>Meja baru untuk anak-anak

Julai 29, 2010 at 1:12 am | Dikirim dalam anak-anak, my Ipoh City, xtvt keluarga | Tinggalkan komen

>.
Salam bahagia buat semua,

Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com … meh la join.

Hari selasa petang, kami sekeluarga kuor pergi Ipoh town.. memula ke poslaju dulu.. pastu baru ke Green Town Mall (GTM). 
Di luor GTM ada buat bazar.. yang nampak ade buat jualan tudung & juga baju kurung.. murah juga tudung-tudung nya –> lycra plain RM20, lycra batu RM25… murah ke??!!… ibu ni dah lama tak beli tudung.. tapi takde lah ibu singgah pun, tengok sambil lalu jer….

Kami shopping di UO superstore.. sebab ibu ada member card.. banyak juga la barang2 yang dibeli.. sebab kali ni pergi dengan ibu kan, jadi semua yang ade dalam senarai harus la dibeli. Dan ade juga beberapa barang yang takde dalam senarai tapi en ayah yang tambah sendiri.. heheh..

Pastu kami melawat ke bahagian TOY.. kat UO tu kecik jer area untuk TOY.. ibu actually nak cari alfabet ABC yang ade magnet tu.. dulu ade jual tapi en ayah tak mau beli.. tapi sebab kali ni bajet untuk TOYs kan hasil dari yuran akaun yang ibu dapat bulan lepas.. so memang ibu nak sangat lah beli. Sekali sudah habis la.. tapi belikan jugalah huruf-huruf ABC palstik. RM3.90 jer.. 
En ayah dah decide nak belikan — khemah & meja tulis/aktiviti untuk anak-anak. Ada sapa suggest khemah & meja tulis tak??!!! dont worry, ibu belum habis semak lagi cadangan contest.. en ayah pulak asyik tak setuju jer… hishhh… cuma khemah tu belum lah beli lagi. En ayah kata nak p jengah kat Giant.

ini lah meja yang telah dirembat dari UO.. harga selepas diskaun RM17.90

Selain itu kami beli plastisin (RM6.50) dan whiteboard (RM17.90 selepas diskaun) besar juga whiteboard tu.. kalo ada frame untuk letakkan whiteboard tu kan best..  x de foto whiteboard.. nanti dah mula guna, baru lah ibu tayang yer…
btw, kerusi untuk anak2 kami tak beli.. hanie ade suggest belikan stool comel kan.. tapi ayahnya cakap, x per guna tong/tin biskut jer… huhhhh, sangat kedukut kan… erkk memang takde bajet sebenornya. 
Aliya.. dibuatnya meja tu tempat memanjat pula… ooppss, kan dah terbuka ‘kedai kecil’ ibu tu…

nampak tak tin-tin biskut tu… nampak gaya terpaksa redho jer lah tin biskut tu jadi ‘kerusi’.. nanti ibu usahalah cari duit lagi untuk beli stool comel pulak. cuma hadiah untuk Aliya jer yang masih perlu di cari.. sebab rasanya Aliya macam tak enjoy dengan barang2 yang baru dibeli ni. Anis & Fikri memang seronok sangat lah.. mungkin sesuai dengan umur & tahap perkembangan mereka.
p/s:
hadiah untuk GA hari raya tidak pulak ku temui semasa ronda2 dalam GTM… agak2nya kalian leh teka tak, apakah hadiah GA hari raya yang daku nak beli tu…. ??!!! 

Advertisements

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: