>menu wajib ada bila berbuka puasa

Ogos 12, 2010 at 5:03 pm | Dikirim dalam Catatan Ramadhan 1431H, food and beverage | Tinggalkan komen

>Salam petang khamis,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Juadah wajib ada.. tapi bukan lah setiap hari perlu ada… asal ada, sebagai pembuka selera.. seperti tahun-tahun lepas.. kami memang berbuka puasa dengan air & kuih ajer…
menu yang dicari di bazar Ramadhan
credit : semua foto hasil carian di google image.. ibu printscreen jer..
air longan @ air mata kucing… air mata kucing yang best ada di kedai berahim (hanya jual air minum & buah-buahan), Batu 8 Ulu kinta… situ memang terBAEK…

kurma – sekarang ni kami lebih suka beli kurma Yusoof Taiyoob, yang dalam kotak tu.. either kurma safiyyah @ amina

buah melaka.. nak buat malas..  susah nak cari yang sedap.. kalo x-staff lama ade niaga, memang beli kat dia.. tahun ni tak tau dia niaga mana.. tapi semalam en ayah beli di Bazar Ramadhan Tasek.. sedap ..

murtabak ni untuk anak-anak… huhhuu.. sian anak2 kena dera.. makan pukul 11 pagi.. pastu di’dera’ untuk tunggu makan lewat petang…

roti john… dulu ibu & ayahnya yang layan lebih.. la ni fikri & anis yang mengadap lebih-lebih… roti john terbaik di Pasar malam Taman Tasek Damai & juga bazar Ramadhan Bercham Raya  (area dekat2 Taman Perpaduan)

kuih sampan juga dipanggil tepung pelita… dulu ada pakcik anak-beranak niaga di bazar Ramadhan Tasek.. kukus on the spot… orang nak beli siap beratur.. kuih panas2, sapa tak mau.. dah la sedap..

menu yang di masak sendiri
cucur/cekodok
mee/bihun/keteow goreng
nasi goreng
oohhh.. saya memang malas masak la.. kalo boleh yang simple2 jer..


Tahun ni konon-kononya nak lebih rajin memasak.. tapi 1st day dah kantoi.. dengan Aliya yang masih demam & merengek-rengek.. jadi semalam (day 1 Ramadhan) ibu hanya masak cekodok kucai jer… makan dengan kari ikan (beli di kedai makan yang biasa).. dan en ayah beli buah melaka & air longan di bazar Ramadhan.
Hari ni, pukul 4 tadi dah siap masak sup ayam dan daging kicap masak kering. Pukul 3.30 anak-anak dah report… LAPAR.. NAK MAKAN… ibu nya selamba jer cakap.. “eh, tadi abang kata nak puasa, maghrib baru boleh makan kan…. ” 
Huhuuu.. sian anak-anak.. saya tak dera anak-anak supaya berpuasa… tapi sekadar untuk ajar anak-anak apa yang dimaksudnya dengan berpuasa.. walau sebenarnya masih belum dapat menyampaikan dengan tepat.. namun sesuaikan lah dengan pemahaman & penerimaan mereka.
Tahun lepas. ibu membuat Catatan Ramadhan setiap hari.. tetapi kali ni ibu cuma berkongsi hal-hal yang penting ajer lah.. kalo ade makan2 di rumah adik-beradik @ keluarga mak/ayah.. ibu up jer lah.. tapi tak lah macam tahun lepas.. penuh gambor makanan jer… adakah Ramadhan hanya berkaitan dengan makanan.. 

Buat semua.. selamat berbuka & menunaikan solat sunat tarawikh. Tak tahu apa kah juadah yang en ayah akan beli di bazar Ramadhan nanti.. harap2 ade lah kuih sampan tu…. 

note :
maaf sebab belum sempat membalas komen n3 semalam & pagi tadi…

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: