boleh tahan juga bila time melalak.. tapi dia sempat lagi buat kuih limas… huhuuuu…

Ibu buat apa semalam? heheh.. jap lagi ibu citer..

Kuih limas (sama ke kuih limas dengan tepung pelita.. en ayah cakap lain..) ni jiran beri 5 sampan. 1 sampan fikri dah tibai dulu. Pastu yang 4 sampan ni ibu terus simpan masuk petiais, sebab semalam kami berbuka kat Ulu Kinta.
Sahur tadi, ibu makan 1 sampan.. pukul 10 pagi tadi, ibu kukus semula & jamu anak-anak makan. Rupanya tak cukup sorang 1, depa mintak tambah lagi.. si Anis la, dia mana cukup makan 1. Ibu bagi depa kuih talam yang ibu tapau dari rumah opah santan semalam.. tapi depa tak mau.. fikri jer makan seketul. 
Ibu mendera anak-anak lagi hari ni.. pukul 3 petang Aliya & Anis dah melalak nak makan.. nasi dah le ade sikit jer.. Aliya dok merengek-rengek “acak mi.. acak mi.. aye lapa” (masak mee, saya lapar)… sudahnya Aliya makan nasi dengan kicap jer.. huhuuu.. ibu baru jer nak goreng ayam.. tup2 tengok dia cakap, “kenyam” (kenyang).  
Tak lama lepas tu, Aliya kata ‘nak acuk uyai”… & tunjuk muka dah letih nak tidur… so masuk jer buai, dia terus tidur.. dah besor ni tak yah nak enjut-enjut bagai.. kalo dah layu benor matanya, memang dia terus jer lena.

Ini lunch depa semalam… grill chicken ala ibu & wedges… huhuuu… jadi omputeh jap anak2 ku.. nak kabo ni,     “oven sudah ade di rumah ku”.. takde lah termimpi2 bagai oven ohh oven... tu yang try masak grill chicken tu.. acu cuba test oven baru beli… 😉

Ibu buat apa semalam? Ibu tak masak apa2 pun untuk berbuka.. sebabnya kami berbuka di Ulu KInta.. di rumah opahsantan. Kami kuor rumah hampir jam 5.30 petang.. ibu hanya pack 1 persalinan baju anak-anak, kuor tu anak2 tak mandi lagi.
Kami singgah di Bazar Ramadhan Tasek, beli roti john.. en ayah beli 1 jer RM3.50 ..pastu singgah kat bazar Ramadhan di Bandar Baru Putra (Bercham) semata2 nak beli murtabak.. situ murah sket RM2.50 1 keping. Pastu singgah kat gerai air berahim.. macam biasa beli air mata kucing.
baru lepas hujan.. 
heheh.. ibu telah menangkap curi foto depa nih… hahaha.. terkujat jap depa… ibu & anak-anak tak kuor dari kereta pun.. tapi ibu ralut tengok budak2 comel (sebelum ibu snap ni ade 2 orang dara kecil comel yang bertudung comel, dlm foto ni tinggal sorang jer).. wajah tulus mulus ayu jer nampak bertudung, sejuk perut mak depa mengandung.. so far ibu tak pernah lagi tengok ummi budak2 ni…
Juadah kami semalam – ohhhooo, sangat meriah.. ibu mertua ku memang begini.. suka menjamu anak cucu makan.. 
juadah yang ibu mertuaku masak : 
labu masak lemak, ikan sardin jepun goreng, sambal belacan (ni Acu Tikah (adik ipar yg bongsu buat)..) dan bihum sup.
juadah tunjuk2 dari bazar Ramadhan :
roti john (2 jenis.. 1 dari Tasek, 1 dari Bercham raya… yang Bercham Raya punya keras ler.. so org Ipoh.. kalo nak mencari roti John.. sila ke bazar ramadhan tasek), murtabak (yg kami beli), kuih talam (2-3 jenis), ayam panggang, dan beberapa lagi yang ibu tak ingat.. air – air mata kucing & tembikai 

Semalam memang keras perut ibu.. lepas dah makan roti john & murtabak sikit.. ibu layan pulak makan nasi.. teringin kan labu masak lemak tu.. bau daun kunyit tu sungguh menggugat jiwa raga.. layan plak dengan ikan goreng dan sambal belacan.. konon2 makan guna pinggan kecik jer.. tau2 bertambah 2 kali… huhuuu… tak rasa pun bihun sup.. dah kenyang benor… tak leh nak masuk apa2 dah… 
Jam 9 lebih kami balik.. tu pun sbb anak-anak bising nak balik rumah… ada la ibu tapau sikit kuih talam, masak lemak labu & ikan goreng… lauk banyak, sayang jer kalo terbuang kan..
Jadi semalam hanya masak tengahari untuk anak-anak jer.. hari ni.? hari ni Insya Allah, berbuka di Taman Bertuah pula.. ibu dah masak puding roti .. jap lagi nak goreng keteow.. 
Anak2 dah makan? baru jer lepas asar tadi ibu masakkan keteow basah untuk Anis & Aliya.. masak 1/3 bungkus jer.. habis depa makan.. lapor bebenor lah tu…
Buat semua.. selamat berbuka & menjalani solat sunat terawih.. 

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: