>hari ini Anis sudah 3 tahun

Ogos 8, 2010 at 12:36 pm | Dikirim dalam anak-anak, Anis, friendship | Tinggalkan komen

>Salam hari Ahad semua,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

hari ini 8 Ogoso 2010, genaplah usia Anis 3 tahun.. Anis lahir di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan pada jam 11.52 pagi, dengan berat 3 kg. 
Ibu tak ingat adakah ibu pernah buat n3 tentang kelahiran Anis.. mungkin pernah kot.. kalo takde len kali lah ibu buat n3 tentang itu.. kalo citer di sini, jadi panjang lebor plak.. walhal ibu tak sempat nak menulis panjang2 ni…
cupcake ibu tempah dari Ummie Noor
Kebetulan ummie Noor kata dia nak datang ke rumah pada hari sabtu, maka hari khamis tu ibu dah tempah 2 set cupcake.. 1 cupcake coklat & 1 lagi tu ummi noor buat muffin perasa oren. Dua-dua pun sedap.. ibu tempah 24 biji jer… itu pun langsai dah, dikerjakan dek fikri.. antor 8 biji rumah jiran (jiran kiri kanan) & 4 biji rumah makbonda.. selebihnya anak2 jer yang kerjakan. 
Fikri siap pesan… “dah cukup.. yang ini semua kita punya… tak payah bagi orang..” 
makan kek 1 day in advance… 
Anis sangat mengelat.. dia makan aising jer.. cake tu dia makan cubit-cubit jer, pastu nak amik baru… 

Semalam Anis nyanyi “hepi tuyu” sorang-sorang… lucu sungguh, sambil korek aising kek sambil tu dia nyanyi… tak per lah Anis, pandai layan diri sendiri… 
Perkembangan Anis @ 3 tahun  :
  1. Percakapan @ pertuturan – sudah kurang bahasa german.. sudah pandai @ semakin rajin bercerita.. kadang letih juga melayan Anis bercerita.. namun masih banyak vocab yang perlu ditambah.. 
  2. belajar ABC & a-ba-ta – masih belum kenal ABC sepenuhnya.. tapi dia suka nyanyi lagu ABC.. versi dia sendiri la.. kadang2 ibu dengar “ABC ti sow six” (ABC three four six).. Alif-ba-ta pun tak kenal lagi, tau nyanyi & follow lenggok nyanyi a-ba-ta jer.. kalo pasang DVD a-ba-ta, siap nyanyi sambil lentok kiri kanan – hehehe.. follow rentak lagu maa
  3. pakai baju/seluor sendiri – Anis dah pandai pakai baju/suor sendiri.. tapi ada masa nya dia malas nak pakai & masih nak ibu pakaikan
  4. toilet training – sudah pandai ke toilet sendiri.. even kadang2 dia poo-poo pun dia nak buat sendiri.. tau2 jer nanti fikri akan jerit.. “ibu… adik main air”. Sudah fully diapers-less, hampir sebulan dah.. tidur malam sudah tidak ber’CD’ lagi.. belum lagi ade kejadian terbabas ‘membese’ sewaktu tidur.. cuma sebelum tidur kena pastikan ke toilet dulu.. 
  5. pemakanan – Anis ni memang paling kuat makan.. kalo makan bersuap, dia yang selalu request nak tambah lagi.. walau fikri & Aliya dah sudah @ kenyang.. tapi Anis tak suka makan sayur.. susah sungguh nak ajar dia makan sayur.. semua sayur tak best katanya… adeiii.. berbeza sungguh dengan Aliya.
  6. penyusuan – sebulan ni, Anis dah tak mau minum susu putih.. dia cuma nak milo @ air coklat dalam botol susu.. so ayahnya beli ikut sempat, kadang2 milo, kadang2 vico.. jadi sekarang ni dalam 1 hari Anis akan request milo botol 3-4 kali.. 4 oz sekali minum. Ibu hanya buat milo/vico ‘O’ jer.. takde tambah susu pun..
  7. Main – Anis as usual memang suka mainan dapur.. selain tu dia suka main bola (macam budak laki), juga main segala mainan kereta & lori abang fikri. Anis kurang pandai main bebear @ anak patung.. tapi lately ni nampak lah juga dia ‘sayang-sayang’ & peluk bebear.. terpengaruh dengan Aliya kot… dan sekarang ni pagi petang nak main luor rumah.. “sonok main dengan kawan-kawan kakak”
  8. Tengok kartun – suka sangat dengan Dora the explorer, Diego, wonderpet, upin& ipin. 
  9. sosial – sangat malu jika jumpa orang kali pertama.. nak salam pun tak mau, siap jual mahal lagi.. susah sungguh nak tengok dia senyum.. 

Doa & harapan ibu, semoga Anis terus membesar bagai johan dengan sihat, rajin belajar.. (yang ni ibu yang harus asuh Anis supaya lebih fokus) dan harapan terdekat ibu adalah supaya Anis suka makan sayur.. pandai pakai baju sendiri dengan jayanya, dan belajar bersosial (ni kena hantor g sekolah ni.. baru leh tahu berkawan & bersosial..)

ibu yang dah semakin kembang.. beza sungguh dengan Ummie Noor yang semakin slim-melim..

Interprem jap foto ibu & Ummie Noor… perasan tak, grill sliding door kami sudah berCAT putih… takde dah karat2… hall dalam rumah belum berCAt lagi.. so mural anak2 memang masih menghiasi hall kami.

puteri tunggal Ummie Noor – Ilah the little chef… baru 6 tahun, tapi gaya kan main lagi.. siap ade henbeg tau…

kejadian selepas Ummie Noor pulang.. yang sorang lagi tu si A-cun, anak jiran kami

nota:
kata Ummie Noor – hamper untuk pemenang Special Giveaway telah pun diposlaju pada hari Jumaat, 6 Ogos 2010. Hopefully pemenang dah terima.

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: