>Sudah penuh aktiviti di siang hari.. tetapi kenapa anak sukar nak tidur awal

Ogos 5, 2010 at 9:41 am | Dikirim dalam anak-anak, nota ibu, parenting | Tinggalkan komen

>Salam bahagia,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Jika entri yang lalu, ibu hanya hadapi masalah ini dengan Anis & fikri. Sekarang, sejak 1,2 minggu ini… penyakit tidur lewat sudah berjangkit pada Aliya pula. 

Kadang-kadang 3-3 orang sekali masih lagi aktif walau sudah menjangkau ke jam 1 pagi.

foto ini adalah buktinya.. tengok masa pada jam kamera pada foto.. dah pukul 1:37 pagi.. tapi si Aliya ni masih nak main tulis-tulis.. atau adakah kerana ‘mainan baru’ @ whiteboard baru beli… maka Aliya jadi terlebih excited.. sampai tak leh berenti nak enjoy the ‘game’.
Tak dinafikan, minggu ini dan minggu lepas adalah minggu yang agak meletihkan.. sebabnya ibu harus agihkan masa untuk aktiviti anak-anak, juga aktiviti menggunting & menjahit, juga aktiviti yang tidak mampu kutinggalkan ~~ berblog (menulis & BW)…. 
Aktiviti anak-anak sememangnya keutamaan.. dan sejak akhir-akhir ini mereka macam terlebih suka nak ‘buli’ ibu.. habis 1 aktiviti, sambung pulak aktiviti 2.. bila ibu nak rehat kejap, ibu ON la DVD magic english @ a-ba-ta @ ABC learn with phonic.. atau apa sahaja DVD kartun yang ada… tapi depa ni lebih suka juga buli ibu.. DVD ON, tapi still request ibu.. ibu tulis ini, ibu lukis ini, yang pastinya ibu kena hadap apa yang depa buat… dah jadi ala2 cikgu tadika plak..
Ini contoh aktiviti selepas bangun pagi… sila rujuk n3 ini.. anak-anak saya memang bangun lambat.. hanya Aliya yang bangun seawal 7-8 pagi.. yang 2 orang tu memang bangun selepas jam 9 pagi.
Depa ni dah terbiasa, semua aktiviti mesti nak buat berjemaah.. kalo melukis, semua nak melukis.. kalo abang main kereta toys lori dia.. maka 3-3 pun main kereta lori abang nyer.. kalo main perkakas dapur pun 3-3 join sekali…
makan memang dah harus berjamaah.. dalam foto ni anak2 tengah makan kentang goreng (bukan yang dari packing ya..).. ini memang ubi kentang tu potong ala2 wedges… kalo yang beli dalam packing tu depa tak makan… 
main perkakas dapur pun berjamaah juga… tengok jam kat gambar.. 1:26 tengahari.. rumah orang lain dah kenyang makan… tapi ibu 3 anak ni baru nak masuk dapur.. nasi jer dah masak seawal pagi… camno nak masuk dapur awal.. depa ni dah le sarapan jam 10-11 pagi… 
main pool pun berjamaah 3 orang… dalam foto ni berenang di air nan cetek.. kena marah dengan ayahnya sebab hari sebelumnya depa main air sampai nak melimpah pool tu… fikri & anis la.. nak berenang nak badan semua masuk dalam air… hehehe..

Kalo tak mandi pool di petang hari, ibu bagi depa main depan rumah (luor pagar),.. fikri boleh main beskal dengan anak-anak jiran.. aliya & anis pulak buleh main kejar-kejar dengan anak jiran.. sampai lutut luka pun tetap seronok main.. nanti nak mandi baru teringat lutut dia luka..  foto takdak masa anak2 main kat luor pagar… segan lah pulak dgn jiran-jiran.. anak main pun nak amik gambor… kihkihkih… depa mana tau ibu ni blogger… 

Seharian dah letih dengan macam2 aktiviti dan makan malam selalunya sebelum @ sesudah maghrib.. jarang lah lewat dari jam 8 malam.. still juga depa ni mata cergas sampai ke tengah malam.. ingatkan bila dah tak tidur siang.. cepat lah tidur malam.. 
Ibu jumpa ni dilink majalah pa&ma

Pengirim: SHAHRULNIZA NENIN, 19/1/2010 8:52:46 AM

saya juga menghadapi masalah yang sama sebelum ini, kini alhamdulillah.. semakin baik.. pelbagai bahan bacaan yang ikuti antaranya…

1. membiarkan anak menjalankan aktiviti mereka pada waktu siang sebaik-baiknya sehingga mereka berasa penat

2. tidur bersama-sama mereka sambil membaca buku cerita untuk mereka

3. memberikan susu suam sebelum masuk tidur

4. membersihkan badan mereka sebelum tidur untuk kesegaran dan keselesaan sewaktu tidur

5. tidur dahulu bersama-sama mereka bagi menghilangkan rasa takut mereka berada dalam bilik gelap dan mengetahui anda bersama mereka.

6. nyanyikan lagu dan alunan-alaunan zikir ke telinga mereka sambil menepuk-nepuk badan mereka

7. bacakan doa tidur sebelum mereka tidur

8. berikan mereka satu permainan yang boleh mereka pegang sewaktu tidur (teman tidur)

Tips 1,2, 5 & 7 tu memang ibu dah cuba buat.. kadang2 menjadi.. kadang2 depa sendiri keluor dari bilik & bermain di hall.. & ibu plak yang ketiduran sendirian… bila tersedar, tengok ada 1,2 anak yang takda di tempat tidur.. jengok kat hall si fikri tengah tengok DVD magic english... 
Tips no.3.. Anis dah tak mau minum susu.. dia minum susu 1 kali 1 hari jer.. so tukor bagi milo.. fikri sajer yang masih berbotol susu.. anis pula berbotol milo.. tapi lepas dah selesai depa minum susu @ milo.. bukannya depa tidur, jadi lagi cergas ade la… 
walau dah OFF lampu hall.. nanti ada lah suara kecil… ‘ibu.. buka lampu depan.. kakak nak tulis-tulis’ kalo kita cakap, ‘esok lah kakak, ibu letih la, ibu nak tidur.. esok ibu nak work lagi’. Kalo tak dilayan, mau pulak dia meraung.. takkan nak bagi dia meraung kuat-kuat… anak-anak jiran semua dah tidur.. dah la kawasan taman kami ni, kalo dah tengahmalam.. anak orang yang hujung konar menjerit pun boleh dengar…
Jadi, buat masa ini.. ibu layan jer lah kerenah anak-anak ni.. jika anda ada tips sila beri ya.. terutama aktiviti yang boleh kasi depa ni letih heavy-metal di siang hari… 

Kakyong’s shoppe – menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan – jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: